Assalamualaikum wbt. I shared this entry from blog Cinta Pada Yang Satu. Hopefully bermanfaat and dibaca lalu dihayati dengan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim sejati.
1. Syirik kepada Allah:
Dosa yang paling besar. Firman Allah SWT: "Sekiranya kamu menyekutukan
Allah maka segala amalan kebaikanmu akan terhapus." (Surah al-An'am:88)
2. Membunuh:
Membunuh orang dengan sengaja, masuk neraka dan kekal di dalamnya.
3. Sihir orang:
Sihir adalah kerja yang disukai oleh syaitan.
4. Meninggalkan dan meremehkan solat,
termasuk melewat- lewatkannya.
5. Tidak mengeluarkan zakat:
Hadis riwayat Ibn Hibban: Tiga golongan yang mula-mula masuk neraka
ialah, pemimpin yang me- nyalahgunakan kuasanya, orang yang mempunyai
banyak harta tetapi tidak mengeluarkan zakat dan fakir yang riak dan
sombong.
6. Berbuka puasa di bulan Ramadan tanpa keuzuran.
7. Tidak menunaikan haji, di samping ada kemampuan.
8. Tidak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
9. Memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara-mara:
Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan persaudaraan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
10. Berzina:
Allah melarang berzina dan melarang melakukan perkara-perkara yang menghampirkan diri dengan zina.
11. Liwat:
11. Liwat:
Allah musnahkan kaum Nabi Lut atas dosa liwat kaumnya.
12. Riba:
Orang yang memakan riba, dibangkitkan di Padang Mahsyar dengan wajah
anjing dan babi balasan di atas tipu daya dan kejahatannya.
13. Memakan dan menzalimi harta anak yatim:
Orang yang makan harta anak yatim secara zalim, mereka sebenarnya sedang memakan api ke dalam perutnya.
14. Menipu dan berdusta:
Hadis Rasulullah - Sesiapa yang mendustakanku, maka dia telah membina sebuah rumah di dalam neraka.
15. Lari dari medan perang.
16. Pemimpin yang menzalimi dan mengkhianati rakyat:
Hadis Riwayat Tabrani - Pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, tempatnya adalah neraka.
17. Takbur, riak, berbangga diri:
Hadis Riwayat Muslim- Tidak akan masuk syurga bagi orang yang dalam
hatinya ada walaupun sebesar zarah sifat takbur, riak dan berbangga
diri.
18. Bersaksi palsu.
19. Minum arak:
Hadis Nabi menyebut, ada tida golongan yang diharamkan masuk syurga,
iaitu peminum arak, derhaka pada ibu bapa dan orang yang membiarkan
keburukan berlaku pada keluarganya (dayus).
20. Berjudi:
Semua bentuk perjudian. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang
beriman, sesungguhnya arak, judi, anak panah menilik nasib adalah
merupakan amalan dan perbuatan syaitan, maka jauhilah semoga kamu
bcroleh kemenangan. (Surah al-Maidah:90)
21. Membuat tuduhan terhadap orang baik yang tidak bersalah:
Allah melaknat orang yang membuat tuduhan terhadap orang baik.
22. Melampaui batas dalam mengambil harta rampasan perang:
Hadis Riwayat Muslim, telah dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa
Rasulullah lelah berdiri di antara kami dan menyebut tentang orang yang
melampaui batas dalam mengambil harta rampasan perang, lalu berkata:
Mereka itu akan datang pada hari kiamat yang mana tengkuknya dibebani
dengan unta.
23. Mencuri: Firman Allah SWT -
23. Mencuri: Firman Allah SWT -
"Dan pencuri-pencuri lelaki dan perempuan, hendaklah dipotong tangannya
sebagai balasan daripada Allah." (Surah al-Maidah:38) Hadis Riwayat
Ahmad: (Tidak dipotong tangan bagi pencuri yang mencuri kurang daripada
V* dinar (dalam lingkungan RM3).
24. Menyekat laluan perjalanan pada jalan Allah:
24. Menyekat laluan perjalanan pada jalan Allah:
Orang yang mengangkat senjata ke atas kaum muslimin, maka dia dianggap
memerangi Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah: "Sesungguhnya balasan
terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan
di muka bumi, mereka itu hendaklah dibunuh atau dipotong tangan dan
kakinya atau dibuang dari negeri."
25. Sumpah dusta:
25. Sumpah dusta:
(dalam bahasa arab di panggil Yamin al-Ghamus) Sumpah dusta ini ialah
seseorang yang bersumpah melakukan sesuatu perkara masa yang telah
lepas, masa sekarang dan pada masa akan datang. Orang yang bersumpah itu
sengaja bersumpah berdusta, contohnya: "Demi Allah aku telah berpuasa
10 hari pada bulan Syawal tahun lepas." Orang yang bersumpah tersebut
sebenarnya dia tidak berpuasa dan dia sengaja bersumpah dusta. Hadis
Riwayat Bukhari : (Dosa besar ialah syirik, derhaka kepada kedua ibu
bapa, bunuh diri dan bersumpah dusta) Hadis Riwayat Malik: (Allah
menegah kamu dari bersumpah di atas nama nenek moyang kamu, sekiranya
kamu bersumpah, maka bersumpahlah kerana Allah dan jangan berdusta
ataupun diam.)
26. Zalim:
Bertindak dan melakukan semua bentuk kezaliman. Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang berbuat zalim kepada saudaranya, maka orang dizalimi itu akan menerima pahala orang yang menzalimi mengikut kadar kezalimannya, atau sekiranya tiada kebaikan padanya, maka orang yang menzalimi itu akan menanggung dosa orang yang dizaliminya.
27. Melakukan kezaliman dan kekejaman yang dahsyat:
Hadis Riwayat Muslim: (Orang yang kejam dan zalim tidak masuk syurga) Perbuatan ini merupakan peringkat tertinggi dalam membicarakan tentang kezaliman. Sehingga para ulama menyifatkan mereka dengan seteruk-teruk kekejaman kerana mengambil perkara yang mereka tidak berhak dan juga memberi kepada mereka yang tidak layak.
26. Zalim:
Bertindak dan melakukan semua bentuk kezaliman. Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang berbuat zalim kepada saudaranya, maka orang dizalimi itu akan menerima pahala orang yang menzalimi mengikut kadar kezalimannya, atau sekiranya tiada kebaikan padanya, maka orang yang menzalimi itu akan menanggung dosa orang yang dizaliminya.
27. Melakukan kezaliman dan kekejaman yang dahsyat:
Hadis Riwayat Muslim: (Orang yang kejam dan zalim tidak masuk syurga) Perbuatan ini merupakan peringkat tertinggi dalam membicarakan tentang kezaliman. Sehingga para ulama menyifatkan mereka dengan seteruk-teruk kekejaman kerana mengambil perkara yang mereka tidak berhak dan juga memberi kepada mereka yang tidak layak.
28. Makan harta haram dalam semua bentuk:
Hadis Riwayat Tirmizi (Setiap anggota badan yang tumbuh dengan harta haram, maka neraka adalah tempat yang sesuai baginya.)
29. Membunuh diri sendiri:
Rasulullah menyatakan orang yang membunuh diri sendiri adalah ahli neraka.
30. Menipu pada sebahagian besar percakapannya:
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Bercakap benar itu membawa kepada
kebaikan dan kebaikan membawa kepada syurga. Seseorang yang sentiasa
bercakap benar akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar.
Sesungguhnya menipu itu mendorong kepada keburukan, dan keburukan
mendorong kepada neraka. Hadis Riwayat Bukhari:
(Sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata benar atau diam.)
(Sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata benar atau diam.)
31. Pemimpin yang jahat dan tidak mengikut hukum Allah: Firman Allah:
"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang disyariatkan oleh Allah,
maka mereka itu adalah kafir." Firman Allah: "Sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang disyariatkan oleh Allah, maka mereka itu
zalim. Firman Allah: "Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang
disyariatkan oleh Allah, maka mereka itu fasiq."
Hadis Riwayat Tirmizi: (Pemimpin itu pada tiga keadaan, satu golongan pemimpin yg masuk syurga dan dua golongan yg masuk neraka. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran dan memimpin ke arah kebenaran, maka masuk syurga. Pemimpin yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak memimpin ke arah kebenaran, maka masuk neraka. Pemimpin yang memimpin tanpa ilmu, dia masuk neraka.)
32. Rasuah dalam pemerintahan:
Hadis Riwayat Tirmizi: (Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam pemerintahan)
33. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki:
33. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki:
Hadis Riwayat Bukhari: (Allah melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai
perempuan dan perempuan yangg menyerupai lelaki pada pakaian dan tingkah
laku mereka)
34. Lelaki dayus yang membiarkan maksiat berlaku dalam keluarganya:
34. Lelaki dayus yang membiarkan maksiat berlaku dalam keluarganya:
Hadis Riwayat Nasa'i: (Tiga golongan diharamkan masuk svurga, iaitu
peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, lelaki dayus yg membiarkan
kerosakan dan dosa berlaku dalam keluarganya.)
35. Perbuatan cina buta:
35. Perbuatan cina buta:
Saidina Umar r.a berkata: "Aku tidak lepaskan perbuatan cina buta ini
kecuali kedua-duanya dihukum rejam." Dilaporkan juga daripada al-Amiri
bahawa dia mendengar Ibnu Umar r.a ditanya tentang seorang lelaki yang
menceraikan isterinya dengan talak tiga kemudian menyesal, dan meminta
seorang lelaki mengahwini isterinya dan menceraikannya, untuk
membolehkannya berkahwin semula. Lalu Ibn Umar berkata: "Kedua-dua yang
bersepakat melakukan perbuatan tersebut dianggap berzina."
36. Tidak membuang dan menghabiskan najis kencing dengan baik:
36. Tidak membuang dan menghabiskan najis kencing dengan baik:
Perbuatan tersebut adalah perbuatan orang Nasrani. Ibn Abbas r.a
berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah melewati dua kubur, lalu berkata:
"Kedua-dua mereka itu diazab, seorang dari mereka kerana dosa mengumpat
dan menyebarkan keburukan orang lain. Dan seorang lagi ialah kerana dosa
tidak membuang dan menghabiskan najis kencing dengan baik."
37. Riak:
37. Riak:
Hadis Riwayat al-Bayhaqi: (Rasulullah berkata: "Aku takut berlaku syirik
kecil ke atas kamu. Maka sahabat bertanya apa dia syirik kecil, ya
Rasulullah? Baginda menjawab: "Riak.")
Menurut Ali Bin Abi Talib: Tiga petanda menunjukkan seseorang itu riak: malas melakukan sesuatu ibadah atau perkara lain apabila dia bersendirian, dia menjadi rajin melakukan ibadah atau perkara lain apabila dia berada dalam kalangan orang ramai, semakin seronok dan bersemangat melakukan sesuatu apabila dipuji dan mengurangkan atau tidak semangat apabila dikutuk ) Menurut Fudhail bin 'iyad: Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak, beramal kerana manusia aualah sy.rik, akan tetapi ikhlas dalam amalan boleh mqnyelamatkan kamu daripada dua keadaan tersebut.)
38. Menuntut ilmu kerana matlamat dunia dan menyembunyikan ilmu:
Hadis Riwayat Ibn Majah: (Sesiapa yang menuntut ilmu bagi tujuan dunia
semata-mata, maka dia tidak akan mendapat habuan akhirat dan tidak dapat
mencium bauan syurga.) Hadis Riwayat Tirmizi: (Sesiapa yang menuntut
ilmu tetapi menyembunyikannya, maka liari kiamat mereka akan diazab
dengan api neraka.) Hadis Riwayat Tirmizi : (Sesiapa yang menuntut ilmu
bukan kerana tuntutan Allah, maka tempatnya adalah neraka.)
39. Perbuatan khianat:
39. Perbuatan khianat:
Hadis Riwayat Ahmad: (Tidak beriman seseorang yang tidak amanah dan
tidak menunaikan janji.) Hadis Riwayat Ahmad dan Bayhaqi: (Didatangkan
pada hari kiamat orang yang tidak menunaikan amanah. Maka Allah
bertanya: "Adakah engkau menunaikan amanah? Mereka menjawab: "Ya Tuhan
kami, sudah habiskah tempoh kehidupan dunia?" Lalu Allah mengazab mereka
dengan memikulkan bahan api neraka ke atas bahu mereka sehingga ia
menjadi lebih berat dari gunung di atas dunia. Maka Allah berkata:
"Solat itu amanah, wuduk itu amanah, membersihkan diri itu amanah,
timbangan jual beli itu amanah, dan sernua itu adalah amanah yang mesti
ditunaikan.)
40. Menyebut-nyebut dan berbangga dengan pemberian sedekahnya: Firman Allah: 'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah kamu dengan menyebut- nyebutnya dan mengungkitnya." Hadis Riwayat Tirmizi: "Tidak masuk syurga orang yang bakhil dan orang yang berbangga dengan pemberian sedekahnya." Hadis Riwayat Tirmizi, Rasulullah bersabda: (Janganlah kamu berbangga dengan kebaik.m karr.u dengan pemberianmu itu, kerana ia boleh menghilangkan rasa syukur pada Allah dan menghapus ganjaran pahala.)
41. Tidak mempercayai dan meyakini qada dan qadar (ketentuan) Allah Taala. Kisah Malaikat Jibril yang bertanyakan Rasulullah SAW, : Apakah iman? Rasulullah SAW menjawab: "iman ialah percaya kepada Allah, para malaikat, kitab suci, Rasul-rasul dan percaya kepada qada dan qadar, iaitu ketentuan dan ketetapan Allah." Menurut Ibn Abbas: Semua perkara telah termaktub di Luhul Mahfuz sebelum sesuatu perkara itu berlaku.
42. Mengintip orang lain:
40. Menyebut-nyebut dan berbangga dengan pemberian sedekahnya: Firman Allah: 'Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah kamu dengan menyebut- nyebutnya dan mengungkitnya." Hadis Riwayat Tirmizi: "Tidak masuk syurga orang yang bakhil dan orang yang berbangga dengan pemberian sedekahnya." Hadis Riwayat Tirmizi, Rasulullah bersabda: (Janganlah kamu berbangga dengan kebaik.m karr.u dengan pemberianmu itu, kerana ia boleh menghilangkan rasa syukur pada Allah dan menghapus ganjaran pahala.)
41. Tidak mempercayai dan meyakini qada dan qadar (ketentuan) Allah Taala. Kisah Malaikat Jibril yang bertanyakan Rasulullah SAW, : Apakah iman? Rasulullah SAW menjawab: "iman ialah percaya kepada Allah, para malaikat, kitab suci, Rasul-rasul dan percaya kepada qada dan qadar, iaitu ketentuan dan ketetapan Allah." Menurut Ibn Abbas: Semua perkara telah termaktub di Luhul Mahfuz sebelum sesuatu perkara itu berlaku.
42. Mengintip orang lain:
Curi-curi dengar perbualan orang lain, korek rahsia tentang keburukan
orang. Ibn Mas'ud berkata: "Kita ditegah dari mengintip keaiban saudara
selslam, apa yang terzahir padanya kita ambil." Hadis Riwayat Bukhari:
(Sesiapa yang curi dengar perbualan orang lain sedang dia tidak suka
didengar, maka pada hari kiamat dia akan dicurahkan ke dalam telinganya
bahan api yang panas.)
43. Mengumpat:
43. Mengumpat:
Bercerita serta menyebarkan perkara buruk tentang orang lain yang
bertujuan merosakkan hubungan persaudaraan. Hukumnya adalah haram
menurut persepakatan ijma' ulama'. Hadis Riwayat Abu Daud: (Tidak masuk
syurga orang yg mengumpat tentang keburukan orang lain.)
44. Mencela:
44. Mencela:
Hadis Riwayat Bukhari: (Celaan seorang muslim adalah fasiq, dan membunuh
seorang muslim adalah kufur.) Juga Hadis Riwayat Bukhari: (Mencela
seorang mukmin adalah seperti membunuhnya.) Hadis Riwayat Muslim: (Orang
yang suka mencela tidak akan mendapat syafaat dan tiada saksi baginya
di hari kiamat.)
45. Tidak menunaikan janji:
45. Tidak menunaikan janji:
Meliputi janji manusia terhadap Allah Taala seperti mana yang dituntut
dalam kitab suci al-Quran untuk mentaati segala perintah dan
meninggalkan larangan-Nya, dan seterusnya janji sesama manusia. Firman
Allah: "Maka tunaikanlah janji kamu, sesungguhnya janji itu akan
dipertangungjawabkan.
46. Mempercayai bomoh, ahli nujum dan ahli kaji bintang:
46. Mempercayai bomoh, ahli nujum dan ahli kaji bintang:
Hadis Riwayat Abu Daud: (Sesiapa yang mendatangkan bomoh dan dia
mempercayainya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW.) Hadis Riwayat Muslim: (Sesiapa yang mendatangkan
bomoh dan dia mempercayainva, maka solatnya tidak diterima selama 40
hari.)
47. Isteri yang nusyuz kepada suaminya:
Bagi isteri yang nusyuz, suami hendaklah meninggalkannya di tempat
tidur, dan sekiranya isteri tidak juga taat, suami dibolehkan memukul
dengan pukulan yg tidak mencederakan. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:
(Apabila suami mengajak isteri ke tempat tidur, namun isteri tidak
menghiraukannya, maka dia dilaknat oleh para malaikat sehingga Subuh).
Hadis Riwayat Muslim: (Tidak halal bagi seorang isteri yang berpuasa
(sunat) tanpa keizinan suami). Hadis Riwayat Tirmizi: (Sekiranya aku
ingin memerintahkan supaya seorang manusia itu sujud kepada manusia yang
lain, maka sudah tentu aku arahkan agar isteri sujud kepada suaminya.)
48. Taswir (mengambil gambar, melukis, melakar pada baju,dinding, pada duit, dan lain-lain. Sama ada lukisan tersebut dilukis dengan lilin, alat tajam dal lain-lain. )
48. Taswir (mengambil gambar, melukis, melakar pada baju,dinding, pada duit, dan lain-lain. Sama ada lukisan tersebut dilukis dengan lilin, alat tajam dal lain-lain. )
Hadis Riwayat Bukhari: ( Para Malaikat tidak memasuki rumah yg terdapat
anjing dan gambar.) Hadis Riwayat Bukhari: (Semua pelukis dan pengambil
gambar masuk neraka, dan semua gambar yang diambil dan dilukisnya itu
menyebabkan dia di- azab di dalam neraka.)
49. Perbuatan meraung, mengoyak baju, mencukur kepala, mencabut bulu-bulu, berdoa ke arah kecclakaan, ketika ditimpa musibah.
49. Perbuatan meraung, mengoyak baju, mencukur kepala, mencabut bulu-bulu, berdoa ke arah kecclakaan, ketika ditimpa musibah.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah bersabda: (Jauhilah
kamu dari melakukan perbuatan meraung, mencukur rambut dan mencabut
bulu-bulu, mengoyak baju, ketika dilimpa sesuatu musibah.) Hadis Riwayat
Muslim: (Dua golongan manusia yang kutur, iaitu mereka yang mencela
keturunan seseorang dan rr reka meraung atas kematian.) Hadis Riwayat
Muslim, Rasulullah bersabda: (Dua suara buruk yang ditegah, iaitu
jeritan dan laungan kegembiraan yang melalaikan, dan laungan ketika
mendapat sesuatu musibah.)
50. Melampaui batas kezaliman:
50. Melampaui batas kezaliman:
Allah telah menurunkan bala bagi umat terdahulu yang melampaui batas
seperti Qarun dan kaum Ad dan Thamud yang melampau-lampau pada sombong,
takbur dan riak. Hadis Riwayat Ibn Majah: (Sesungguhnya Allah telah
menurunkan wahyu agar manusia bertawaduk dan merendah diri antara satu
sama lain supaya tiada antara kamu yang bertindak melampaui batas antara
satu sama lain dan tiada yang menyombong diri sesama kamu.) Juga Hadis
Riwayat Ibn Majah: (Sesungguhnya antara dosa yang Allah turunkan bala ke
atas mereka sejak di dunia dan juga balasan di akhirat ialah orang yang
melampaui batas dan yang memutuskan silaturrahim.)
51. Bertindak kejam dan keras ke atas golongan lemah
(Seperti orang tua, isteri, binatang peliharaan dan sebagainya,), Hadis Riwayat al-Tabrani: (Sesungguhnya Allah akan mengazab orang yang mengazab orang lain di dunia.) Hadis Riwayat Abu Daud: (Tidak akan masuk syurga bagi orang yang buruk pemerintahannya ke atas golongan yang lemah.)
51. Bertindak kejam dan keras ke atas golongan lemah
(Seperti orang tua, isteri, binatang peliharaan dan sebagainya,), Hadis Riwayat al-Tabrani: (Sesungguhnya Allah akan mengazab orang yang mengazab orang lain di dunia.) Hadis Riwayat Abu Daud: (Tidak akan masuk syurga bagi orang yang buruk pemerintahannya ke atas golongan yang lemah.)
Muaz bin Jabal menceritakan bahawa pada suatu hari dia melalui ke suatu tempat. Dia mendengar Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya: "Wahai Muaz, adakah engkau tahu apakah hak Allah ke atas hamba dan apa hak hamba ke atas Allah? Muaz menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Rasulullah menjawab: "Hak Allah ke atas hamba ialah menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan apa jua pun, dan hak hamba ke atas Allah ialah tidak mengazab dan bertindak kejam bagi orang yang tidak menyekutukan Allah." Hadis Riwayat al-Nasa'i: (Sesiapa yang membunuh burung sesuka hati tanpa tujuan dan faedah, maka Allah akan mengazabkannya di hari akhirat.)
52. Menyakiti jiran:
Jiran terbahagi kepada 3: Pertama, jiran itu muslim dan ada pertalian
yang rapat atau pertalian kekeluargaan, baginya hak kejiranan, hak Islam
dan hak persaudaraan yang rapat. Kedua, jiran muslim, baginya hak
kejiranan dan hak Islam. Ketiga, jiran kafir, baginya hak kejiranan.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda. ;Demi Allah,
tidak beriman dan tidak beriman!
Sahabat bertanya: "Siapa, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Orang yang tidak memberi keamanan dan menyakiti jirannya." Hadis Riwayat Muslim: (Tidak akan masuk syurga orang yang menyakiti jirannya.)
Sahabat bertanya: "Siapa, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Orang yang tidak memberi keamanan dan menyakiti jirannya." Hadis Riwayat Muslim: (Tidak akan masuk syurga orang yang menyakiti jirannya.)
53. Menyakiti kaum muslimin serta mencela dan memburuk- burukkannya:
Firman Allah yang bermaksud: "Orang yang menyakiti orang mukmin lelaki
dan perempuan, maka dia telah melakukan perbuatan yang sangat dahsyat
dan menanggung dosa yang terang dan jelas." (Surah al-Ahzab:58. Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim ((Sesungguhnya antara orang yang paling buruk
halnya di akhirat kelak ialah orang yang mati dalam keadaan dia
meninggalkan perbuatan buruk terhadap manusia.) Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim: (Haram sesama muslim membunuh, mengkhianati harta dan
merosakkan kemuliaan keturunan sesama muslim yang lain.)
54. Terlalu melabuhkan pakaian (baju, seluar dan sebagainya) yang menzahirkan sifat ujub, sombong dan berbangga diri.
54. Terlalu melabuhkan pakaian (baju, seluar dan sebagainya) yang menzahirkan sifat ujub, sombong dan berbangga diri.
Firman Allah: "Janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan
sombong dan berbangga diri, sesungguhnya Allah membenci orang-orang yang
sombong dan berbangga diri." (Surah Luqman:18). Hadis Riwayat Bukhari:
(Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali, maka dia masuk
neraka.) Hadis Riwayat Tirmizi: (Allah tidak akan melihat orang yang
melabuhkan pakaian seterusnya menzahirkan kesombongannya.)
55. Lelaki memakai sutera dan emas:
55. Lelaki memakai sutera dan emas:
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Sesiapa yang memakai sutera dan emas
di dunia, maka Allah mengharamkan dari memakainya di akhirat.) Hadis
Riwayat Bukhari: (Kita ditegah dari minum dan makan di dalam bekas yang
diperbuat dari emas dan perak, dan diharamkan memakai sutera bagi lelaki
ataupun duduk di atasnya.)
56. Hamba yang lari dari tuannya:
56. Hamba yang lari dari tuannya:
Hadis Riwayat Muslim: (Apabila seorang hamba itu melarikan diri, maka
solatnya tidak diterima.) Hadis Riwayat al-Tabrani: ( Tiga golongan
tidak diterima solatnya dan tidak diangkat ke langit, iaitu hamba yang
melarikan diri sehingga dia pulang kepada tuannya, isteri yang dimurkai
suaminya sehingga dia reda, dan orang yang mabuk sehingga dia
sedar.)
57. Sembelih bukan dengan nama Allah:
Hadis Riwayat Bukhari: (Allah melaknat orang yang menyembelih binatang
dengan tidak menyebut nama Allah). Hadis Riwayat Ibn Abbas, Rasulullah
bersabda: (Hendaklah kamu menyebut nama Allah ketika sembelihan, tetapi
sekiranya kamu lupa untuk menyebutnya ketika menyembelih, maka sebutlah
Bismillah dan makanlah.)
58. Tidak membin atau membintikan bapa kandung dengan sengaja. Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang tidak menasabkan kepada bapa kandungnya sendiri dengan sengaja dan dia mengetahuinya, maka haramlah syurga baginya.) Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang tidak menasabkan kepada bapa kandungnya sendiri dengan sengaja, maka Allah melaknatinya.)
59. Banyak berbahas, bertikam lidah dan bergaduh yang men- datangkan keburukan:
58. Tidak membin atau membintikan bapa kandung dengan sengaja. Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang tidak menasabkan kepada bapa kandungnya sendiri dengan sengaja dan dia mengetahuinya, maka haramlah syurga baginya.) Hadis Riwayat Bukhari: (Sesiapa yang tidak menasabkan kepada bapa kandungnya sendiri dengan sengaja, maka Allah melaknatinya.)
59. Banyak berbahas, bertikam lidah dan bergaduh yang men- datangkan keburukan:
Hadis Riwayat Tirmizi: (Sesiapa yang bertikam lidah tanpa ilmu, maka dia
dalam kemurkaan Allah.) Hadis Riwayat Ibn Umar, Rasulullah bersabda:
(Paling aku takut berlaku ke atas kamu ialah orang alim yang menjadi
hina, orang munafik yang berbahas dan bertikam lidah tentang al-Quran,
dan kehidupan dunia yang menggadai maruah dan agamamu.)
60. Menahan daripada mendapatkan air kurniaan Allah:
60. Menahan daripada mendapatkan air kurniaan Allah:
Seperti air dari gunung, air mata air dan sebagainya. Hadis Riwayat
Ahmad: (Sesiapa yang menahan seseorang daripada mendapatkan air dan
tumbuh-tumbuhan kurniaan Allah, maka dia akan terhalang dari mendapat
kurniaan dan rahmat Allah di akhirat.)
61. Mengurangkan timbangan: Firman Allah Taala:
61. Mengurangkan timbangan: Firman Allah Taala:
"Celakalah orang yang mengurangkan timbangan." (Surah al-Mutaffifin:l.
Dan Firman Allah: "Dan apabila mereka membuat urusan jual beli dengan
menimbang mereka kurangkan." (Surah al-Mutaffifin:3. Hadis Riwayat Ibn
Abbas: (Lima diberi lima.)
62. Tiada perasaan gerun dan gentar dengan kemurkaan Allah:
62. Tiada perasaan gerun dan gentar dengan kemurkaan Allah:
Suatu ketika iblis telah membuat tipu daya, maka malaikat Jibril dan
Mikail menangis. Lalu Allah berkata: "Kenapa kamu berdua menangis?"
Mereka menjawab: "Ya Tuhan kami, kami gentar dengan tipu daya dan
kemurkaan-Mu yang Maha Hebat. Maka Allah menjawab: "Kedudukanmu seperti
ini sekarang masih tidak membuatkan kamu berasa aman dengan
kemurkaan-Ku?
Hadis Riwayat Tirmizi, Rasulullah sentiasa berdoa dengan doa ini disebabkan sentiasa gentar dan takut pada Allah: (Ya Allah yang mampu membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dengan agama-Mu.) Hadis Riwayat Bukhari: (Sesungguhnya hati itu ibarat berada di antara dua jari daripada jari Allah, dan dia mampu membolak-balikkan mengikut kehendak-Nya.)
63. Menyakiti wali-wali Allah:
Hadis Riwayat Tirmizi, Rasulullah sentiasa berdoa dengan doa ini disebabkan sentiasa gentar dan takut pada Allah: (Ya Allah yang mampu membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dengan agama-Mu.) Hadis Riwayat Bukhari: (Sesungguhnya hati itu ibarat berada di antara dua jari daripada jari Allah, dan dia mampu membolak-balikkan mengikut kehendak-Nya.)
63. Menyakiti wali-wali Allah:
Para ilmuan dan ulama yang telah mencapai tahap yang tinggi dalam
penghayatan dan amalan agama adalah orang yang mulia di sisi Allah SWT.
Maka perbuatan memperkecilkan atau menghina mereka pasti akan mendapat
kemurkaan Allah kerana mereka ialah kekasih Allah.
64. Meninggalkan solat berjemaah tanpa keuzuran:
64. Meninggalkan solat berjemaah tanpa keuzuran:
Hadis Riwayat Muslim: (Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jamaah
tanpa keuzuran dan sengaja mempermain-mainkan, maka Allah mengunci pintu
hatinya.) Hadis Riwayat Muslim, bahawa Rasulullah bersabda: (Aku telah
menyampaikan seruan kepada kaum lelaki untuk mereka bersembahyang
berjamaah, kemudian membakar rumah-rumah yang meninggalkan jamaahku dan
meninggalkan solat jamaah tanpa keuzuran.)
65. Meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran:
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah bersabda:
65. Meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran:
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah bersabda:
(Demi Allah yang nyawaku pada-Nya, aku telah menyampaikan seruan solat
serta azan dan menyeru kepada lelaki untuk mengimamkannya, kemudian aku
mendapati sebahagian lelaki yang meninggalkan solat jamaah tanpa
keuzuran, lalu aku mengarahkan agar dibakar rumahnya.) Hadis Riwayat
Tirmizi, bahawa Ibn Abbas pernah ditanya tentang seorang lelaki yang
berpuasa dan bangun beribadat pada waktu malam, tetapi tidak mengerjakan
solat berjamaah. Lalu Rasulullah berkata: (Sekiranya dia mati, maka dia
masuk neraka.)
66. Menimbulkan kemudaratan pada wasiat:
Melakukan kemudaratan seperti pewasiat yang sengaja mewasiatkan warisnya
agar membayar hutang-hutangnya yang sengaja ditinggalkan. Perkara ini
boleh mendatangkan kemudaratan terhadap waris. Firman Allah: "Selepas
semua perhitungan wasiat yang diwasiatkan, atau hutang yang tidak
memudaratkan, wasiat itu daripada Allah, dan Allah itu Maha Mengetahui
lagi Maha Mengasihani." Surah an-Nisa':12
67. Membuat tipu daya dan pembohongan:
67. Membuat tipu daya dan pembohongan:
Hadis Riwayat Bukhari: (Penghuni neraka terdiri daripada lima golongan,
antara mereka ialah lelaki yang mana kehidupannya pagi dan petang menipu
kepada keluarganya dan menipu dalam hartanya.)
68. Mengintip kaum muslimin dan mendedahkan keaiban mereka:
68. Mengintip kaum muslimin dan mendedahkan keaiban mereka:
Diceritakan bahawa Umar r.a ingin membunuh seorang pengintip, lalu
Rasulullah melarangnya dengan alasan lelaki tersebut merupakan salah
seorang pejuang Perang Badar. Kemudian Rasulullah berkata: "Sekiranya
sikap lelaki pengintip tadi boleh menyebabkan kemudaratan pada Islam dan
umatnya, maka perbuatan tersebut dianggap membuat kerosakan di bumi,
maka dia berhak dibunuh."
69. Mencela dan mencaci sahabat-sahabat Rasulullah SAW:
69. Mencela dan mencaci sahabat-sahabat Rasulullah SAW:
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: (Janganlah kamu mengutuk dan mencela
sahabat-sahabatku. Demi Allah sekiranya hendak diukur dengan seberapa
banyak emas dari kamu, tiada yang lebih berat nilaian mereka itu dari
apa jua.) Hadis Riwayat Anas bin Malik: (Sesiapa yang mengutuk dan
mencela sahabat-sahabatku, maka ke atasnya laknat daripada Allah SWT,
para malaikat dan umat Islam seluruhnya.)