Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

How to manage your monetary (BM)

Assalamualaikum.
I shared this from ws group.

Disebabkan dah ada dlm 4-5 org PM akak tanya tips PENGURUSAN KEWANGAN DI IPT maka akan tulislah serba skit yg akak tahu.

Ianya akn berbeza ikut pda course/lokasi U/jarak rumah-U/cara makan etc tapi bolehla ambik sebagai panduan asas.

TIPS URUS DUIT.

Biasanya setelah tolak yuran IPT, baki PTPTN adlah dlm RM1400-1600/sem. marilah ambil contoh RM1600.

1. Gunakan dlm RM190-200 utk membeli gold bar 1gram. Akak sarankan beli PUBLIC GOLD sebab ada LBMA( pgi gugel ni apa benda) dan mudah dijual smula. tgk gambar cemana rupa goldnya.

*Akak start simpan emas dari tahun 1 degree sebab emas ni pda akak sgt bagus sebagai simpanan yg mapan contoh pada Feb 2016 akak ada beli 1g PG dgn harga RM170 last week akak jual balik dgn harga RM200 kan dah ada untung rm30 situ? :) 

Tak pernah lagi akak rugi bila jual semula emas dikala perlukan cash hehe. Pandai-pandaila cari seller yg trusted dn boleh bgi hrga emas agak murah.

EMAS ADALAH SIMPANAN JANGKA PANJANG! so jgn expect beli bulan ni, bulan depan terus nk jual. Kenapa simpan emas? sebab emas adalah bahan galian yg akan habis 1 hari nnt so harga dia makin hari makin mahal.
-jangan tanya akak agen emas ke apa, akak bukan agen ye haha-

2. Simpan RM100 sebagai wang kecemasan dlm akaun bank kedua yg BUKAN AKAUN YG SAMA DUIT PTPTN dimasukkan sorok,sembunyikan& kuburkan RM100 kecemasan ni! jgn sesekali pakai kalau tak ada kecemasan.

*kecemasan ape kat U ni?? banyak dik non oiiii~~ laptop rosak lah motor rosaklah, terhilangkan handphone kawan lah, wallet kena curilah, macam2 lagila*

3. Simpan ___ yg nilainya exactly tambang bas/ETS/keteapi ke apa2lah yg anda guna utk balik ke kampung halaman memasing.

conth akak simpan RM60x2 (tiket bas Skudai-Ipoh) dan ya, saya memang balik 1 kali saja setiap sem. Nak jimat~~

So baki tinggal RM1180 (RM1600-200-100-120) kan? maknanya wang belanja anda ialah RM295/bulan utk 1 sem atau RM9.80/hari. sikitnya kan? hehe bertabahlah anak2.
ok ni lak cara akak survive dgn RM6 saja makan setiap hari.

PAGI: makan buah epal yg 12bji (1pek) rm9 di AEON. so kos RM0.80

LUNCH & DINNER : Nasi masak sendiri (seludup la rice cooker) so kos dia cuma RM 0.15 (beras 5kg rm13, share beli dgn 2 member so kos beras cuma RM4.50.bulan). Lauknya akak beli sayur RM1 dan ayam/ikan seketul RM3.50 tapi share dgn 1 kawan so sorg bayar RM2.30

UTK SAYUR & AYAM/IKAN
JUMLAH MAKAN SETIAP HAR RM5.30 so baki RM0.70 masuk dlm tabung MAKAN SEDAP :P
apa benda tabung ni? ahah ni tabung akak & member2. bila dh ckup 2 minggu kumpul, adala dlm RM10 sorg so lehla merasa makan chicken chop ke pizza ke amende sekali skala.

Yele, takkanle kome tak de nafsu nk merasa mkan mewah langsung ye dak?

OK. so masih ada baki dlm RM3.80/hari (dari bajet RM9.80 tadi) kan?

YAAAA. jangan nak boros. ini RM3.80 kau masuk dlm TABUNG ASSIGNMENT/TOPUP sana. pandai2la manage RM3.80 sehari atau RM114/bulan ni mcm mana nak bagi ckup utk bayo segala jenis assignment yg hado.

*tapi kak assignment saya online jerr mana pkai duit pun.
Ate kau tak payah bayo yuran barang letrik ke asrama U kau ke? kau tak payah print2/ photostat pape ke? tak payah beli pen2, buku nota ke?
tu semua termasukla dlm bajet TABUNG ASSIGMENT ini.

Ok, tu dlu tips utk bajet duit. nanti akak share tips bisnes kecil2 kat IPT lak. semoga adala manfaatnya pos ni. kang ponat je ekau baco tapi ekau buat deeekk je tips hakak ni :P

No comments: