Headline: Mevlana Exchange Student
Tajuk: Hikmah belajar di Turki (walaupun hanya satu semester tapi Alhamdulillah untuk rezeki)
Tarikh menulis: Oktober-11 November 2018
Ingat! Kita fly ke Turki atau tempat-tempat menarik yang lain adalah untuk meneliti setiap hikmah yang Allah selitkan di sebalik apa yang berlaku. Bergambar itu hanyalah sampingan untuk kenangan di masa akan datang.
Ada 6 hikmah atau kebaikan yang Izzati perasan dan nak kongsi sepanjang setakat tiga bulan di Turki.
1. Fahami budaya Islam:
Budaya Islam mereka sangat berbeza dengan Islam di Malaysia atas sebab mazhab Hanafi (Turki) dan mazhab Syafie (Malaysia).
Contoh, solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (solat sunat rawatib) bagi mazhab Syafie adalah sunat manakala mazhab Hanafi adalah wajib dan memang lepas azan; mereka akan terus bangun bangun untuk dirikan solat rawatib.
Contoh lain dari segi pemakaian, sampai sekarang masih confuse mana yang betul sebenarnya.
Dari segi bacaan (tilawah) al Quran, tempat keluar (makhraj) huruf agak berbeza.
Dari segi pengambilan makanan laut, mazhab Hanafi tidak makan makanan laut kecuali ikan (Humeyra, 2018) Jadi, tak peliklah kalau di bazar/pasar dan pantai Turki, tidak dijual sotong, udang, ketam dan lain-lain. Mula-mula itu pelik juga😅
2. Bergaul dengan sahabat baru dari pelbagai negara:
Dari UIA, hanya aku dan Ilham yang terpilih untuk ke Karabuk Universiti. Awalnya, agak rasa sunyi sebab yang terpilih ke universiti lain seperti Universiti Sakarya, Universiti Sulaiman Demirel agak ramai wakil dari UIA.
Cuma yakin dan percaya setiap benda yang berlaku pasti beserta dengan hikmah. Dan alhamdulillah, kami dapat bergaul dan bersahabat rapat dengan ramai pelajar dari negara-negara lain seperti India, Krygyztan, Kazagistan, Bangladesh, Lithuania, Pakistan, Jordan dan lain-lain. Perkara ini memaksa aku untuk berbahasa Inggeris kerana Izzati agak lemah berbicara dalam bahasa Inggeris berbanding Arab. Alhamdulillah, sekarang dah boleh bergurau dalam BI hahah!
3. Pengalaman cuaca dan makanan yang lain:
Di Turki, ada empat musim iaitu musim sejuk, panas, luruh, dan bunga. Kami sempat merasa musim panas, luruh dan inshaa Allah salji di musim sejuk hehe!
Makanan pula, kalau macam di Malaysia makanan asasi adalah nasi. Manakala di Turki, roti atau gandum adalah makanan asasi masyarakat mereka.
#HNsharesknowledge : Setiap hari, sarapan pagi mereka akan ada tomato, timun, keju, roti, jem, sedikit mentega, dan satu pemboleh ubah yang akan berubah tiap hari (cth: sosej/ kentang/sambal/dll).
4. Dapat belajar untuk tabah sebab selalu homesick kan😌:
Cara atasi homesick: sibukkan diri dan minda anda dengan menambah kenalan, keluar lihat dunia luar, dan ambil peluang melawat ke tempat-tempat bersejarah. Dan yang paling penting adalah selalu berhubung dengan ibu ayah (paling afdal setiap hari), keluarga, kawan-kawan, dan cikgu-cikgu di Malaysia.
5. Belajar untuk menghargai rezeki-rezeki yang ada di Malaysia
Baru dapat menghargai negara tercintaku; Malaysia #proudMalaysianinTurkeyhere 💁🏽♀️
Allah itu Maha Mengetahui; Allah takdirkan Izzati untuk lahir dan menetap di Malaysia. Alhamdulillah! Baru sedar hikmah aku sebagai rakyat Malaysia bukan Turki🌚.
Kenapa cakap macamtu? Kerana cuaca yang tidak extreme; maksudnya tidak terlalu panas (musim panas) dan sejuk (musim luruh dan sejuk).
Sebab lain adalah Izzati ada elergi kacang Hazel (Info: kacang hazel berasal dari Turki). Jadi, kalau kat Malaysia... hampir semua makanan kecuali Hazelnut Izzati boleh makan. Tapi di Turki, bila Izzati nak beli biskut, kena teliti bahan-bahan dan kandungan biskut sebab hampir semua biskut yang berasal dari Turki; akan dicampur kacang Hazel. Fuhh, nasib baik memang tak suka kacang Hazel dari kecil!
6. Boleh ziarah dan solat di masjid-masjid Turki:
•Bilangan masjid adalah banyak dan jarak yang dekat antara satu sama lain:
Setakat sekarang (Nov 2018), Izzati dan kawan-kawan dah jejak kaki ke İstanbul, Amasra, Kapadokya, and Safranbolu province, alhamdulillah! (#HNsharesknowledge : In Malaysia, we use word “state” but in Turkey, they use word “province”)
Daripada pemerhatian Izzati, Istanbul adalah bandar yang paling banyak masjid. Kayu ukur yang aku mengarut sendiri: sampaikan boleh nampak tiga ke tujuh buah masjid kalau dilihat dengan sejauh mata memandang. (Point dia nak cakap banyak, sebab kalau kat Malaysia... dari satu masjid tu, kena naik kereta baru sampai masjid lain. Tapi kat Turki, jalan kaki tak sampai 5-10minit dan sampai masjid lain).
Manakala, jumlah masjid di Kapadokya adalah kurang berbanding di İstanbul. (Mungkin faktor geografi dan agama penduduk)
•Seni ukiran flora dan geometri yang unik pada dinding masjid dan kubah:
Menurut apa yang Izzati perasan, masjid di Malaysia cantik juga. Tapi yang uniknya masjid di Turki adalah seni ukiran yang mereka ukir dan cat guna tangan bukannya cetak. I love the art, maasyaAllah! Bukankah Allah itu Maha Bijaksana menghadiahkan inspirasi yang terbaik untuk umat Islam di Turki Uthmaniyyah?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk awak dan saya. Tolong doakan yang terbaik untuk saya, ahli keluarga, guru-guru dan kawan-kawan❤️ Assalamualaikum wbt!
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez