Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Dosa yang seakan ekor mengikuti sang pelakunya

"Kau tahu tak kenapa kita buat ni?" aku menoleh ke arah Umar, tak faham dengan soalannya itu.

"Buat ni apa?"

"Buat ni. Iktikaf dekat masjid. Qiam."

"Oh. Sebab nak pahala?" jawabku.

"Betul. Tapi bagi aku ada satu lagi sebab," dan Umar terus membaca sebaris ayat alquran.

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

"Almulk ayat sebelas. Kalau tengok ayat ni, dosa dalam bahasa arab, ذنب, zunub. Zunub jugak boleh dibawakan dengan maksud yang lain, iaitu ekor."

"Ekor? Apa kena mengena ekor dengan dosa?" tanyaku. Umar menjawab soalanku dengan senyuman.

"Cuba kau bayangkan seekor kucing. Kucing ada ekor kan?"

"Ada. Well, unless kalau ekor dia terputus ke dikerat ke."

"Okay. Kebanyakan kucing ada ekor kan?" aku mengangguk.

"Kalau kucing tu berjalan dari point A ke point B, ekor dia akan ikut sekali tak?"

"Mestilah ikut. Takkanlah tiba-tiba ekor dia tercicir pulak kan?" jawabku tersenyum.

"Haa. Samalah macam dosa kita. Once kita dah buat dosa, dosa tu akan sentiasa ikut kita, ibarat ekor yang sentiasa mengikuti kucing, ibarat kita ni terikat dengan belon dosa. Ke mana saja kita pergi, belon itu akan ikut kita," ulas Umar panjang lebar.

"So, apa kena mengena dengan qiam?" tanyaku sambil menggarukan kepala yang tak gatal.

"Obviously, kita tak naklah belon dosa tu asyik ikut kita ke mana saja kita pergi kan? So salah satu cara untuk belon dosa tu tak ikut kita adalah dengan menggunting talinya. Tapi macam mana nak gunting tali tu?"

"Dengan cara istighfar, solat malam kita, taubat kita. Kalau kita sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah, Allah akan ampunkan dosa-dosa kita. Allah kan Maha Pengampun?" Umar tersenyum. Lagu sepi kembali bermain di kepalaku.

Aku memandang tanganku, membayangkan seutas tali yang terikat di pergelangan tangan, dan tali itu terikat dengan belon dosa. Entah berapa biji belon yang sentiasa mengikuti aku selama ini. Mungkin beratus. Mungkin beribu. Siapa tahu?

Astarghfirullah