Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Love is 'cinta'







Petikan yang copied and pasted by aku, zattynadia.

Bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah.

Aku akui yang aku orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kauorg, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu, aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.

Cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya. Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?

Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat 40 kalau tak silap, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ALI-IMRAN juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman”. Banyak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.

Jangan takut dan malu untuk bertaubat pada Yang Maha Esa sebab sungguh Allah itu Maha pengampun. Maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kita punya peluang untuk bertaubat. Korang beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur korang dengan bisikan, kita sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kita mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kauorang.