Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Karangan bahagian A : Cara mengisi Masa Lapang



Masa lapang bermaksud masa yang tidak digunakan dan pada ketika kita memiliki keupayaan untuk melakukan sesuatu. Kita tidak berasa letih, kita tidak ada tugasan yang hendak diselesaikan pada ketika itu. Nah, inilah masa lapang ! Alangkah bagusnya jika masa lapang yang kita miliki itu dapat kita manfaatkan untuk menenangkan diri. Salah satunya mengingati Tuhan dengan berzikir. Menurut analogi yang dinuat oleh Orison Swett, setiap hari masa mengunjungi kita seperti sahabat yang datang membawa hadiah-hadiah yang berharga. Apabila hadiah itu tidak kita terima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Oleh itu, kita sebagai pelajar  perlulah melakukan aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang.

            Cara perdana yang boleh diisi oleh pelajar pada masa lapangnya adalah melalui beridah atau bersukan untuk meningkatkan kesihatan diri seperti mengurangkan berat badan, bersenam dan sebagainya. Pada waktu pagi, kita boleh melakukan senaman seperti yoga dan tai chi, manakala pada waktu petang pula kita boleh beriadah seperti bermain bola sepak, berkayak, berjoging dan sebagainya. Secara tidak langsung otot-otot fizikal kita akan menjadi semakin kuat dan daya ketahanan badan meningkat. Hal ini bersesuaian dengan maksud pepatah arab iaitu akal yang cerdas berada dalam jasad yang cergas.

            Adakah anda tahu bahawa melawat ke tempat tempat menarik dan besejarah seperti Kota A’Famosa Melaka, Pulau Langkawi, dan Pulau Tioman merupakan antara inisiatif untuk memenuhi masa senggang? Ya, sudah semestinya. Lawatan ke tempat tempat menarik boleh diadakan bersama rakan rakan ataupun keluarga. Sesungguhnya, terdapat banyak faedah yang mendatangkan kebaikan  kepada kita. Antaranya ialah menambah pengalaman dengan menikmati keunikan rekaan manusia dan keindahan ciptaan Illahi seterusnya menambah kenalan yang ramai sambil mengambil angin di tempat orang. Maka, benarlah kata orang tua tua yang ada mengatakan jauh perjalanan, luas pengetahuan. Adalah sesuatu yang digalakkan seandainya  tempat kunjungan itu adalah dalam negara. Hal ini mampu menyumbang kepada ekonomi negara khasnya bagi sektor pelancongan. 

Dengan mengunjungi perpustakaan, para pelajar juga dapat menggunakan masa secara bermanfaat tanpa memudaratkannya. Hal ini jelas dibuktikan kerana kita mampu mengelakkan diri daripada terjebak akan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, menghisap dadah, ponteng kelas, dan sebagainya. Jadi, ibu bapa tidak perlu berasa khuatir dan bimbang akan keselamatan anak anak mereka terutama pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Memang waktu adalah percuma dan tidak boleh dijual beli. Tapi, kita harus ingat bahawa setiap seorang yang dilahirkan ke dunia ini hanya diperuntukkan masa sebanyak 24 jam oleh tuhan sama ada menggunakannya ke arah kebaikan ataupun keburukan. Sungguh, masa itu lagi bernilai daripada emas ! Tambahan pula, perbuatan bertangguh adalah pencuri masa yang zalim kepada diri kita sendiri. Jadi, janganlah kita bertangguh dan hargailah masa. 

Kesimpulannya, kita sebagai manusia hendaklah menggunakan masa ini untuk perkara-perkara yang boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada diri kita dan juga orang lain, agar mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Maka, jadilah insan yang bijak membahagikan masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Barangsiapa yang tidak menghargai masa akan merugikan diri sendiri dan mudah terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat. Benarlah pernyataan maksud pepatah arab yang ada mengatakan bahawa masa ibarat pedang. Jikalau kita tidak memotongnya, maka masa itu sendiri yang akan memotong kita.