Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Tujuh keajaiban dunia

Renungan bersama…

Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk menuliskan 7 Keajaiban Dunia.
Tepat sebelum kelas bersurai itu, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.
Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.
Sebahagian besar pelajar menulis demikian...
Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :
Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa…

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'
Jom renungkan....
Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.
Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...
Syukur itu indah...

MyCOOK: Resepi Macaroni Carbonara

Assalamualaikum. Minggu ni aku balik rumahh. Pastu, Ibah and Ibu request macaroni carbonara. So, ni laa it recipes. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN :
1. Makaroni
2. Daging ayam cincang
3. Sosej dipotong dan rebus
4. 1/3 biji Capsicum - potong dadu
5. 1/2 biji bawang besar - potong dadu
6. 3 ulas bawang putih - cincang
7. sos karbonara * macam dalam gambar
8. 4 biji cendawan butang - dihiris nipis
9. minyak zaitun untuk menumis
10. garam secukup rasa
11. lada hitam secukup rasa
12. air
13. Cheese - Ummi pakai cheddar cheese aje

CARA-CARA :
1. Didihkan air untuk merebus makaroni. Bila air dah mendidih, masukkan makaroni, sedikit garam dan sedikit minyak untuk mengelakkan melekat. Rendam sikit pun ok. Sbb dia kembang nnt macaroni tu.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun. Tp aku guna minyak biasa je.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dh dihiris.
4. Bila dah kekuningan, masukkan ayam cincang or bebola daging ramlee. Kemudian masukkan sosej dan gaul rata.
5. Bila ayam dan masak, masukkan cendawan dan capsicum. Capsicum tu lada yg mcm buah tu ade color hijau or merah.
6. Bila semua dan empuk, masukkan sos karbonara. Aku gune sos carbonara prego. Masukkan air dan kacau.
7. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
8. Bila dah mendidih masukkan cheese, kacau rata dan tutup air.
9. Sedia untuk dihidangkan.


Allah penentu terbaik untuk para hambaNya

Assalamualaikum.
Bila kawan saya cerita tentang seorang kakak itu. Saya terkedu.

"Farah..kakak itu, dia  dah mengandung beberapa kali. 3 kali sebelum ini, keguguran"

( RPL/Habitual Abortion: 3 successive loss of pregnancy).

Apabila ditanya mengenai 3 bayi yang meninggal sebelum itu dengan tenang dia menjawab,

"Mereka semua sudah bertemu Ilahi  dan berada di sisi Nya".

IUFD. (Intra Uterine Fetal Death). Anaknya meninggal dalam kandungan, dan kakak itu ada  PIH (pregnancy Induced Hypertension).

Tapi yang sangat menarik apabila tahu rupa-rupanya dulu kakak itu pernah terfikir untuk membunuh diri sebab berkali kali kehilangan anak.

Persistent loss of hope with several suicide attempts associated with the  symptoms of major depression.

Sebab terlalu sangat ingin anak, sampai hampir menjadi gila.

Tapi saya tidaklah tahu apa yang berlaku setelah itu.

Apa yang saya tahu, yang menariknya sampai satu tahap, bila dia rela untuk melepaskan dan serahkan segala pergantungannya kepada Allah, Allah beri dia mengandung untuk kali keempat. Masya Allah!

Teringat ayat quran,

“Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.”(Ath-Thalaq :3)

Sebak.

Betul bila kawan saya kata,

" Sometimes jodoh will come when you stop thinking who is your spouse to be. The baby will come when you stop thinking to have the baby. Kejayaan juga akan datang, bila kita usaha, tapi natijahnya (result) kita serah pada Dia."

Besarnya kuasa Allah dan redha kepada Dia. Sampai satu masa baru kita faham apa lah yang Allah nak sampaikan sebenarnya.

So, It came when I realized something, the ultimate best part is, all things belongs to Allah because we ourselves are too powerless over things that are beyond our control.

Bila Allah kata 'ya', no matter kita rasa macam tak boleh, no matter kita rasa mustahil, no matter bila kita rasa penat sangat dan macam tak mampu, semua tetap akan jadi dan kalau Allah kata 'tak'. Allah tak nak bagi, Allah tak izinkan lagi, tak kira kita buat macam mana pun, no one could help us.

Jadi teruskan berharap dan berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan. Dua nikmat orang yang berdoa..

Pertama, nikmat melepaskan segala yang terbuku di hati, kepada yang Maha Mendengar.Kedua, nikmat terkabulnya doa itu dalam pelbagai cara, oleh yang Maha Mengabulkan. Baiknya Allah!

The hope in Allah which is never lost, and the love He has for us. There is always Allah s.w.t; who would never leave us alone.

And we all know that He's the best that we could ever hoped for.Know that He is with us wherever we are. He understands us when other people don’t. He is there to ask upon, to help, to guide us.

So always ask from Him. Shall we?

Insya Allah. Have faith
By Farah Ahmadi FB

Allah itu Ar Rahman jiddan!

Assalamualaikum.
Nafas kita amat mahal!

Tahukah kita harga Oksigen di hospital?
= RM10/­liter..

Tahukah kita harga Nitrogen di hospital ?

= RM3/­liter..

Tahukah kita bahwa dalam sehari manusia menyedut sebanyak 
2,880 liter Oksigen, &
11,376 liter Nitrogen ?

Jika dinilai dgn ringgit, Oksigen & Nitrogen yg kita hirup, ia bernilai RM56,060/hari untuk setiap manusia.

Jika jumlah RM56,060 X 30 hari, maka jumlah kos untuk oxigen & nitrogen untuk seorang manusia ialah RM1,681,818.

Org yang paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup membayar nilai nafas sendiri untuk hidup, jika nikmat Allah SWT dirumus dalam bahasa perniagaan.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Untuk nikmat pernafasan sahaja ia bernilai RM1,681,818 secara bulanan. Namun ia PERCUMA!
Maka benarlah pertanyaan Allah berkali2 dlm alQuran : mafhumNYA ,"Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kita dustakan (bahkan tidak mahu bersyukur) wahai insan?"
-Surah Ar-Rahman:13-

Bersyukurlah tanpa mencemuh makanan

Assalamualaikum wbt.

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai. Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tahu"
Suami: " Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yang manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

"Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli, atau pemborong atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" dan memprotes Allah yang menakdirkan rezeki itu untuk kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Semoga bermanfaat.

Pengorbanan seorang mujahid i'lm

Assalamualaikum wbt. Tahu tak kenapa kita dapat study jauh dari keluarga ?

"Sebab rezeki dapat jauh nun di sana"
"Sebab redha ja mana yang dapat  "
"Sebab sendiri mahu"
"Sebab mahu berubah (?)"

Dan sebagainya. tapi salah satu sebabnya adalah kerna Allah itu sayang akan diri kamu.
Allah mahu melihat kamu jadi lebih hebat selepas satu penghijrahan yang jauh berpuluh batu dari keluarga.

Dimana tika study (luar atau dalam) negara tapi jauh dari keluarga itu adalah satu tanda nikmat yang Allah beri.
Yakni, perubahan pada diri akan berlaku. Samada baik ataupun buruk (nauzubillahminzalik) .

Why not manfaatkan waktu-waktu "jauh" ini untuk timba sekali ilmu akhirat.
Berubah dari jahil ke alim. Berubah kerana Allah. Satu penghijrahan pada diri untuk ditarbiyah dan mentarbiyah.

Tapi hakikatnya ramai yang tidak pernah terfikir perkara begini. Mereka menganggap "jauh" ini adalah kebebasan untuk memilih jalan apa yang disuka. Allahuu.

Dalam jalan hijrah saat ini lah Allah beri ruang untuk kembali kepada-Nya
Untuk lebih dekat kepada-Nya.

