Assalamualaikum wbt. Tahu tak kenapa kita dapat study jauh dari keluarga ?
"Sebab rezeki dapat jauh nun di sana"
"Sebab redha ja mana yang dapat "
"Sebab sendiri mahu"
"Sebab mahu berubah (?)"
Dan sebagainya. tapi salah satu sebabnya adalah kerna Allah itu sayang akan diri kamu.
Allah mahu melihat kamu jadi lebih hebat selepas satu penghijrahan yang jauh berpuluh batu dari keluarga.
Dimana tika study (luar atau dalam) negara tapi jauh dari keluarga itu adalah satu tanda nikmat yang Allah beri.
Yakni, perubahan pada diri akan berlaku. Samada baik ataupun buruk (nauzubillahminzalik) .
Why not manfaatkan waktu-waktu "jauh" ini untuk timba sekali ilmu akhirat.
Berubah dari jahil ke alim. Berubah kerana Allah. Satu penghijrahan pada diri untuk ditarbiyah dan mentarbiyah.
Tapi hakikatnya ramai yang tidak pernah terfikir perkara begini. Mereka menganggap "jauh" ini adalah kebebasan untuk memilih jalan apa yang disuka. Allahuu.
Dalam jalan hijrah saat ini lah Allah beri ruang untuk kembali kepada-Nya
Untuk lebih dekat kepada-Nya.
Dari jarang bertudung kepada selalu bertudung litup.
Dari pakaian ketat kepada pakaian yang lebih sopan indah di mata Allah
Dari yang suka mencarut kepada yang suka kepada zikrullah.
SubhanaAllah. Best kan mcm tu ?
Betapa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Jika telah datang kebaikan depan matamu ikutilah ia sehingga kemenangan Islam di muka bumi ini.
Jika kita keluar rumah dengan niat untuk belajar kerana Allah, nanti kalau dah ajal di tempat study tu jadilah kita seorang yang mati syahid.
SubhanaALLAH
Nak x mati syahid .?
Mestilah nak kan. Jadi, perbaharui or tajdid niat kita balik. Niat kerana Allah taala.
Gunakan masa jauh ini sebaiknya.
Untuk Mardhatillah.
Hijrah untuk cari Redha Allah.
😊🌷
Allahumma sollu ala'nabiy
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez