Namun, dalam memilih, tidak semua insan itu berjaya meraih tentang apa yang dipilih. Tiba-tiba, pilihan tidak selari dengan apa yang dikehendaki. Persamaan, nun jauh pergi. Dahulunya rasa ya. Kini, rasa berbeza dengan apa yang kita rasa di awal kala. Perubahan. Agama Islam mendidik setiap insan supaya terus berharap pada-Nya dan terus berusaha. Berputus asa itu bukan jalan dan bukan caranya. Islam itu indah, malah ia mengindahkan kehidupan ini dengan sinar kasih sayang-Nya. Islam itu lebih indah, jika seseorang itu mewariskan hidupnya pada Maha Esa. Pasti dia tidak akan kecewa. Tidak sesekali.
Antara cinta dan iman
Cinta membisik.
Benarkah apa yang dipilih itu? Adakalanya, hidup yang sering diganggu perasaan sunyi sepi itu… adakah memang benar memerlukan cinta? Atau ia hanyalah gangguan-gangguan emosi yang berbentuk sementara. Kadangkala ada, kadangkala tiada, macam biskut pulak :P
Juga, adakah dengan memilih cinta itu, hidup kita ini baru berasa bahagia. Baru merasakan kehidupan ini lebih bermakna dan tidak sia-sia. Adakah benar pilihan kita itu? Iman berkata.
Iman
Adakah dengan memilih iman, kita tidak boleh meraih cinta? Apakah sekiranya kita memilih iman, hidup ini kita diselimuti sengsara. Iman itu apa maknanya buat kita? Tanya diri. Tepuk dada. Tanyalah iman :)
Pilihan
Hidup ini adalah pilihan. Dalam pilihan, terselitnya ujian. Ujian untuk memilih. Sama ada baik atau sebaliknya, kita bakal memilihnya. Jika tersilap memilih, masih ada ruang buat diri untuk berbalik pada pangkalnya.
Jika pilihan yang dibuat oleh diri itu benar dan tepat, maka bersyukurlah pada-Nya dan jangan sesekali kita mengkhianati-Nya.
Tetapi… bagaimana jika keliru? Tanyalah pada diri. ‘Apakah yang menyebabkan aku meyakini DIA dan kekasih-Nya?