Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Bila kita ingat mati

Assalammualaikum. This is share from mysterious person for me😕

Bila ingat mati.
Taubat tak henti-henti.
Takut disoalnya nanti.
Amal ibadah aku jagai.

Bila ingat mati.
Air wuduk ku basahi.
Bersuci sentiasa diri ini.
Mudahan dosa diampuni.

Bila ingat mati.
Bersedia aku hari-hari
Melangkah setapak aku berhenti.
Takut jalan dimurkai.

Bila ingat mati.
Harta yang ada tiada erti.
Tinggallah aku menyendiri.
Munajat musyahadah ingat Ilahi.

Bila ingat mati
Dunia sudah cemburui.
Tiada lekat kasih lagi.
Semua fana tiada erti.

Bila ingat mati.
Akhlak budi aku hiasi.
Takut tersangkut pada duniawi.
Bersenda seloka aku jauhi.

Bila ingat mati.
Tujuh anggota diangkat pergi.
Tiada lagi empunya diri.
Hanya isbat ingat Ilahi.

Bila ingat mati.
Apa lagi nak ku cari.
Berjalan bertahun tiada henti.
Ingatkan Allah aku lebihi.

Bila ingat mati.
Rakan taulan aku jauhi.
Hidup aku menyendiri.
Takut lalai sesaat nanti.

Bila ingat mati.
Makanan jasad ku kurangi.
Santapan roh ku tambahi.
Agar penuh setiap inci.

Bila ingat mati.
Tidur malam ku kurangi.
Jaga malam aku hiasi.
Sentiasa munajat pada Illahi.

Bila ingat mati.
Siang malam ku tangisi.
Kenapa mereka tak fahami.
Hidup ini pasti akan mati.

Bila ingat mati.
Aku senang duk menyendiri.
Muhasabah tilik kebenaran hakiki.
Supaya aku diredhai.

Bila ingat mati.
Bergetar jiwa ingatkan janji.
Amanah janji harus ku tepati.
Kembali suci sesuci-suci.

Bila ingat mati.
Ingatkan Allah tiada henti.
Dosa yang lalu aku taubati.
Mudahan kasih Allah aku diredhai.

Bila ingat mati.
Carilah jalan mendekati.
Cara untuk mengingati.
Guru yang sentiasa memberkati.

Bila ingat mati.
Ingin ku nasihati
Ingatlah Allah jangan berhenti.
Semoga kita semua diberkati dan diredhai.

Bila ingat mati.
Selalu aku mengingati diri.
Kerana yang dihati ianya bersembunyi.
Menyepikan diri menunggu kembali.

Bila ingat mati.
Rahsia diri bersemadi dihati.
Antara manikam dan serkam ku simpan sendiri.
Akhirnya kelak bertemu AKU pasti.

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez