Syurga tu kan tempat rehat yang terbaik. Biar penat sekarang, nanti kat syurga rehat puas-puas.
Penat dengan umpat keji manusia?
Rasulullah lebih teruk diuji semasa baginda nak sampaikan Islam. Tapi Rasulullah tetap sampaikan Islam.
Para sahabat, lebih teruk diuji. Tapi, mereka tetap bersama Rasulullah, teruskan kerja dakwah.
Para sahabat, lebih teruk diuji. Tapi, mereka tetap bersama Rasulullah, teruskan kerja dakwah.
Apalah sangat ujian kita hari ini kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah dan para sahabat.
Rasa penat lagi?
Nak berhenti dakwah?
Putus asa?
Tak mampu dah nak jadi daie’?
Hei, kita semua ni daei’, okay.
Setiap orang Muslim itu adalah daie’. Kita dilahirkan sebagai khalifah. Kerja dakwah itu sebahagian dari tugas kita.
Kata nak Islam menang. Kata nak tengok Islam tertegak. Kata nak Islam dihormati.
So, kenapa nak putus asa dengan kerja dakwah ni?
Kalau rasa diri ini dah terlalu penat
dengan kerja dakwah ini, cuba bayangkan kalau 1400 tahun dulu,
Rasulullah juga seprti kita. Rasa penat dan putus asa dengan kerja
dakwah ini. Apa akan terjadi? Adakah Islam akan terus berkembang? Adakah
akan ada sinar Islam disini?
Tapi, tak. Rasulullah tak pernah penat.
Tak pernah putus asa. Tak pernah berhenti. Walau dikeji. Walau diuji.
Walau perit jalan yang dilalui. Rasulullah tetap sebarkan Islam. Tetap
yakin dan percaya pada Allah.
Ujian baginda lebih hebat. Dibandingkan dengan ujian kita. Terlalu jauh bezanya.
Sahabat. Kerja dakwah ini memang susah.
Tapi, syurga Allah itu mahal harganya. Untuk dapat sesuatu yang mahal
harganya, perlu berusaha. Perlukan keringat. Perlukan pengorbanan.
Andai dakwah ini perlukan airmata, biar air mata itu mengalir.
Andai dakwah ini perlukan pengorbanan, korbanlah.
Andai dakwah ini perlukan kekuatan, pohonlah pada Allah.
Andai dakwah ini sukar, bersatulah.
Apa sahaja yang dakwah ini perlukan, berikanlah. Kerna inilah tugas kita.