Dari jarang bertudung kepada selalu bertudung litup.
Dari pakaian ketat kepada pakaian yang lebih sopan indah di mata Allah
Dari yang suka mencarut kepada yang suka kepada zikrullah.

SubhanaAllah. Best kan mcm tu ?

Betapa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Jika telah datang kebaikan depan matamu ikutilah ia sehingga kemenangan Islam di muka bumi ini.

Jika kita keluar rumah dengan niat untuk belajar kerana Allah, nanti kalau dah ajal di tempat study tu jadilah kita seorang yang mati syahid.

SubhanaALLAH

Nak x mati syahid .?

Mestilah nak kan. Jadi, perbaharui or tajdid niat kita balik. Niat kerana Allah taala.

Gunakan masa jauh ini sebaiknya.
Untuk Mardhatillah.
Hijrah untuk cari Redha Allah.

😊🌷

Allahumma sollu ala'nabiy

MYEXPI : City Park, Seremban 2 Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Tempat ni bnyk kenangan;




City park. Kalau dari Terminal One naik bus ke Seremban 2, akan berhenti ke Balai Bomba Seremban 2. Dalam dua ringgit sorang sbb dia end stop of bus. Pergi kt sini best sbb dekat ngn Masjid. Masjid Putih! Lawa kot. Bersih. Tandas 5 bintang aku bagi. Time IBI dlu pagi-pagi ajak rummets gi sini. Ade senamrobik. Petang pun. Amik udara segar. City Park ni dekat ngn KFC and Pizza Hut. So kalau lapar, bolehlaa gi. Dekat je.


Kan ade kolam tu, dalam kolam ke tasik tu ade banyak ikan besar-besar. Boleh feed them. Campak je makanan; roti ke biskut ke comfirm ikan tu naik and berebut makan. Geram je tengok dia berebut2 ramai2 tu. Hee. Yang love2 tu, pergi time ni je. Sbb kebetulan dgn pesta Chap Goh Mei orang cina buat.



Kat sini, sesuai kalau nk photoshot. Nice and beautiful place. Tu background ala-ala chess gergasi laaa. Tgk bishop pun dh tahu. Thanks for spending time to read my page. Assalamualaikum wbt.

Introduction to Law

Assalamualaikum wbt.

What is LEGISLATION?

~ laws which are made or enacted by the legislative or other person authorised by law.

2 types of legislation:

🍁 primary legislation [undang² biasa such as enactment, ordinance, Acts]

🍁 subsidiary/delegated legislation[notification,rules,regulation]

Do you know what is legislative body?
Parliament and State Legislative Assembly (SLA)

Primary Legislative.
🎈legislative body (P&SLA)
P -Acts
SLA- enactment, ordinance(sarawak only)

👣ACTS❣

🌸 principle acts
~ akta paling biasa
Eg: Akta Buruh, Akta kanak²

🌸amendment acts
~ akta utk meminda
~ to amend the provision/subtance of law
Eg: Penal Code(amendement act)

🌸revised Act
~ no substantial changes
~only technicalities
Eg: typo in Acts.

🌸consolidated Act
~ to combine or join together two or more Acts.
Eg : Interpretation Act 1948
        Interpretation Act 1967
= Intrepretation Act(consolidated & revise)1989

🌹SUBSIDIARY / DELEGATED LEGISLATION
~ Laws which are made through power delegated by the legislation to a body or a person via enabling Act or Parent Act & statute.

In simple words, the legislative body transfer/give power to other person.

Eg: Logo Halal
The legislative body give the power to JAKIM to determine on how the logo halal shud be look like such as the size, the colour etc.

ReasonS?

🍃 the legislative is not always in session.
🍃 some laws are technical so, best to made by expert.
🍃 the legislative process is cumbersome, difficult.
🍃 the legislative hv insufficient time to enact all laws.

Thank you.