Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyCOOK: Resepi sayur campur

Assalamualaikum. Sekarang Izzati nak share pasal resepi menyediakan sayur campur. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pelawat Pinkcess's zone, InsyaAllah.

 


Bahan-bahannya:

2 biji bawang merah - diracik halus
2  ulas bawang putih - diketuk
3 sudu sos tiram dibancuh dengan sedikit air
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pasti sedap Knorr
1 biji cili merah - dihiris
Air secukupnya - untuk kuah
1 sudu kecil tepung jagung, dibancuh dengan air (jika suka) - untuk memekatkan kuah
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan Sayuran :

Bunga kobis
Lobak merah
Baby jagung (baby corn)
Tomato
Kacang sepat (kacang pea)

(Cara pemotongan dan kuantiti sayuran, ikut suka dan citarasa masing-masing.  Sebahagiannya, kalau tidak mahu dipotong pun tak apa,  bergantung kepada kehendak).

or kalau nak senang beli je instant vegetables kat market. Zaman sekarang ni semuanya mudah.

Penyediaannya :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali. Jangan banyak sangat minyak. Pastu, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2.  Selepas itu masukkan sos tiram bersama air.  Air yang digunakan bergantung kepada banyaknya kuah yang dikehendaki. Perasakan dengan serbuk lada hitam, serbuk pasti sedap Knorr, garam, dan gula.  Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
3.  Selepas kuah mendidih, masukkan bunga kobis, lobak merah, baby jagung, dan kacang sepat.
4. Masukkan  bancuhan tepung jagung jika inginkan kuah yang pekat. Kaup balikkan sehingga sayur-sayuran mesra dengan kuah. Akhir sekali, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba.