Keluarga
merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Keluarga
juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Daripada keluarga,
terpancarnya sinar kasih sayang di antara ahlinya. Dan daripada keluarga
jugalah lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta insan lain
yang memerlukan. Konsep “Baiti Jannati” atau “Rumahku Syurgaku” merupakan
pepatah Arab yang sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Rumah
merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang
memahami akan membentuk jati diri yang sempurna di kalangan ahli keluarga itu.
Namun, pepatah ada mengatakan bahawa ‘ bertepuk sebelah tangan, tidak akan
berbunyi’.Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan
keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa
atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia
memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami
serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan
oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat
diwujudkan.
Inisiatif perdana yang boleh dilakukan melalui peranan ibu bapa yang signifikan dalam usaha melahirkan keluarga “sakinah” dalam masyarakat adalah menererusi sikap Ibu bapa sendiri yang perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati di antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka. “Bapa borek, anak rintik” .Jika contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan di kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.
Usaha selanjutnya ialah Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

Pada era yang penuh dengan persaingan yang
sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi
meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa
kini yang semakin meningkat. Mereka sibuk mengejar pangkat dan kemewahan dunia
sehingga alpa akan obligasi mereka sebagai ibu bapa untuk mencurahkan kasih
sayang terhadap cahaya mata mereka bagai menjaga intan dicanai. Statistik telah
menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan
anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat
menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang
dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, demi
membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan
dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama
dengan anak-anak mereka.
Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kerana sesungguhnya pada masa kini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini sebagai peluang keemasan untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan. Jadi, anak anak tidak akan berasa dipinggirkan. Manfaatnya, mereka tidak akan terjebak dalam gejala sosial yang kian menular izharnya dapat kita lihat dalam kalangan remaja seperti merokok dan mencuri kerana hadir ibu bapa sebagai tempat mereka untuk melontarkan isi hati dengan meluahkan perasaan di samping melegakan tekanan perasaan yang dialami akibat daripada pembelajaran dan masalah peribadi yang telah diselesaikan bersama sama orang tua mereka.
Didikan agama dan moral yang sempurna di kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadang kala tidak munasabah. Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral di kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
Secara konklusinya, keluarga yang sakinah dan saadah hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, didiklah anak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang sejak jari jemari mereka masih lembut. Hal ini penting kerana tiadalah guna melentur jika hati sekeras buluh. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Keluarga Asas Pembentukan Masyarakat. Maju keluarga, maka majulah masyarakat. Pincang keluarga, musnahlah masyara