Warning ! You have stepped onto Pinkcess's Zone Follow me and Leave your footsteps on this page │FollowDashboard
Allahuakbar Alhamdulillah Subhanallah Astaghfirullah

Mahasiswa dan cinta

By : Faris Akmal b. Faizal.
Student CFS IIUM PJ.

Rakyat marhaen,

Mahasiswa kita hari ini lemas, lemas dalam kongkongan cinta.

"Kau kat u tu ada awek tak?" -tanya pakcik.

"Takda pakcik."

"Oh nanti jumpa lah tu."

Bercouple itu seolah-olah menjadi suatu tradisi yang perlu diikuti - tak cool jika tiada awek di sisi. Alahai murahnya pemikiran. Ya Allah maafkan mereka yang tidak memahami.

Peluh.

Habis kredit digunakan untuk call dan mesej, ditambah lagi topup untuk lebih mesra dan lama.

"Mak, ayah, nak duit."

"Ok nanti ayah bank in, blajar leklok ya abang/kakak."

---

Dapat sijil waktu grad. Sijil yang dihiasi cinta-cinta yang tidak bersih.

"Eh kemonlah! Kami tak berzina pun."

Eh kemonlah. Kalau tak jaga daripada awal, kau akan jatuh nanti,  segagah manapun kau.

"Bang guard, sekuriti hatiku."
"Bang bomba, kau lah pemadam bara di hatiku."

Eh buku-buku apa ni syeikh?

Sedih.
Sedih sangat.

Hipstur? Entah lah nak.

---

Cinta juga selalu menjadi modal dakwah untuk sebahagian daie daie muda.

Bila ditanya, pasai pa ceghita pasal cinta banyak sangat, kata depa,

"Eh akhi. Cinta ni masalah paling besar yg melanda remaja kita. Kita perlu menawarkan solusinya, kita cerita tentang cerita islamik!"

Ok. Ikut suka hati kamu lah.

Cuma nak beritahu,

Kalau kita asyik cerita tentang cinta, whether it is islamic or not, sampai bila masharakat kita akan dikongkong oleh pemikiran cinta ini?

---

Wake up man.

Life is about love. Yes. It is about love. But not always about this kind of love.

Love is actually about, feeding the homeless.

Love is, making your parents proud and happy.

Love is, doing lot of charity works and projects.

Love is, touching the hearts towards God and goodness.

Untuk keluarkan masharakat daripada masalah cinta yang tidak halal ini, kita perlu beritahu mereka masalah yang lebih besar.

Isu bauksit di Kuantan, ada yang peduli?

Pendidikan untuk gelandangan, ada yang cakna?

Mahasiswa yang mengalami kesempitan wang, ada yang jenguk dan bantu?

Ramai lagi non-muslim yang belum disentuh dan disantun hatinya dengan nilai-nilai Islam.

Bangunlah wahai anak muda, hidupkan kembali ruh singa yang telah lama terlena.

#MisiBanyakKerja

No comments: