Assalamualaikum.
1. Tetapkan matlamat. Contoh: semester ni CGPA 4.00. Semester ni nak 3.7. Semester ni nak try atas 3.0.
2. Susun subjek-subjek mengikut keutamaan. Susunan keutamaan diberikan kepada subjek yang paling susah / perlu diberi perhatian serius sehinggalah subjek yang dah mantop.
3. Jadual study. Tetapkan jumlah jam study bagi setiap subjek. Study 50 minit. Rehat 10. Kemudian sambung subjek tu atau tukar subjek lain ikut jadual. Subjek susah lebihkan masa. Jadual jangan padat sampai tak sempat nak makan.
4. Kenalpasti masa aktif anda. Kalau jenis lepas subuh tidur balik, jangan letak subjek berat anda waktu pagi. Letak subjek susah pada waktu aktif.
5. Tidur 5 jam dah memadai. Tidur kena jaga. Sebelum tidur study subjek paling susah. Bangun tidur sambung subjek paling susah tu jugak.
6. Study sambil kunyah kismis. Minum air lebih. Jika anda jenis suka study dengar lagu, pilihlah lagu yang menenangkan (lebih baik dengar bacaan Quran). Siapa jenis suka study sunyi-sunyi cari la tempat seperti perpustakaan. Study di masjid ada keberkatannya. Rumah Allah kan.
7. Elakkan study di bilik tidur atau mana-tempat tempat yang ada bantal atau tilam atau selimut. Tetiba je nanti dah berselubung.
8. Penat-penat study tu rehat kejap call mak ayah. Minta doakan. Dengar suara mak ayah ni menenangkan. Doa mereka pun dimakbulkan.
9. Siapa yang sempat balik, tatapkan muka mak ayah tu sebelum exam. Walau nanti kawan-kawan perli kita rajin belajar, at least kita tahu kita nak jalankan tanggungjawab kat mak ayah yang memberi kepercayaan kepada kita.
10. Study tu kena aktifkan semua pancaindera. Baca dengan suara perlahan bagi telinga kita dengar. Tulis nota. Warnakan. Bila guna semua pancaindera, lebih kuat ingatan.
11. Lepas subuh baca yasin atau mana-mana surah. Lepas solat, jangan malas doa. Solat hajat doa sungguh-sungguh. Bagi tenang baru mula study.
12. Beri masa lebih bersama Dia (jangan gopoh sangat solat). Dia akan beri masanya bersama kita. Bagaimana? Misalnya kita cepat faham. Jadi banyak masa jimat. Tak ada la asyik ulang benda sama tak faham-faham dan masa terbazir.
13. Jangan bergantung pada nota kawan (dia tak bagi semua tu) haha. Jangan bergantung pada nota kuliah. Jangan bergantung pada soalan exam lepas. Untuk letak diri anda pada level yang berbeza dengan rakan sekelas, carilah dan tambahlah sumber berautoriti lain. Lecturer pun suka ada input tambahan.
14. Study tak faham! Tanya yang faham. Tak faham juga tanya yang boleh memahamkan. Baca tak faham. Ulang baca. Tak faham juga. Baca lagi. Biar jatuh biji mata. Pasang balik dan sambung baca. Jangan putus asa.
15. Kenal pasti cara study terbaik untuk subjek anda. Jika study group itu terbaik, buat la study group. Kalau rasa study sendiri terbaik, study la sendiri.
16. Jangan asyik sebut susah. Bila selalu sebut susah. Memang la jadi susah. Kurangkan mengeluh. Mengeluh hanya tambah masalah. Mengeluh tu sendiri pun satu musibah. Rilex. Cari solusi.
17. Semak jadual exam. Study subjek yang last dulu kemudian baru yang awal-awal. Kemudian nanti ada masa renggang ulang subjek yanglast-last. Utamakan juga subjek yang dekat-dekat harinya. Mana subjek yang ada gap tu boleh la kemudiankan.
18. Guna sticker note untuk ringkasan maklumat buku dalam muka surat tertentu. Nanti laju sikit baca. Terus tengok point penting kat sticker notes je.
19. Tolong kawan yang tak faham. Bila kita ajar orang, kita akan lebih faham. Faham?
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez