Assalamualaikum wbt
✍🏻Sunat Ab'ad
Sunat Ab'ad ialah perkara yang dituntut melakukan ketika mengerjakan solat. Jika tertinggal atau terlupa hendaklah diganti dengan sujud Sahwi
✍🏻Sunat Hai'ah
Sunat Hai'ah ialah perkara yang dilakukan untuk menyempurnakan solat jika tertinggal atau terlupa tidak dituntut sujud sahwi
🔷Perkara-Perkara Sunat Ab'ad dan Hai'ah
🕋Sunat Ab'ad
1⃣duduk tahiyat awal
2⃣ membaca tahiyat awal
3⃣ duduk ketika selawat nabi dalam tahiyat awal
4⃣ membaca selawat nabi ketika tahiyat awal
5⃣membaca doa Qunut
6⃣berdiri membaca Qunut
7⃣Membaca selawat nabi dalam doa Qunut
8⃣Membaca selawat kepada keluarga nabi dalam tahiyat akhir dan Qunut
✍🏻Sunat Ab'ad jika tertinggal atau terlupa hendaklah diganti dengan sujud Sahwi
🕋Sunat Hai'ah
1⃣Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
2⃣Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
3⃣Membaca doa tawujud/iftitah.
Doa iftitah ialah:
:"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
4⃣Membaca A'uzubillah
5⃣Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
6⃣Membaca amin selepas fatihah
7⃣Membaca surah al-Quran
8⃣Membaca tasbih ketika rukuk
9⃣Membaca tasbih ketika sujud
1⃣0⃣Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
1⃣1⃣Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
1⃣2⃣Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
1⃣3⃣Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
1⃣4⃣Salam yang kedua
✍🏻Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'ad
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez