Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyIstanbul2018: Eyub

Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-Karabük University, Türkiye 2018/2019
Tarikh pergi: 9 September 2018
Tarikh menulis: 10 September 2018


Dari rumah sewa yang terletak di Ferah Mah, kami jalan kaki menuju ke tempat stesen bas, untuk naik bus no 11Y ke Üsküdar.




Ni oreo dan air mineral versi Turki berharga 3,55tl. Btw kan, gelak cashier berwarganegara Turki tu tengok kitorang blur dia sebut harga, kami takfaham).













Aku, Ilham, bersama tiga lagi kawan dari UKM Bangi; Mujahidah, Ashikin, dan Najwa, sempat singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan fardu Zohor.












Lepas solat, kami naik bus 11Y ke Üsküdar. Darı Üskudar, kami naik ferry Haliç (baca: Harlij) ke stesen paling hujung iaitu Eyub.

















Kalau nak tahu, kami macam rusa masuk kampung😂 Hahah! Sebab orang lain biasa je naik Haliç tapi kami, terpegun macam apa dah haha! Memang lawak tapi sebab di negara orang jadi kami takkesah hehe! Lepastu, lama-lama rasa bosan juga sebab penat nak tunggu sampai ke stesen hujung di Eyub.

Info: Haliç adalah feri. Kalau macam kat Malaysia, macam feri atau bot besar lah. Untuk nak naik Haliç, boleh guna Istanbulkart yang mana credit akan ditolak dari kad itu sahaja. Rasanya lebih kurang 2TL ke bawah sahaja.









Tiba sahaja di stesen terakhir Haliç, kami terus jalan kaki lintas jalan semua menuju ke makam Abu Ayyub al Ansari (sahabat nabi yang paling lama hidup if im not mistaken).



Ramailah orang berdoa, baca alQuran di sekeliling atau dalam makam sahabat Nabi ni. Subhanallah!








Sejarah Abu Ayyub al Ansari dari apa yang Kak Teh cerita: dia sahabat nabi yang cuba buka Constantinople (old Istanbul). Tapi tak berjaya sebab dia syahid dalam perang. Sebelum itu, dia ada bagitahu tentera untuk meletakkan jasadnya di kawasan Konstantinople setelah wafatnya Ayyub ni.

Yang lagi menarik, kak Teh cerita: setelah wafatnya sahabat nabi ini, sewaktu sultan Muhammad Fatih lawat makamnya dan ingin menyentuh kakinya, kakinya mengelak. Pastu mestilah sultan Muhammad al Fatih sedih kan? Orang lain dapat pegang, dia takboleh. Rupanya, orang ramai cakap, Ayyub ni malu dengan orang yang akan membuka Konstantinopel ni. 

Sempat jugalah kami ikut para pelancong/ orang-orang Turki ni minum air bukit/mineral dari pokok tempat sahabat Nabi; Ayyub al Ansari dimandikan. 

Mengikut daripada apa yang Kak Teh cerita: pokok ni masih berdiri dari zaman Ayyub al Ansari hidup lagi. Allahuakbar! 

Lepas melawat makan Ayyub al Ansari, kami ingin lawat makam Ahmad Ammar; beliau orang Malezya yang dikuburkan di sebelah kawasan makam Ayyub al Ansari. 

P/s: Tapi bukan memang betul sebelah makam sahabat nabi tau! Sebab memang takde kalau betul-betul sebelah. Kami dah tanya abang dan kakak polis yang jaga kawasan makam tu, dan mereka kata tiada. 

Sedih jugalah sebab misi cari dan ziarah makam Ahmad Ammar gagal😢 sebab cari dari lepas Asar sampai nak dekat Maghrib takjumpa! Gigih tengok gambar, mengecam tempat kawasan kubur beliau, tanya orang takkenal yang pernah pergi makam beliau di Instagram. Bila difikir balik, memang lawak pun😂 Macam orang gila, nak dekat-dekat Maghrib... berkeliaran kawasan kubur orang Turki sebab nak cari makam orang yang meninggal beberapa tahun lepas.

Tapi, kami rasa ada di kawasan situ juga cuma takjumpa gaisss😭 Tiada rezeki, mungkin ada hikmah! Inshaa Allah.

Btw, nasihat untuk yang ada hajat atau keinginan melawat kubur beliau, bolehlah cari landmark ini:
  1. Kawasan kubur sahabat Nabi, Ayyub.
  2. Lampu isyarat
  3. Berdekatan dengan kawasan laut
  4. Di kawasan kubur beliau ada kubur yang dikelilingi dengan pagar kayu, tapi kubur beliau batu nisan putih versi Turki yang ada bendera Malaysia Turki.
  5. Sebelah kubur Güner Ailesi
Nampak tak betapanya gigihnya kami mencari tapi Allah tak izinkan melawat makam beliau lagi. Hmm, inshaa Allah adalah tu hikmahnya.

Lepas dah give up cari kubur beliau sebab nak dekat Maghrib dah, kami sempat gunakan peluang untuk naik Telefelik (kalau macam di Malaysia, cable car laa). 






Cara nak naik telefelik? Senang je.
  1. Beratur panjang dalam 30-50 minit sebab lama dan ramai betul orang nak naik.
  2. Istanbulkart (paling best sebab Teleferik ni termasuk dalam pengangkutan di Turki juga)
  3. Sediakan kredit dalam Istanbulkart minima 2.60 TL (naik) dan 2.60TL (turun)







Sampai di atas, ramai betul orang. Kita boleh menikmati pemandangan hampir seluruh Istanbul dan duduk bersantai. Masya Allah!

Kami singgah sekejap sahaja dalam 30 minit je. Lepas siap solat Maghrib dan waktu Isyak kami bergerak balik.






Cerita dia waktu balik, Haliç tutup😂 Astaghfirullah. Haha! Maka, terpaksalah kami naik bus. Masa tu dah dekat pukul 10pm jam Istanbul. Naik bas, salah bas pula. Dah sesat! Takpe, rileks! Hikmah sesatkan adalah untuk jalan. Nasib baik sesat! Kalau tak, mesti tak jalan-jalan kawasan Istanbul bahagian Eropah. Walaupun agak berdebar, tapi sikit je. Berdebar sebab rumah kami terletak di kawasan bahagian Asia tapi dah malam, kami masih di bahagian Eropah.

Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah sewa setelah sejam merasai sesat haha! Macam mana? Naik Uber. Sebanyak 54.16 TL satu trip, jadi kami bahagi untuk 5 orang. Info: sebenarnya Uber tidak digalakkan di Turki dan kena banned sebab nanti tiada orang yang naik Teksi.

Wallahu a’lam! Yang buruk daripada kelemahan Izzati sendiri, dan yang baik daripada Allah. 

Semoga pengalaman ini menjadi manfaat untuk awak dan saya❤️ Tolong doakan saya, para ahli keluarga, dan rakan-rakan saya supaya dimurahkan rezeki dan cemerlang dunia akhirat, aamiin Inshaa Allah! Assalamualaikum wbt.

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez