Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Kaabah, arah sujudku


Arah kiblat muslimin 
Kaabah 
Di sebalik cerita tentang Kaabah 

1. Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 meter, dengan sisinya selebar 11.03 meter darab 12.86 meter.

2. Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anak sulungnya, Nabi Ismail as. Pada mulanya, Kaabah mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur.

3. Binaan awal hanyalah terdiri daripada kayu dan tidak berbumbung. Menurut ulama dan cendiakiawan Islam, tapak Kaabah sebenarnya adalah tapak ibadat oleh para Malaikat dan penghuni langit namun kemudiannya di angkat ke langit ke tujuh. Tapak ibadat para Malaikat dan penghuni langit digelar Baitul Makmur. Baitul Makmur berada selari dengan Kaabah di dunia.

4. Di satu penjuru Kaabah terdapat batu hitam yang dikenali sebagai Hajar Aswad. Diriwayatkan bahawa batu ini diturunkan di Jabal Abu Qubais dalam keadaan putih bersih. lebih bersih daripada susu. Namun, lama-kelamaan batu putih bertukar hitam dek kerana dosa anak Adam yang menciumnya.

5. Kaabah pernah beberapa kali rosak antaranya adalah disebabkan banjir dan peperangan. Antara paling diingati adalah peristiwa di mana Hasin bin Numayr telah mengarahkan tenteranya melontarkan batu dengan menggunakan manjanik ke atas pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di Kaabah. Tembakan dengan manjaniq ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah Kaa’bah.

6. Kiswah atau kain penutup Kaabah pertama kali diperkenalkan samaada oleh Nabi Ismail as atau moyang Nabi Muhammad saw, Adnan bin Ad.

7. Hijr Ismail terletak di sebelah utara Kaabah yang dibatasi tembok berbentuk setengah bulatan. Ia dipercayai sebagai tempat tinggal Nabi Ismail semasa hayatnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya, Siti Hajar.

8. Terdapat satu kawasan khas yang dipagar di sekitar kompleks Kaabah. Ia adalah Maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim dalam erti kata di sini adalah tempat pijak Nabi Ibrahim bukannya kubur Nabi Ibrahim. Di sini, dapat dilihat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim yang tenggelam ke dalam batu sedalam 9 cm.

9. Di bumbung Kaabah terdapat satu pancuran air yang dikenali Mizab Kaabah. Mizab Kaabah dibina untuk membuang air hujan yang sering bertakung di bumbung Kaabah. Ia disaluti dengan emas dan diukir dengan bergitu cantik.

10. Pada 8 Zulhijjah 317 Hijrah, Abu Taher al-Qurmuthi daripada Bahrain telah datang menyerang Mekah sehingga ramai jemaah haji terbunuh. Banyak harta benda jemaah haji dirampas bergitu juga dengan hak milik Kaabah iaitu Hajar Aswad. Mizab Kaabah juga ingin dirampas namun tidak berjaya apabila Allah mentakdirkan pengikut Abu Taher yang ingin mengambil Mizab Kaabah tersebut terbunuh akibat jatuh daripada bumbung Kaabah.

Sejarah and facts about Kaabah 

Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Dialog antara orang Islam vs non-muslim about Kaabah

“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”

“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”

“Baitullah tu apa?” …

“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”

“Allah ada dalam tu?”

“Tak…..”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”

“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”

“Kamu sembah apa?”

“Saya sembah Allah swt”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”

“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”

“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”

“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”

“Pernah…… selalu..”

“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”

“Tengok perlawanan bola la..”

“Di mana?”

“Dalam tv la..”

“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”

“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”

“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”

“So..?”

“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”

“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”

“Peliknya..”

“Sebab apa pulak pelik?”

“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”

“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”

“Ya.. tak pelik..”

“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”