Assalamualaikum wbt and sobahal khoir jamie'an.
Masa : 8:10am
Hari : Sabtu
Tarikh : 30 July 2016
Sumber : blog Pink Sweet Home
Adat
menyayangi, pasti ada merindu... Tapi, apa yang kita lakukan bila
merindu insan yang disayangi? Jika kita rindukan ibu, ayah, atau
keluarga, pasti kita sudah hubungi mereka... Cara yang sudah menjadi
kebiasaan bila rindu... Bila rindu, hubungi... Dah hubungi, cakap
lama-lama, tapi masih merindu... Haa... Macam mana tu, saudara dan
saudari sekalian... Sampaikan ada yang sanggup tidur dengan telefon,
atau mungkin bercakap dengan insan yang dirindui sampai tertidur...
Bagaimana jika kita terlalu rindu sehinggakan membuak rasa ingin
berjumpa dengan insan yang dirindui itu? Bagaimana pula jika kita
rindukan insan tersebut, tapi pada masa yang tidak sesuai? Rindu di kala
terjaga di tengah malam, mungkin? Atau kita tinggal berbeza benua dari
insan tersebut? Pada saat kita bangun tidur, mereka sudah tidur, pada
saat mereka bangun tidur, kita pula sudah tidur? Tapi, kita merindukan
mereka... Apa nak buat, pada ketika itu? Atau mungkin kita merindukan
seseorang yang tidak halal bagi kita (faham-faham la ye...)?
Adakah kita akan hubungi si dia, semata-mata untuk menyatakan rindu?
Boleh jadi fitnah tu... Jadi, apa nak buat bila kita rindu di keadaan
yang tidak sesuai?
Jawapan
yang ingin saya kongsikan, adalah solat sunat... Insya-Allah, selesai
isu merindu... Mengapa saya katakan solat sunat mampu mengubat rindu?
Satu analogi mudah... Bila kita merindukan seseorang, pastinya timbul
rasa ingin bertemu... Nak bertemu berhadapan, melihat mukanya di depan
muka kita, tak tercapai kerna jarak memisahkan... Tak kisah jarak
fizikal atau jarak syariat... Oleh itu, apa kata kita temukan hati kita dengan hatinya? Di mana hatinya? Pastinya ada pada tuhannya, Allah SWT...
Analogi
lagi... Contohnya, kita merindukan buah hati yang tinggal sekampung
dengan kita... Lalu, kita ke rumahnya... Ops, lupa nak beritahu yang
buah hati kita tu anak Pak Imam (anak Pak Imam kan solehah, nakkan isteri solehah la katakan)...
Sampai ke rumah si dia, berjumpa si ayahnya... Lalu berkatalah kita,
“Assalamualaikum Pak Cik Haji... Saya datang ni, nak berjumpa Fatimah
Az-Zahra...”. Maka bertanyalah si Pak Imam,
“Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh... Apa hajatnya Ali Imran nak
jumpa anak dara pak cik ni?”. Selamba kita jawab, “Saya rindu akan
Fatimah Az-Zahra, pak cik... Rindu sangat-sangat... Dapat tengok muka
dia pun jadilah...”. Pak Imam pun membalas, “Ali Imran ingat Fatimah Az-Zahra tu Tugu Negara, nak tengok-tengok? Ada
bagusnya Ali Imran ke pantai, tengok pokok kelapa... Sambil-sambil tu,
istighfar... Nak solat Dhuha kat pantai tu pun boleh...”.
Itu
adalah contoh respon seorang bapa, pemilik diri anak daranya... Betapa
si bapa melindungi kehormatan diri anaknya... Namun, kadang-kadang
perisai si bapa bocor jua... Si dara terlepas jua... Maka, dari rindu
nak tengok, jadilah rindu nak jalan sama-sama, jadilah rindu nak
pegang-pegang, dan jadilah menjadi-jadi...
Oleh itu, sampaikan rindu kita kepada pemilik hatinya... Inilah
medium komunikasi hati ke hati... Bila ikhlas dari hati kita, menyentuh
hatinya yang jauh nun di sana, itu lebih terkesan berbanding bicara
mulut manis bertebu di bibir... Kata rindu yang dilafazkan juga ditapis
dengan terperinci oleh Allahu Rabbi, pemilik hatinya...
Selain
itu, percayalah bahawa solat sunat sangat berkesan dalam meredakan
rindu... Kadang-kadang, pada saat kita bertakbir, degupan kencang
jantung kita mampu reda dengan serta-merta... Ajaib kan? Haa... Itulah
barakahnya solat sunat tatkala rindu... Selain itu, kita juga mampu
‘membunuh 2 burung dengan 1 batu’ (killing 2 birds with 1 stone)... Kita bersujud kepada Allah, di samping menyampaikan rindu hati kita kepada hati si dia...
Mengapa
dikatakan solat sunat sebagai pengubat rindu? Ini kerana hakikat bahawa
rindu datang tidak tentu masa... Jika ingin menanti waktu solat fardu,
pastinya tidak ternanti... Oleh itu, laksanakanlah solat sunat, kerna
solat sunat tidak mengira masa... Contohnya, rindu kita datang pada jam 8
pagi... Apa nak buat? Waktu Subuh dah lama berlalu... Kita boleh
laksanakan solat sunat Dhuha... Jika dah kita laksanakan solat sunat
Dhuha, kita masih boleh solat sunat yang lain-lain... Satu lagi analogi,
contohnya kita mimpikan si dia (rindu sangat, sampai termimpi)...
Tersedar dari mimpi, jam 3 pagi, rasa rindu sangat kat dia... Apa nak
buat? Isyak, dah lama kita solat... Nak tunggu Subuh, lama lagi... Nak
sambung tidur, tak dapat, sebab rindu sangat... Senang je... Bangun,
ambil wuduk, solat sunat... Tak kisah nak solat istikharah atau solat
hajat, atau mungkin solat apa saja... Insya-Allah, terubat rindu tu...
Dah terubat rindu, alang-alang dah bangun tu, qiamulail terus sampai
Subuh... Fuhh... Untung betul... Ramai insan lain, rindu, sia-sia... Sebab mereka tak buat apa-apa... Ada juga insan yang rindu, berdosa...Sebab mereka buat maksiat, hanya kerana mereka rindu... Tapi, kita rindu, berpahala...Sebab bila kita rindu, kita qiamulail, beribadat kepada Allah SWT... Untung kan?
Teringat
kata-kata Ustaz Don Daniyal, “Kalau nak solat sunat, boleh niat ‘Sahaja
aku solat sunat kerana Allah Taala’. Cukup.”... Maksud kata, solat
sunat tu boleh dilaksanakan bila-bila masa, dan kalau tak tahu nak solat
sunat apa, boleh je niatkan sebagai ‘solat sunat’... Itu sudah
memadai... Pendek kata, bila rindu, solat sunat... Insya-Allah, rindu terubat, pahala pun dapat...
Rindu tak memerlukan suara lunak...
Untuk nyanyikan,
“Tuhan sampaikan rinduku pada dia, agar dia tahu ku rindukannya”
(nada: Ombak Rindu)...
Rindu tak memerlukan kredit telefon berpuluh...
Untuk telefon dia, melepaskan rindu berjam-jam...
Rindu cuma memerlukan usaha sedikit...
Usaha untuk menyamankan badan dengan wuduk...
Usaha untuk bersolat sunat...
Soal luangkan masa,
Luangkan masa menyanyi, mungkin sia-sia...
Luangkan masa menghubungi si dia, mungkin berdosa, mungkin juga sia-sia...
Luangkan masa bersolat sunat, berpahala...
Nota :
Rindu di sini tak semestinya rindukan buah hati... Rindu di sini juga
teraplikasi pada rindukan keluarga. Rindukan sesiapa sahaja, Insya-Allah
solat sunat adalah langkah yang praktikal sebagai meredakan rindu...