Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MYEXPI : Dataran Merdeka/Merdeka Square



Assalamualaikum wbt. Harini, nak share pasal Dataran Merdeka, KL. My experience, kalau dari UIA PJ, aku naik bus Rapid. Then ade dua pilihan nak ke sini. Satu, ke LRT universiti. Pastu terus ke LRT Pasar Seni. Dua, ke KTM Mid Valley. Pastu terus ke KTM Kuala Lumpur. Pada GAMBAR WAHID, tu tempat photo ala-ala IG. Tu kt Dataran Underground. Dia mcm kompleks bwh tanah laa. Hari tu aku gi, ade tempat solat, food court, mini mart, and tmpt jual cenderahati laaa.
















Ni fact pasal Dataran Merdeka ni. Izzati kopi pasta dari web ni.

Di padang inilah bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya menggantikan bendera Union Jack pada pukul 12.01 malam 31 Ogos 1957 menandakan tamatnya kuasa Inggeris di Tanah Melayu dan negara ini bebas dari cengkaman penjajahan. Di sini juga perayaan menyambut detik tengah malam 31 Ogos diadakan setiap tahun yang disertai oleh ribuan rakyat dari pelbagai kaum dan keturunan. Sambutan dan perarakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia sering diadakan di sini. Tiang bendera setinggi 95 meter yang didirikan di penjuru padang ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.



Dataran Merdeka asalnya Padang Kelab Selangor yang ditubuhkan pada tahun 1884 oleh Inggeris semasa penjajahannya di Tanah Melayu. Kedudukannya yang strategik dan eksklusif menyerupai suasana dan persekitaran sebagaimana yang terdapat di tanah air mereka sendiri. Padang Kelab ini antara lain menjadi kelab sosial dan sekali-sekala digunakan untuk permainan kriket. Di penjuru padang ini terdapat sebuah pancuran air yang dibina pada tahun 1897.
Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary's Anglican, bangunan bercirikan Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.