Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Tips untuk memohon PTPTN

Assalamualaikum

Langkah-langkah utk memohon pembiayaan pelajaran PTPTN

1. Terima surat tawaran meneruskan pembelajaran

2.Check IPT anda boleh menerima pembiayaan PTPTN atau tidak

UA mmg boleh mintak PTPTN

3.Pastikan anda memenuhi syarat-syarat pembiayaan PTPTN.

Baca dan pastikan korang penuhi syarat-syarat dia ke tak. Orang Nepal tak boleh amik PTPTN.

4. Pastikan anda mempunyai alamat emel yang sah

Pasal emel ni pastikan bila dah dewasa ni takpayah lah buat emel zaman kanak kanak lagi. Buat emel yang matang sikitlah bagi urusan urusan rasmi.

5. Buka akaun bank berdasarkan universiti yang anda dapat.

Kalau UIA -  BANK MUAMALAT
(Bergantung pada UA masing2)

6. Buka akaun SSPN. Boleh buka akaun ni di mana mana bank ejen PTPTN

Ejen PTPTN adalah seperti BSN, CIMB, AGRO Bank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Maybank. Aku buka akaun SSPN dekat Maybank sbb boleh settle haritu jugak. Aku tak pasti bank mana yang kena tunggu keesokan harinya baru boleh settle akaun SSPN. MInima akaun ni RM 20.

7. Beli No, Pin PTPTN

Beli no pin ni di BSN dengan harga RM 5. Kena ingat bahawa no pin ni boleh tahan selama 6 bulan sahaja. Lebih dari tu kena beli baru punya.

8. Isi borang PTPTN secara online

Buat pendaftaran kali pertama and isi lah borang borang dia. Pendaftaran secara online ni korang boleh buat satu kali sahaja. SEKALI SAHAJA. Jadi, pastikan korang check betul betul maklumat and cari maklumat-maklumat yang susah nak cari siap-siap. Sebarang ketidak pastian boleh terus telefon PTPTN. Kalau tak, korang kena beli no pin baru dan buat permohonan semula.

9. Sahkan permohonan anda setelah check 4 ribu kali. (hiperbola semata)

InshaAllah kalau dah 4 ribu kali check mesti tak ada masalah nak sahkan lagi.

10. Tunggu permohanan anda disahkan.

Ambil masa dalam seminggu selepas tarikh permohonan tamat.

11. Boleh amik WPP.

Wang pendahuluan sebanyak RM 1500 utk korang bayar yuran pengajian, yuran kolej dan persiapan masuk IPT. WPP ni boleh mintak time buat permohonan masuk IPT. Aku tick 'right' yang aku nak menerima WPP time buat permohonan penerapan dulu. Cek bernilai RM 1500 itu hanya boleh dicashkan di bank CIMB sahaja. Tak boleh guna cara lain

12, Print borang- borang PTPTN bila permohonan anda diterima. (80gsm)

Semua borang ni kena ada *WAJIB* *2 salinan*. Isi tarikh dan sign di mana yang perlu sign. Dinasihatkan guna *pen hitam* utk kegunaan surat surat rasmi macam ni.

13. Beli setem hasil

Beli *setem hasil 2 ketul* di mana mana pos office berdekatan. Dan tampal di borang yang perlukan setem hasil utk ditampal.

14. Dapatkan tanda tangan pegawai kelas A.

Aku ambik tanda tangan Ketua Jabatan kos aku. Pastikan pegawai kelas A korang sama utk kedua dua salinan PTPTN.

15. Sediakan dokumen sokongan.

Dokumen sokongan hendaklah bersaiz A4 (80gsm) berwarna putih dan tidak perlu disahkan,

Dokumen sokongan yang perlu disediakan:

_a) Maklumat permohonan pembiayaan_

_b) Salinan IC pemohon_

_c) Salinan SPM_

_d) Salinan surat tawaran_

_e) Salinan buku akaun_

_f) Salinan transkrip keputusan peperiksaan (STPM, Matrikulasi, Diploma)_

_g) Salinan slip gaji/ salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA PERTAMA_

_h) Salinan slip gaji / salinan borang cukai pendapatan/ salinan kad pesara/ salinan penyata pencen/ surat pengesahan pendapatan/ surat pengesahan tidak bekerja PENJAGA KEDUA_

_i) Salinan surat pengesahan masih belajar di IPT ( budak sem 2 dan ke ats)_

_j) Salinan keputusan peperiksaan setiap sem sebelumnya. (budak sem 2 dan ke atas)_

16. Susun Atur segala borang.

Jadikan borang kepada 3 bahagian.

Bahagian 1. Satu salinan segala jenis dokumen perjanjian

Bahagian 2. Satu lagi salinan segala jenis dokumen perjanjian

Bahagian 3. Segala jenis dokumen sokongan.

*Do not stapler* segala borang sebab kenkadang dorang tak bagi ( yang the very particular about this borang) Just *guna klip* utk pile up borang korang ni. No comot comot borang korang ni. Pastikan cantik tiada kesan liquid, *TIADA KESAN LIQUID* ya! Kalau tak, dorang suruh print baru.

17. Datang pada waktu yang ditetapkan bila pihak PTPTN akan hadir ke IPT anda utk kutip borang.

Kena peka dengan HEP. Macam HEP aku, diorang ada tampal list yang aku ni budak kelompok mana and PTPTN akan datang bila, di mana, utk hantar all those borang.

18. Datang awal dan ambil no. giliran anda.

Bila diorang cakap start pukul 8, kau rajin rajinkan lah sikit datang awal dari pukul 8 sbb sekarang ni PTPTN guna sistem bernombor. Datang awal, habis awal. Datang lambat, nombor habis, tunggu keesokan harinya pulak. Bila dah datang tu jangan lupa bawak ler pen dan apa apa stationaries. Kot kot ada benda tertinggal atau salah yang perlu pembetulan. Pembaris pun kena bawak.

19. Palang (utk kegunaan PTPTN sahaja) atau cop (utk kegunaan PTPTN sahaja)

Korang boleh pilih nak buat sendiri palang dua dan ditengah tengah letak 'UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' atau pergi dekat kaunter cop cop dan suruh diorang cop "UNTUK KEGUNAAN PTPTN SAHAJA' Motif buat semua benda ni adalah so that pihak PTPTN tak boleh menyalahgunakan salinan salinan IC korang utk benda benda yang tak patut.

20. Ikut cakap pihak PTPTN yang hadir, bawa bersabar dan anda beres!

Ada kaunter, korang ikut je perjalanan kaunter tersebut dan korang boleh balik lepas beres segala benda.

Ini just *rough idea* shj utk membantu ampa2 semua taw,

#Copypaste
Source: Whatsapp group

Kisah cemerlang di akhirat dan di dunia

Assalamualaikum wbt.
Sumber: Whatsapp group
Tarikh: 17 Nov 2016 (12:01am)

Kisah ini sangat baik buat pelajar lelaki mahupun perempuan,yang sangat takutkan kegagalan dalam pelajaran.

"Nurul Atiqah"
"Siti Aisyah"
Satu-persatu nama dipanggil. Sekali imbas ainul melihat markah yang tertera pada kertas rakannya.
41/50. "Subhanallah, bijak!"
49/50. "Hebat!"

Tangan Ainul semakin menggigil. Berpeluh. Takut lain
macam. Mana tidaknya, usrah bersama adik-adik
terpaksa dia tangguhkan kerana ingin membuat
persediaan.

Meeting dengan ahli persatuan terpaksa dia 'skip' untuk belajar 'killer subject' ni.

"Nur Ainul"
Kakinya berat hendak melangkah ke hadapan.

Terus
melihat markah pada kertasnya.
27/50.

"Aku dah agak". hatinya berkata-kata.

Air mata seperti ingin jatuh dari takungan. Cepat-cepat
Ainul kesat sebelum rakannya nampak.

Ini bukan kali pertama Ainul dapat markah sebegitu.
Dah berkali-kali. Cuma kali ini dia rasa sedih yang teramat sangat.

"Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu
dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.

Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah. Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah
berikan dan tetapkan pada kamu.

Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya
kerana kamu gagal menjawab
pada sebuah kertas peperiksaan.

Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti."

Kata-kata ini terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Ya Allah, mudahnya air mata ku jatuh hanya kerana markah peperiksaan ku tak sebagus orang lain."
"Pernahkah sebelum ini aku menangis jika aku mengabaikanmu?"

"Pernahkah sebelum ini air mata ku jatuh kerana amalanku yang sedikit?"

"Pernahkah sebelum ini aku menangis mengenangkan
dosa-dosa lepas?"

"Mudahnya air mataku tumpah kerana dunia. Allahurabbi"

"Ya Allah, jika cemerlangnya aku dalam pelajaran menjadi asbab aku jauh dariMu, jangan sesekali kau berikan kecemerlangan itu."

Jika aku diberi satu pilihan, sama ada ingin cemerlang
di dunia atau di syurga? Sudah tentu aku ingin cemerlang di syurga.

Kerana kehidupan di dunia ini, ia tidaklah panjang, menjadikan diri hanya ibarat pengembara yang sedang menyeberangi jalan sahaja..

Di akhirat jualah kehidupan yang abadi..

MYEXPI : Aku guru taska sementara

Assalamualaikum pelawat-pelawat jurnal online Izzati Nadia sekalian :) Semoga kalian dalam keadaan yang sihat dan diredhai Allah. Bismillah...

Sebut pasal budak-budak, Izzati mmg suka budak-budak. And boleh go ngan kerenah and perangai diorang.

Cerita dia mcmni, Izzati mmg nak cari kerja sebab nak kumpul pengalaman sementara tengah cuti sepanjang tiga bulan ni. One day tu, trylah tanya details kerja kat ummi (pengurus Taska Sinar Permata Ummi). Tiba-tiba dua tiga hari after tht, Ummi tu whatsapp lah Izzati semula. Dia suruh ganti untuk dua hari. Izzati pun setuju lah. Sbb nak raih pengalaman tak semestinya perlu tempoh yang lama right?

Details kerja :
- Sehari RM30
-7.00am until 5.30pm
-Rehat
(10.00am-11.30am dan 1.00pm-2.30pm)
dalam kata lain, time budak-budakni tidurlaa
-Bhg satu :
ala-ala bbysitter
-Bhg dua :
ala-ala cikgu tabika tapi jaga budak 3-5 tahun

31 Oktober 2016 hari Selasa

0700 :
Kakak pergi tempat kerja dengan ayahhh :) Hehe! Seronoknya ayah hantar. Ayah suruh naik motor tp kakak mengada nak jugak dihantar dan dijemput.


Penat nak buat timeline satu-satu. So, random jelah eh for sharing the experience :)

Firstday, Ummi tny nak part baby beam ke kids? Bcs of Izzati dah pernah handle part kids dulu time jadi volunteer teacher kat Blok Kerinchi. So, Izzati pilih nak jaga baby.

Kerja dia ala-ala babysitter la. Izzati kena jaga tiga baby (range old, 3 bulan - dua tahun).
Nama baby tu, Jasmeen, Ammar, and Dira. For the next day, Izzati kena jaga Nasuha, Icha, and Aqilah. Rindu lah pulak kat diorang. Hmm, nampak macam senang right? Tp, tak semudah abc actually. Nak-nak time dia "melabur" euwww, hehe! Time dia taknak tidur. Menangis melalak. Kalau org yg taktahan tu mau mati budak tu kena tampaq. Ayokkk!

Tugas kitorang:
1. Mandikan seorang bby (tiga kali sehari)
-Baju yang dah pakai lipat molek
-Time dia taknak mandi tu sabaq jelah dengar dia menangislah
-Kena pujuk

2. Suapkan mknn
-Satu pinggan share untuk 2-3 baby.
-Diorang duduk lepas bgun dri tidur and makan disuap.

 Ni Nasuha dah tidur, yeyy cikgu boleh dhuha and rehat jap

3. Tidurkan
-Bukan dalam buai okay
-Ats toto je.
-So cara dia tepuk sambil nyanyi ke...sampai dia tidoq lena...Fuh dah boleh jadi ibu ni.

4. Buat susu
-Nampak senang right? Senang sbb satu botol. Tp ni banyak kot botol.
-Dia ikut turn antara cikgu(pekerja)
-First, basuh sabun. Then, lastly bilas guna hot water.
-Isi susu tepung dalam botol dan bancuh mcmbiasa :)

5. Basuh kencing/berak
-Buang pampers, cuci euwwww >.< Yekk, busuk! Heheh...

 Ni budak-budak 2 tahun- 4tahun. Tengah tunggu parent jemput bawak balik :)

6. Dll tugas. Tu yg main dia lah. Yang lain tu, mcm didik, ajar, main ngan diorang, pujuk time diorang melalak menangis sekuat hati, dukung, kemas beg diorang.

Korang nampak je Izzati mcmni. Ummi puji kot. Semua bby suka kat cikgu baru, tapi malangnya cikgu ni just ganti jelah sayang-sayang <3 Hehe. "Tak nangis eh Jasmeen harini kena jaga ngan cikgu tu." "Amboi Nasuha senyum je harini, cikgu baru jage." Hehe, alhamdulillah...

Before last, sis nak payung gambaq-gambar sikitlah (acah-acah gambar kenangan laa).

 Nasuha baru bagun drpd tidur. Cikgu pujuk dia menangis, how cute she is

 Mae Hao (sebut mcmtu), dia nak selfie jgk. Haha Nasuha marah.

 Euww, Mae Hao buat gapo tu? 
Dia ni manja and berani sikit bkn ngan cikgu ni je. Tapi ngn semua.

Komen je or just tinggal jejak kat silent chatting zone di sebelah kiri of my online jurnal pun boleh. Awak-awak boleh follow ig hash.anne or  nak window shopping pun okay. Sis Anne takbuat private pun boutique online dia. Inshaa Allah berbaloi shopping ngan Hash Anne. Doakan Hash Anne :) With love, Izzati Nadia <3 Assalamualaikum wbt. Jumpa di next entry okay? 

MYEXPI : Program Semai Bakti di SMK Seri Rompin

Assalamualaikum wbt, let me share my precious and valuable experience being the facilitator of program Semai Bakti at my previous beloved secondary school; SMK Seri Rompin. 

Untuk pengetahuan pelawat jurnal online saya yang tercinta, this program was held along two days and a night. Let me share the experience during the program. 


Before that, detail program :

Anjuran kelab fPersada UTeM, Melaka. 
Pengarah program, Razali Razak (my senior of SMK Seri Rompin)
Tarikh : 26 Oktober 2016 - 27 Oktober 2016 (Rabu-Khamis)
About : Being facilitator of a group (Latihan dalam kumpulan; LDK)

Aik? Izzati UTeM ke? Ahaha, tu persoalan yang diajukan kepada Izzati bila join program ni, either juniors or seniors or teachers. Nope, I am still UIA's student. Inshaa Allah akan masuk belajar semula (DEGREE) pada bulan February 2017. Sekarang, tengah cuti habis asasi (foundation). Asasi dalam bidang Islamic kat CFS IIUM. Doakan yang terbaik yaaa zair/zairah yang dihormati :)

But how can you joined the program by other university? Okayy, alkisahnya begini. One of my close friend; Nur Faizah binti Kamal asked me to join the program. Dia request kan untuk aku join program ni aka jadi fasi laa untuk pelajar PT3 2016 SMKSR. Nak tahu dia request kat siapa? Mestilah pengarah program; Razali a.k.a Abang Jali (budak Seri panggillah) >.< Bukan Izzati okay? Oleh sebab the prog. manager is the alumni of Serian; and I also like him, permohonan and request diterima. 

Faizah pun baru tahu ada prog. ni kat Seri. Last minit. Bukan ada niat nak rahsia-rahsia pun. Kalau tahu awal, boleh bawak geng. Haha! Pening laa cikgu nnt kalau bwk geng. Tapi, apakan daya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik right?

Sbb lain? Hmm, sbb aku ngan Faizah memang berhajat nak ke Seri Rompin jumpa cikgu-cikgu dan sekolah yang dirindui. Cewahhh! Sangat! Haha. Other reason, of course, Izzati nak collect tajarib (kumpul pengalaman) #tajarib4lyfe heheh! 

Last reason but not least, motif Izzati cuti tiga bulan lebih ni is I want to make my holiday more productive throughout my valuable experience. Cewahhh! Bercita-cita tinggi nampak :P Inshaa Allah, may Allah eases us for everything in our life. Aamiin.

Hari pertama iaitu 26 Oktober 2016 bersamaan hari Rabu


 Ni gambar time tunggu students of UTeM dari Melaka datang. 

Izzati ngan Faizah naik bus dari rumah memasing. Kalau dari Rompin ke Serian; RM1.80 tambang bus. First sampai, hantar barang-barang menginap ke surau An-nur Seri Rompin. Then, gi dewan makan untuk bagitahu tambahan dua tetamu yang akan menjamu selera sajian masakan diorang sepanjang dua hari satu malam di asrama Serian (Dewan Makan; DM). Pastu, pergi ke sekolah jumpa cikgu Suhaila untuk lapor diri (pandai-pandai lah hidup, sape soh join last minute heheh). Next, it is time for jejak kasih bersama cikgu-cikgu Seri Rompin. Allah rindu nak buat perangai and belajar ngan cikgu-cikgu. Opsss! Biasalah, kenangan right? Hehe!

Dalam pukul 12.30pm before Dzhur, other participants of the prog. have arrived. Diorang naik apa? Of cos naik bus UTeM. Prog start lepas Dzhur.

Akak-akak and abang-abang fasi disambut dengan penuh hormat oleh cikgu-cikgu yang terlibat dan para pelajar PT3. Huishhh, line up diorang acah-acah PM datang. Sangat disambut hormat. Great warga Serians!

 Selfi depan Dewan Serbaguna Serians :) Ni before letak barang kat bilik. 

1400-1600 hours :

1. Ta'aruf ourselves. Fasi-fasi memperkenalkan diri masing-masing. Briefing... Abg Jali bg taklimat. Para pelajar form three and facilitators kene berdiri dalam bulatan.


2. First game: Cari pasangan setiap sorang satu pasangan. Jali bagi arahan. Contoh, tangan kanan ke bahu kiri. So, kita akan ikut arahan melalui pasangan kita.


Yang ni; arahan pipi bertemu pipi. Haha! Comel jaa :)

3. Okayy, its time untuk membahagikan pelajar-pelajar ke dlm group. 

-Abg Jali used the brilliant tricky way. Cagha dia; beratur ikut bestfriends, sambil menghadap ke hadapan. Then, pusing ke kiri. So, automatically, semua bestfriends terpisah. As result, terbentuklah tujuh kumpulan. 

-Setiap ketua kumpulan dikehendaki memilih dua orang fasi. Wowww, baikkan kami bagi korang pilih fasi yang korang nak :)) Heheh! And Izzati dipilih oleh kumpulan 3 (Tilapia group).

-Setiap group pilih ketua and pen. ketua.

-Kena ada trendmark masing-masing.

-Reka cheers untuk group masing-masing and present it to the whole participants. 

Duduk dalam group bersama fasi terpilih. Cewahh!

Setiap group akan diberi lima biskut sebagai amanah. Hilang dendaa naa!

4. Abg Syuk telah memberi nama kumpulan bg setiap kumpulan.

-Ayam penyet.
-Parang kontot
-Kuih Bako
-Talapia (group aku)
-Seroja dll.

Dengan nama yang diberi, setiap ahli kumpulan kena present kat depan. Lukis atas kertas mahjong. They had to interpret their group name by using freedom ways. Cth: Tilapia. Cakaplaa yang Tilapia ni kelebihan untuk kita ke dll. I suggested to my brother and sisters in my group to present by storyline.

Ni time group aku present. (Students jelah) Fasi dok peghati je kat belakang. 

5. Before bersurai, kitorang ade main game. Tapi takingat heheh! Game ala-ala alat musik guna anggota badan. Paha jadi drum :))

Para pelajar dan fasi bersurai untuk solat Asar dan minum petang...

6. Waktu riadhahhhh. 

1700-1745 hours : Dua game je yang sempat. 



Satu, seimbangkan air bersama-sama ahli group. 
Bawak botol berisi air dari start point hingga ke finish point. 
Syarat dia ialah bawak bersama-sama ahli group dan jangan pegang botol tu. 
Ahli group harus kerjasama biar botol tu seimbang dan air tak tumpah. 
Group yang paling banyak isipadu air adalah pemenang. 
Dua group yang paling sikit volume of water kena dendaaaaa :) 
Nyanyi lagu sekolah kuat-kuat.

Game kedua, goreng pisang. Nyanyi and bom kat group lain. 
Nyanyi sampai kalah empat group daripada enam group. Dua daripada mereka je yang tinggal mean dua group ni dah sampai ke part final; diorang kena nyanyi laju-laju lagu sampai berbelit lidah. Yang berbelit tu kalah. Yang sebaliknya, jadi the WINNER! Yeayyy congrats the winner group.

Bersurai untuk bersiap ke dewan makan (makan malam) dan surau (solat maghrib Isya').

7. 1930-2100 hours : Refreshment rohani time.

-As simple as ABC; Abang Jali buat forum kat surau. Dia tanya, Ustaz jawab.

8. 2100-2230 hours : Solve the problem by using pictures and colors.


Okay, ni selfi sebelum start LDK sesi malam kat surau

Situasi : Seorang perempuan tersadai di tengah padang pasir keseorangan. Dia dahaga dan ingin mengangkut air yg terletak agak jauh dari kedudukannya itu. Apakah masalah yang dihadapi oleh gadis itu? 

 Ni gambar time malam tu kat dalam surau Serian ( nice kan? )

Setiap group kena selesaikan situasi ni. Before that, kena identify dlu masalah yang gadis itu dihadapi. 


Some of the problems that was brainstormed by the certain group were: 

-Jauh
-Berat
-Panas
-Takde kenderaan
-Kuantiti air yang sedikit dll

Setiap ahli group, pilih satu masalah yg telah dinyatakan (jgn sama ngn grup lain). 

Tilapia group decided to choose the volume of water is limited (kuantiti air yang sedikit) 

And lepas tu, present kat depan dengan syarat kena present dengan lukisan bukan tulisan. 

Ni Wan tengah present and Mizan tukang pegang kertas mahjong (Tilapia group)

Lepastu its time to disperse. Then, and having a supper meal. Malam tu supper makan roti canai. 

Lepas makan, kena meeting untuk fikir and bincang checkpoint explorace for the next day of our program kat Dewan Seri Puteri. Sambil-sambil meeting, Izzati makan ubat sebab rasa nak demam and selesema :) Meeting habis pukul 0000 hours. 

Hari kedua (last day) : 27 Oktober 2016 bersamaan hari Khamis.

Pagi tu sarapan before pukul 0730 hours. 

1. 0730 hours : Refreshment pagi 

While Abang Jali was conducting the refreshment, para fasi untuk setiap checkpoint had to be prepared kat tempat checkpoint masing-masing. Semua sekali Izzati tak ingat ada berapa total checkpoint. 

2. 0830 -1000 hours : Grouping explorace. 

Izzati and Faizah jaga checkpoint solve the four point shape becoming the 10 point shape. Haaa! Ape tu kak Izzati? It means Four point shape is rectangle and 10 point shape is star. Solve and change the shape by using the rope given. Selesaikan dalam masa 4 minit yaa adik-adik. Kalau tak nnt biskut kena rampas. 

For your knowledge, dua groups telah berjaya dirampas biskut mereka. Aikk? Cakap satu group jaa yang berjaya selesaikan. Yes, its right. But, still ada chance untuk selamatkan biskut drpd dirampas. Kalau Izzati and Faizah nampak and perasan diorang mcm syg je biskut, buat muka sedih kee, kitorang bagi chance (pilihan nak denda ke nak dirampas biskut). 

Antara dendanya ialah : 
-Lompat bintang 10 kali dengan serentak. Sorang takserentak dan tak sama, biskut akan dirampass. Wuishhh, sbbkan adik-adik ni syg biskut, serentak terus lompat bintang. Bagus adik-adik!  
-Nyanyi lagu sekolah (Ni request drpd Abang Hisyam sbb dia suka dengar lagu sekolah kitorang) Cewahh! Tengoklah sekolah siapa right? Heheh!

Nampak senang checkpoint ni tapi satu group jaa yang berjaya. 

Group Tilapia bersama abg Daus and kak Izzati. Cehh! Heheh...

Ni trial lahh drpd fasi yang jaga checkpoint ni. Kot-kot mmg takkan boleh buat ke bintang guna tali ke. So, kitorang cuba dlu before diorang selesaikan how to form the shape (star).


Ni checkpoint terbalikkan mat dengan syarat jangan kena garisan mat (tikar).

Majlis perasmian penutup, penyampaian cenderahati dan hadiah.

Anugerah group paling rare (Tilapi) heheh!

Sesi bergambar warga UTeM bersama warga Serians yang terlibat. 

-Bersurai dan tammat - 

Other moments during making experience #tajarib4lyfe



Apply public speaking untuk gigihkan diri siapkan teks emcee Faizah kita.



Ngan Feeznur (tengah) and Faizah (kanan) kat depan Serambi Kasih

Ngan Aishah Samad (kiri) and Faizah (tengah) kat depan bilik ape tahh :)

Assalamualaikum wbt, see you soon, my dear visitors muhtaromun (terhormat). 
Tinggalkan komen anda :) Dipersilakan dan dialu-alukan :) 

MyCOOK : Fettuccine Carbonara

Assalamualaikum wbt,

Izzati nak share pasal my try on cooking the Fettuccine Carbonara. Resepi Izzati google je. Pastu adjust sikit ikut suka rasa. I learn cook from recipes. Hehe! I dunno when Ive started to love the Carbonara. Sejak belajar asasi kot.




FETUCINI CARBONARA (resepi asal oleh Chef Hanieliza)

Bahan2:
Pasta:
300 gram fetucini (direbus hingga lembut) ---- saya guna dua mangkuk pasta spirals..
didihkan air, masukkan dua sudu besar minyak zaitun, sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente

Sos Carbonara:
Bahan2:
2 sudu makan minyak jagung ---- saya guna minyak masak je, tapi extra sket..dlm 4 sudu besar
10 batang sosej ----- saya guna 5 batang sahaja, potong kecik2, dan goreng terlebih dahulu dgn minyak utk menumis tu.
1 cawan susu segar ---- saya guna 1 tin susu cair (evaporated milk) sbb takde susu segar
10 biji cendawan butang ---- ikut selera anda (dipotong nipis)
1 biji capsicum hijau & merah (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji capsicum hijau shj sbb tu je available td
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang) ---- saya guna 3 ulas..hehe
2 biji tomato (dipotong dadu) ---- saya guna 1 biji je
1 sudu makan serbuk lada hitam ---- saya tak guna sebab ayah allergik lada hitam
125 gram keju cheddar, 100 gram keju parmesan, 1 sudu makan serbuk oregano ---- semua ni saya tak guna, saya gantikan dengan 1 tin sos prego tin warna kuning (cheese and herbs)...tetap rasa keju dan oreganonya..dan jimat kos! Hehe..
Garam secukup rasa
Dan..
Saya tambah air 2 gelas sbb saya lebih sukakan tekstur yang sedikit cair (watery) ala2 mushroom soup gitu.

Cara Masak Carbonara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga bangkit bau. (Jangan tunggu layu sangat, cukup sekadar naik bau je).

2) Masukkan cendawan butang, tomato dan capsicum. Kacau rata.

3) Agak2 yang tiga tu (cendawan, tomato, capsicum) cam dah masak sket..Kemudian baru masukkan sosej yang telah digoreng terlebih dahulu tu dan juga sos pasta prego (cheese and herbs). Kacau rata lagi.

4) Masukkan air, dan susu cair. Kacau rata lagi sekali.

5) Kemudian tambah garam secukup rasa. Sos pasta tu dah masin..so tak perlu tambah garam banyak2..sila rasa dulu sebelum tambah garam. Jika dah sesuai dgn selera, tak perlu tambah garam.

6) Tuang sos atas pasta anda..hias dengan daun parsli/keju parmesan parut jika ada dan pasta carbonara anda siap untuk dihidangkan! (saya tak guna pun daun parsli/keju...sebab semua takde tadi..kalau anda peminat keju boleh add on)

Senang sangat nak buat ni..saya siapkan pagi tadi tak sampai 30 minit (dengan tahap diriku yang amatur ini)

Selamat mencuba! 

Kalau dah cuba jangan segan2 tinggalkan komen tau!
 

MYWORDS : Malaysia Merdeka


Alhamdulillah, Allah kurniakan nikmat kemerdekaan kpd ALL MALAYSIANSBebas drpd menjdi hamba kpd yg sepatutnya mnjadi hamba Allah
.
Namun, adakah kita perlu berhenti hamba Allah? Kita semua syg Allah right? So, jangan berhenti jadi hamba yg cintakan Allah sehingga nafas terakhir kita
.

Nak solat, mengaji, belajar, ke masjid, ke kelas/sekolah, makan, minum semuanya MERDEKA tnp gangguan dan peperangan. Kalau nk banding kita dgn keadaan di Syria, Palestin dllImagine how


Hargailah nikmat keMERDEKAan niWe love Malaysia

Hidup dua kali, mati sekali

Source: Whatsapp group

Kita hidup dua kali.
Kita mati sekali cuma.

Sekali hidup di dunia.
Kemudian kita mati.
Lalu,kita dibangkitkan;dihidupkan semula untuk yang kali kedua bagi menghadapi hari akhirat.
Hari yang kekal selamanya.

Sifir kehidupan.
Kita mati cuma sekali.
Bersedialah agar dapat beroleh cara mati yang paling baik.

Kerana apa?

Sekali kita dah mati,jika dalam keadaan yang Allah tak redha..betapa sangat memberi kesan kepada kehidupan kita di akhirat kelak.

Oleh itu,buat perancangan.
Bagaimana cara mati yang menjadi pilihan,
Yang Allah redha.

Ramai yang tahu, selepas kehidupan ada kematian.
Namun begitu, ramai juga yang masih tak tahu,selepas kematian masih ada sebuah kehidupan!

Tips for choral speaking

Assalamualaikum. Sebaba minggu dpn ade competition  for public speaking, nak share tips and ilmu sikit pasal Choral speaking.

Sekarang ni bukan saja dalam english, bahasa Melayu pun dah femes dah sekarang ni. Atau dalam bahasa melayu dipanggil bicara berirama, betul ke? ke aku salah? Erm, kalau bahasa Arab pulah dipanggil Kalam Jama'e. Choral speaking ni bukan je untuk pertandingan nak buat persembahan pun best jugak.  Kalau nak persembahkan choral speaking ni mesti kena buat best-best kan. Ni tips sikit macam mana nak bagi best !

1. Suara.

Suara mesti kena lantang dan jelas, bagi orang faham apa yang nak disampaikan. Kalau text choral speaking tu dah cun gila, kalau suara tak jelas, orang tak faham apa yang nak disampaikan dan menyampah nak tengok. Cakap kena sepatah, sepatah, kalau cakap macam native speaker, baik tak yah buat choral speaking kalau macam tu.

2. Intonasi.

Intonasi suara kena la pelbagai. Kalau sama saja pun tak best jugak. Cuba selitkan ada part yang kena cakap lajuuuuuuuuu, dan ada part yang peeeeeer laa haaan. Sesetengah persembahan yang aku tengok, dari awal sampai habis, semua sama je intonasinya. Contoh, waktu aku sekolah rendah dulu, ada part tongue twiste,

Betty butter bought some butter
but the butter that Betty bought was bitter
so, Betty bought another butter
to make the butter better

patutnya tongue twister kena la cakap laju, tapi kami buat intonasi robot.

3. Drama.

Choral speaking ni, macam kita berceritalah kan. Kita kalau nak sampaikan sesuatu cerita, kena berlakon sikit. Macam orang berlakon, mesti kena nampak real. Contohnya, waktu marah, mesti suara yang kuat, muka yang bengis, kening berkerut. Waktu menangis, cuba buat macam baby nangis, macam kelakar lah skit. Atau, buat lah, ada orang yang tersilap cakap ke, gaduh ke.

4.  Keseragaman.

Yang ini paling penting. Choral speaking kalau tak seragam. Memang tak best lah. Tambah-tambah part tunduk. Huh waktu tu orang boleh nampak. Aku macam tak suka sangat kalau persembahan tu buat style tunduk ombak. Pastu tak jadi. Huh. Rasanya, lebih baik tunduk je semua sekali ngan conducter tu sekali. Baru cun. Tu bagi aku lah.

5. Gaya.

Gaya pun kena ada, cuba buat gaya yang peliks sket. Contohnya, minum air. Orang barisan depan tuang cawan kat orang barisan belakang, dan orang barisan belakang buka mulut. Nampak macam orang besar nak minum air. Tak de lah sorang, sorang letak tangan dekat mulut. Yang tu dah biasa dah buat kan.

Tu lah serba sikit tips, aku rasanya semua orang dah tau kot. Aku bagi yang basic je. Bagi aku, kalau skrip tak menarik pun, tapi ada stail dan gaya penyampaian yang awesome mesti orang tertarik nak tengok. Dan kenalah masukkan lagu, atau suara-suara yang kelakar. Baru cun.

Senarai doa di dunia dan akhirat

Assalamualaikum, berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masukkanlah aku ke Syurga Firdaus.

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman…  yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu (SAW).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padaMu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadaMu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Selamat beribadat!

كيفيات لاستخدام اللغة العربية بطريقة صحيحة

Assalamualaikum, this beneficial sharing is from my research skill's lecturer, Ustazah Rizka Rivensky.

[SEBAIK SAHAJA : Once]

-ما إن + حتى

ما إن دخلتُ غرفتي حتى سمعت أسدا يلعلع .
Sebaik sahaja memasuki bilik, aku terdengar suara ngauman sang singa .

-ما لبث أن + حتى

ما لبث أن عدى عتبة الدار حتى رأى أمامه هُريرا جميلا .
Sebaik sahaja dia melepasi pintu rumah, dia ternampak seekor anak kucing yg comel di hadapannya .

-ما عَتَمّ أن + حتى

ما عتمّ أن فتح الباب حتى ضربه على حين غفلة رجل فقد رشد
Sebaik sahaja dia membuka pintu, tiba-tiba seorang gila(hilang waras)memukulnya .

------------------------------------------

[BARU SAHAJA : Just, recently]

-لِلتَّوِّ

دعونا للتو أستاذنا إلى الطعام سويا
Kami baru sahaja ajak ustaz makan bersama kami .

------------------------------------------

[SAHAJA, SEKADAR,HANYA: Just, Only, Merely, Solely]

-فقط

لا تعُد تبكِ يا أنتَ فقط لأجل امرأة!
Jangan kamu menangis lagi dek kerana hanya seorang perempuan!

-مُجرَّد

لا حاجة للقلق يا صديقي..إنه مجرد البداية . كن واثقا دائما أن يوم نجاحك قادم.
Usah bimbang wahai sahabatku. Ini hanya sebuah permulaan. Yakinlah selalu bahawa hari kemenanganmu akan datang jua kelak .

-فحسب

دوما نعتقد أن مصاصي الدماء يمكنهم الظهور بالظلام فحسب.
Sering kali kita percaya bahawa drakula hanya muncul pada waktu malam .

-وحيد/وحيدة

حكمة باللغة الإنجليزية تقول :

الطريقة الوحيدة للقيام بعمل عظيم أن تحب ما تعمل
The ONLY way to do great work is to  love what you do .

Nice lessons for all muslims

Assalamualaikum, this is the sharing by : Mohammed Faris,
Founder & Chief Productivity.

I hope you're well and had a chance to watch the webinar yesterday on the lessons of Barakah from Hajj (only 5 hours left before the free recording is removed and will be part of ProductiveMuslimAcademy in-sha-Allah)
 

I wanted to share with you today, the most productive routine you could follow on the Day of Arafah, making the most of the day: Spiritually & Socially inshaAllah (I’m assuming tomorrow - Sunday - is not a working day for you). I’ve embedded the links to all the resources you need below as well to help you implement this routine.
 

Here we go. Bismillah:
 

BEFORE FAJR

Wake up at least 1-hour before fajr, pray at least 2 rak'ah tahajjud and/or Witr prayer asking Allah SWT to bless you with the energy, focus, and time to make the most of this blessed day.

Don't check your phone when you first wake up! Disconnect just for this 1-day (at least in the early hours).

Have your suhoor meal: eat healthy lean proteins and food with low GI that would give you sustained energy throughout the day. Drink lots of water (avoid tea/coffee as these might dehydrate you).

Shower so you'll feel fresh for Fajr and make Istighfar until the Athan of Fajr and get ready to go to the masjid.

FAJR TILL SUNRSIE

Pray the 2 rak'aah Sunnah of Fajr in your home, before heading to the masjid.

Mention the dua when leaving the house and the dua for heading to the masjid.

Whilst driving/walking to the Masjid start the dua of the Day of Arafah.

Arrive early in the masjid - pray the 2 rak'aah tahiyyatul masjid.

Make dua between the Athan and Iqama asking Allah sincerely to help you make the most of this day.

Pray the Fajr in Jamaa'a in the masjid.

Do the remembrance after Salaah and stay in your place of prayer till sunrise remembering Allah using the morning Athkar and reciting Quran.

Pray 2 rak'aahs after sunrise to get the reward for Hajj and Umrah. If you can stay longer in the masjid - do stay longer, for the angels keep praying for you as long as you're in the musalla and didn't lose your wudhu.

THROUGHOUT THE DAY

Head home, don’t forget the dua for entering the home.

Start your early morning routine, taking care of your family needs if needed, and keep reciting the dua of the day of Arafat abundantly.

Recite a long Surah at home (ideally Surat Al-Baqarah to remove Shaytaan from your home) and encourage your children to spend the day in remembrance, Quran recitation, and dua.

Pray extra rak'aahs of Duha prayer if you want throughout the mid-morning (from after sunrise till Dhuhur).

Donate to a charitable cause.

Tune your TVs/Computers towards the Live Coverage of Makkah and let the whole family feel that a great event is happening in the Ummah today (You can tune to LIVE HAJJ Coverage here: http://makkahlive.net/hajj2016.aspx) Talk about the stories of Hajj, the meaning of Hajj, and really reflect on it together.

Call family members and extended relatives. Ask for their duas and forgiveness.

Visit the sick in your family/community and ask about their health and make dua for them.

As you watch all the pilgrims on the LIVE streaming; remember the day of Judgement and how Allah SWT will question us on that day, try your best to be emotionally moved by the scenes of Hajj and let those emotions be a driver to make more sincere duas to Allah SWT for forgiveness & repentance.

Don’t forget to make dua for your brothers and sisters worldwide in the Ummah who are going through tough times.

Pray Dhuhur and Asr in Jama'ah, don't forget the sunnah prayers before and after Dhuhur, as well as the four rak'aah nafl before Asr. Go early to the masjid so you can make dua between athan and Iqama. If you can stay between prayers reciting Quran and making dua - that's even better.

AFTERNOON TILL EVENING

Spend the last part of the day - feverishly making dua, making the most of these last few minutes, making dua with all that you have, either alone or as a family.

If you have time, contribute to a family/community Iftar and make the intention of getting the reward of feeding a fasting person.

Pray Maghreb in Jama'aa and after Maghreb - reflect on this day, on what you felt and thought, write down a journal entry for yourself to remember and reflect upon. Make a firm resolve to change at least one habit from your life towards the better inshaAllah.

That's all from me - I hope this was beneficial.

I pray that you have a blessed and spiritually productive day of Arafat and a blessed and happy Eid.

Please don't forget ProductiveMuslim.com and the team from your sincere duas.

JazakumAllah khair,

Tausiyyah untukmu wahai mahasiswa

Assalamualaikum wbt,

TAUSIYAH MUFTI UNTUK MAHASISWA bersama SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

1. Masa belajar, Belajar sungguh-sungguh. Masa yang paling seronok adalah masa belajar. Walaupun masa itu kita tak ada duit. Cuma silapnya kita, masa belajar kita tak belajar. Akhirnya,kita tak mampu untuk menyelesailan masalah ummah, maka kita rugi.

2. Bertuah kerana kita belajar dalam negeri. Kelebihannya baik, banyak. Antaranya dekat dengan keluarga, kewangan pun lebih mudah dsb. Tanpa dinafikan luar negara ada kelebihan yang lain.

3. Kena cabar diri kita. Kita anggap orang belajar dalam negara ini pelajar kelas kedua. Kita anggap orang belajar luar negara hebat. Hakikatnya ramai tokoh² hebat di dunia ini belajar di dalam negeri. Antaranya Maulana Abu Hassan Ali an-Nadwi. Beliau belajar di India. Namun bahasa Arabnya lebih arab dari orang Arab. Sheikh Al Allamah Muhammad Al Amin Al Shanqiti, hanya belajar di Shanqit, Mauritania. Hafazannya luar biasa hebat. Dikagumi oleh ulama'2 Arab. Ketiga, Hamka. Luar biasa hebatnya. Mengarang tafsir Al-Azhar yang luar biasa. Maknanya tidak semestinya belajar di Al-Azhar baru jadi hebat. Sejarah ulama' terdahulu juga bukan dari kalangan orang Arab. Semua ni nak cerita bahawa kita duduk di sini, kita kena cuba untuk jadi hebat.

4. Bila kita berada dalam gelanggang ilmu, perkara yg paling bahaya ialah rendah semangat. Kita tak sangkut cita-cita kita tinggi. Bila kita sangkut rendah, kita dapat separuh daripada itu. Sheikh Dr. Qaradhawi menceritakan di dalam kitabnya, ketika beliau kecil guru sekolahnya pernah meminta beliau menulis karangan tentang cita-cita. Beliau menulis, cita-citaku adalah ingin menjadi Sheikhul Azhar. Terkejut gurunya. Namun ternyata hari ini beliau tidak pernah menjadi sheikhul Azhar. Namun anak-anak muridnya pula menggelar beliau dengan gelaran sheikhul ummah.

Kita perlu mencabar diri kita. Jangan merasa rendah diri dengan orang yang belajar di luar negara. Kita juga hendaklah bercita-cita tinggi. Jangan rendah semangat. Biar kita jadi pandai walaupun kita belajar di dalam negara lebih pandai dari orang yang belajar di luar negara. Bagaimana mahu jadi pandai?

1. Kita kena kuat membaca. Berjalan, kena ada buku. Jangan kita berjalan tanpa buku. Sarjana-sarjana hebat di dunia sangat kuat membaca. Mereka mengkhususkan sebahagian besar masa seharian mereka untuk membaca.

2. Minat yang sangat tinggi untuk belajar, bertalaqqi. Jangan kita jadi orang yang memandai-mandai, syok sendiri, faham sendiri, Google.

3. Kita kena banyakkan diskusi, bermuzakarah. Orang-orang hebat zaman dulu, mereka sentiasa bermuzakarah. Duduk dalam majlis muzakarah ini sangat penting.

4. Dalam belajar, kadang-kadang kita lupa satu benda yang penting, iaitu adab. Jarang kita belajar tentang adab. Imam-imam terdahulu mengarang banyak kitab tentang adab menuntut ilmu. Adab ni penting. Adab ni banyak. Adab dengan buku, adab dengan Quran, adab dengan guru, adab dengan kawan, dengan orang tua. Keberkatan guru yang senang dengan kelakuan muridnya menjadi doa yang menjadikan kehidupan diselubungi ketenangan. Binalah adab, tinggikanlah adab, jagalah adab.

From : Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Bangsar Kuala Lumpur

Bila kita ingat mati

Assalammualaikum. This is share from mysterious person for me😕

Bila ingat mati.
Taubat tak henti-henti.
Takut disoalnya nanti.
Amal ibadah aku jagai.

Bila ingat mati.
Air wuduk ku basahi.
Bersuci sentiasa diri ini.
Mudahan dosa diampuni.

Bila ingat mati.
Bersedia aku hari-hari
Melangkah setapak aku berhenti.
Takut jalan dimurkai.

Bila ingat mati.
Harta yang ada tiada erti.
Tinggallah aku menyendiri.
Munajat musyahadah ingat Ilahi.

Bila ingat mati
Dunia sudah cemburui.
Tiada lekat kasih lagi.
Semua fana tiada erti.

Bila ingat mati.
Akhlak budi aku hiasi.
Takut tersangkut pada duniawi.
Bersenda seloka aku jauhi.

Bila ingat mati.
Tujuh anggota diangkat pergi.
Tiada lagi empunya diri.
Hanya isbat ingat Ilahi.

Bila ingat mati.
Apa lagi nak ku cari.
Berjalan bertahun tiada henti.
Ingatkan Allah aku lebihi.

Bila ingat mati.
Rakan taulan aku jauhi.
Hidup aku menyendiri.
Takut lalai sesaat nanti.

Bila ingat mati.
Makanan jasad ku kurangi.
Santapan roh ku tambahi.
Agar penuh setiap inci.

Bila ingat mati.
Tidur malam ku kurangi.
Jaga malam aku hiasi.
Sentiasa munajat pada Illahi.

Bila ingat mati.
Siang malam ku tangisi.
Kenapa mereka tak fahami.
Hidup ini pasti akan mati.

Bila ingat mati.
Aku senang duk menyendiri.
Muhasabah tilik kebenaran hakiki.
Supaya aku diredhai.

Bila ingat mati.
Bergetar jiwa ingatkan janji.
Amanah janji harus ku tepati.
Kembali suci sesuci-suci.

Bila ingat mati.
Ingatkan Allah tiada henti.
Dosa yang lalu aku taubati.
Mudahan kasih Allah aku diredhai.

Bila ingat mati.
Carilah jalan mendekati.
Cara untuk mengingati.
Guru yang sentiasa memberkati.

Bila ingat mati.
Ingin ku nasihati
Ingatlah Allah jangan berhenti.
Semoga kita semua diberkati dan diredhai.

Bila ingat mati.
Selalu aku mengingati diri.
Kerana yang dihati ianya bersembunyi.
Menyepikan diri menunggu kembali.

Bila ingat mati.
Rahsia diri bersemadi dihati.
Antara manikam dan serkam ku simpan sendiri.
Akhirnya kelak bertemu AKU pasti.

Hajj Story

Assalamualaikum wbt.

Sa’eed was sitting at the waiting area at the Jeddah airport after having completed the rites of hajj, and next to him was another person who completed his hajj.

The man next to him said:

"I work as a contractor and Allah (swt) has blessed me with performing my tenth hajj.

Sa’eed told him:

" hajj mabroor, may Allah accept and forgive you your sins.

The man smiled and said: ameen.

Then he asked him: have you performed hajj before this time?

Sa’eed was hesitating to tell him, and then he said:

"by Allah, it’s a long story and I don’t want to hurt your head with my talk.

The man laughed and said:

"Please tell me, as you see we have nothing to do, we’re just waiting.

Sa’eed smile and said: yes, waiting is the start of my story.

"I’ve been waiting years so that I can go to hajj.

After working for thirty years as a physiotherapist in a private hospital, I was able to save enough money to go for hajj.

The same day I went to get my salary, I came across one of the mother’s who’s paralyzed son I treat.

I could see her face was worried and anxious.

She said:

"I leave you to Allah’s keeping, brother Sa’eed this is our last visit to this hospital.

I was surprised with her words and I thought she wasn’t happy with my treatment, and that she was considered moving her son to another hospital.

She told me:

"no brother Sa’eed, Allah bears witness that you were to my son like a father, and you helped him in his treatment when we had lost hope.

- Then she left very saddened.

The man next to him interrupted and said:

"that’s strange, if she was pleased with your treatment and her son was improving then why did she leave?

Sa’eed answered:

"that’s what I thought too, so I went to the administration to find out what happened.

They told me the boy’s father had lost his job and was unable to continue paying for his son’s treatment.

The man next to him said:

"there is no might and power except with Allah, poor them, how did you deal with it?

Sa’eed said:

- I went to the manager and pleaded with him to continue treating the boy on the hospital’s expense, but he sharply rejected and said, ‘this is a private institution not a charity’.

- I left his office sad and broken for this family.

- Then suddenly, I placed my hands in my pocked which had my money all prepared for hajj.

I stood in my place for a while, then I raised my head above and spoke to my Rabb:

O Allah, You know how I feel and You know there is nothing more beloved to me than to go to Your house and do hajj, and to visit Your messenger’s masjid.

You know I have been working all my life for this moment, but I prefer this poor lady and her son over myself, so don’t deprive me of Your favors.

- I went to the accounts desk and paid all I had for his treatment which covered the next six months.

- I begged the accountant to tell the lady that it’s from the hospital expense for special cases.

He was affected by this and there were tears in his eyes and said, ‘baarak Allah feek and people like you’

The man next to him then said:

"if you donated all of your money, then how did you go to hajj?

Sa’eed said:

" I went back to my home sad that day for having lost the opportunity of a lifetime for hajj.

But my heart was filled with happiness that I removed a distress from the lady and her son.

- I slept that night with a tear on my cheek.

-  I had a dream and I was making tawaf around the ka’aba and people were saying salam to me and they told me:

#‘hajj mabroor O Sa’eed, for you have performed hajj in the heavens before you performed hajj on earth’.

- I immediately woke up and felt an indescribable happiness.

- I praised Allah (swt) for everything and was pleased with His decree.

When I got up from my sleep, my phone rang and it was the hospital’s manager.

He told me the owner of the hospital wants to go to hajj this year and he won’t go without his personal therapist.

But his therapist’s wife is expecting and has reached her final days of pregnancy so he can’t leave her.

- Would you do me favor?

- Would you accompany him in his hajj?

I made sujood shukr to Allah (swt). And as you see, Allah (swt) granted me to go to His house without having to pay anything.

And all praise to Allah, the owner of the hospital insisted on giving me something for his accompaniment.

I told him the story of the lady and her son, and he demanded the boy be treated at the hospital from his own personal expense.

- And to place a donations box in the hospital for the treatment of needy patients.

- And on top of that, he gave the boy’s father a job at one of his companies.

He even returned the money I had initially spent for the boy’s treatment.

Have you seen great favors than the favors of my Rabb? Subhan Allah.

The man next to him hugged him and told him: by Allah I have never felt this kind of shyness as I’m feeling now.

I would perform hajj one year after another thinking I was doing something great, and that my place with Allah would be elevated as a result of it.

But now I understood that your hajj is equivalent to a thousand of mine.

I went to the house of Allah, but Allah invited you to His house.

May Allah accept your hajj.

Always think good about Allah (swt) and know He is able to do all things.

We ask Allah to forgive us and humble us in everything we do. Aameen.