Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Resepi Macaroni Carbonara

Assalamualaikum. Minggu ni aku balik rumahhPastu, Ibah and Ibu request macaroni carbonara. So, ni laa it recipes.
Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN :
1. Makaroni
2. Daging ayam cincang
3. Sosej dipotong dan rebus
4. 1/3 biji Capsicum - potong dadu
5. 1/2 biji bawang besar - potong dadu
6. 3 ulas bawang putih - cincang
7. sos karbonara * macam dalam gambar
8. 4 biji cendawan butang - dihiris nipis
9. minyak zaitun untuk menumis
10. garam secukup rasa
11. lada hitam secukup rasa
12. air
13. Cheese - Ummi pakai cheddar cheese aje

CARA-CARA :
1. Didihkan air untuk merebus makaroni. Bila air dah mendidih, masukkan makaroni, sedikit garam dan sedikit minyak untuk mengelakkan melekat. Rendam sikit pun ok. Sbb dia kembang nnt macaroni tu.
2. Panaskan kuali. Masukkan minyak zaitun. Tp aku guna minyak biasa je.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dh dihiris.
4. Bila dah kekuningan, masukkan ayam cincang or bebola daging ramlee. Kemudian masukkan sosej dan gaul rata.
5. Bila ayam dan masak, masukkan cendawan dan capsicum. Capsicum tu lada yg mcm buah tu ade color hijau or merah.
6. Bila semua dan empuk, masukkan sos karbonara. Aku gune sos carbonara prego. Masukkan air dan kacau.
7. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
8. Bila dah mendidih masukkan cheese, kacau rata dan tutup air.
9. Sedia untuk dihidangkan.