Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyWORDS: Usaha-usaha untuk melahirkan anak-anak berwawasan


Hi, nak share jee . Takde niat lain kay ? Ni karangan bahagian B aku . Cikgu bagi markah 80% je . Paling tinggi markah untuk sec. ni yang pernah aku dpt time form4 exam BM . Daripada tak jumpa dah kertas exm ni nt, baik aku salin balik kt blog ni :) boleh rujuk lagi next time . Bukan ape, hasil kita sendiri, kita akn lebih ingt than hasil org sebenarnya . 

1. Tajuk : Usaha-usaha yang daat dilakukan oleh keluarga untuk melahirkan anak-anak yang berwawasan .Tajuk ni maybe senang bagi kauorg tapi aku ni tak pandai mane pun. Sebab tu amik nmb. yang senang je ;)
2. Peperiksaan BM UPT4 Tingkatan4 2013 .
2. Syarat : tidak boleh kurang than 350 patah perkataan .
3. Aku pilih nmb dua daripada lima soalan .
4. Nasihat cikgu FATIMAH SEMBOK, kalu boleh setiap perenggan ada ungkapan menarik .
5. Sampel jawapan aku :

Keluarga terdiri daripada datuk, nenek, ibu, ayah, dan anak-anak. Setiap orang pasti ada peranan tersendiri sama ada sebagai seorang ibu atau bapa, datuk atau nenek dan peranan sebagai seorang anak-anak. Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam usaha-usaha untuk melahirkan anak-anak yang berwawasan. Perkara ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW yang ada menyatakan bahawa anak-anak umpama kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka sama ada Yahudi, Majusi, atau Nasrani. Sabda ini jelas menggambarkan betapa besarnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka untuk melahirkan generasi yang berwawasan seterusnya dapat meningkatkan mutu dan prestasi negara gah di mata dunia.

    Antara usaha yang dapat dilakukan oleh keluarga khususnya ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang berwawasan ialah mencurahkan kasih sayang bagai menjaga intan dicanai kepada anak-anak. Setiap ibu bapa semestinya sayang akan cahaya mata mereka. Hal ini kerana, kasih sayang adalah sifat semulajadi manusia yang sememangnya wujud dalam diri seseorang. Yang membezakannya di sini ialah kasih sayang itu berjaya dicurahkan ataupun tidak sahaja kepada anak-anak mereka. Setiap makhluk di dunia ini ingin disayangi dan dibelai. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang terjebak dalam gejala sosial tamsilnya merokok, membuli, dan melepak. Jika dibuat soal selidik dan kajian tentang faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada masalah gejala sosial, peratusan yang tertinggi adalah kurang kasih sayang daripada keluarga dan individu yang datang daripada keluarga keluarga yang bermasalah diikuti dengan pengaruh rakan sebaya. 

    Selain itu, didikan dan tarbiah yang baik sepatutnya ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maksud peribahasa ini adalah ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak sewaktu jari-jari mereka masih lembut lagi kerana apabila sudah besar nanti, sudah tiada guna lagi untuk mendidik. Nasihat dan teguran yang diberikan kepada anak-anak akan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi.

    Penerapan nilai-nilai keagamaan meruapakan inisiatif seterusnya. Ibu bapa sepatutnya mendedahkan konsep pahala dan dosa serta syurga dan neraka dalam diri anak-anak mereka agar mereka mempunyai matlamat hidup yang ingin dituju. Di samping itu, ibu bapa juga perlulah mempraktikkan konsep 'Rumahku Syurgaku' di rumah mereka. Di samping sebagai sebuah tempat tinggal dan tempat perlindungan, rumah juga berperanan sebagai tempat ketenangan, tempat keseronokan dan tempat kebahagiaan bagi seseorang individu. 

    Antara ciri anak-anak yang berwawasan ialah bersikap inovatif, berkemahiran tinggi, berdaya saing,  dan bersedia berkongsi ilmu. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menyediakan kemudahan yang lengkap dan mendaftarkan anak-anak ke sekolah agar mereka dapat menuntut ilmu pengetahuan secara formal. Ilmu adalah penting dalam kehidupan manusia bak kata pujangga, darjah seseorang itu kita boleh lihat daripada ketinggian ilmu dan akhlaknya. Rasulullah SAW juga ada menyeru umatnya bahawa tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Hal ini mempamerkan betapa pentingnya ilmu kepada manusia dan betapa perlunya manusia kepada ilmu.

    Dalam meniti arus globalisasi ini, izharnya kita dapat lihat ramai orang yang sibuk mengejar kekayaan dunia dan berebut-rebut untuk mendapatkan pangkat dan gelaran sehingga lupa akan peranan mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak di rumah. Mengejar kekayaan bukanlah perkara yang salah. Namun, akan mendatangka kesan yang buruk jika kita tidak tahu untuk membahagikan masa kita untuk bekerja dan masa kita di rumah bagi mencurahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh terhadap anak-anak agar mereka tidak bersa terpinggir.

    Pada zaman Sains dan Teknologi ini, kita sepatutnya memanfaatkan kelebihan yang kuta ada tamsilnya, menggunakan gajet atau tabloid yang canggih sebagai alat komunikasi dan perhubungan. Apabila kita tidak sempat untuk pulang awal ke rumah kerana ada urusan penting yang perlu diselesaikan di pejabat, kita mestilah berhubung dengan anak-anak kita di rumah. Sehubungan dengan itu, komunikasi antara ibu bapa dan para guru di sekolah juga amat penting dalam membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak. Hal ini dapat membantu ibu bapa untuk memastikan dan mengetahui tindak tanduk anak-anak kita sewaktu di sekolah.

    Tuntasnya, anak-anak merupakan pelapis yang bakal memimpin negara. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak bak kata pepatah, bagaimana acuan, begitulah kuihnya dan ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ? Para ulama ada menyebut bahawa akan terputuslah setiap amalan seseorang anak Adam itu setelah dia mati melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh serta solehah. Kesimpulannya, didiklah anak-anak kita  agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah supaya dapat memberi syafaat kepada kita apabila di akhirat kelak .