Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyWORDS: 7 tips belajar untuk pelajar

Tajuk: Tips cepat ingat dan mudah belajar 

Tarikh menulis: 7 November 2018


Soalan: Cemana ni kak zati,,any tips nak hafal cepat selain bt pass year question?


Tips? Hmm hahah inshaa Allah ni pendapat kak zati lah ehemm #HNsharestips 😆


Untuk membuatkan ilmu cepat dan mudah lekat, ada banyak aspek yang kena cuba jaga dan ambil perhatian.


  1. Perhubungan: 

•Jaga hubungan dengan Allah; dekatkan diri dan minta dekat Allah supaya mudahkan kita untuk fahami ilmu itu.

•Jaga hubungan dengan manusia; selalu rendahkan ego untuk minta maaf dengan orang. Sebab takut ada hati yang tidak redha dengan kita, jadi ilmu susah nak lekat.

 

  1. Dari segi hati:

•Kena ikhlas sebab kalau tidak ikhlas, risau ilmu itu akan terus hilang especially sebaik sahaja lepas exam.

•Niatkan untuk tambah dan ingat ilmu kerana Allah.


  1. Pemakanan:

•Praktikkan makan makanan sunnah (yang nabi Muhammad SAW makan dan suka) sebab inshaa Allah ada berkat dan baik untuk menjadikan otak lebih cerdas.


  1. Kesihatan: 

Jaga kesihatan; maksudnya:

•Makan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih sebab dua kategori ini ada vitamin yang badan dan otak kita perlu. 


Contoh macam pisang, sangat bagus untuk penghadaman perut. Cuba bayangkan, kalau tak jaga kesihatan. Tiba-tiba malam sebelum exam itu, kita terkena cirit-birit. Haa, ingat tak seksa kena diarhea. Jadi, untuk elak sakit-sakit yang nanti akan mengganggu fokus dan keselesaan kita untuk belajar... kenalah berjaga (baca: jaga kesihatan sebelum sakit).


  1. Masa: 

Mungkin kalau kak Izzati, waktu nak exam kita boleh cuba solat di awal waktu. Maksudnya, takut ada orang dia belajar! Tapi dia utamakan belajar. Dah habis belajar atau hafal, baru nak solat. Pendapat kak Izzati, go solat dulu. Contoh: masa tengah buat nota/latihan/hafal dan faham subjek, tiba-tiba azan. Haa, lebih baik berhenti sekejap study lepastu solat.


Kenapa macamtu? Of course ada baik dia😉 Kita akan dapat masa yang cukup untuk study sebab ramai orang takleh score sebab cakap tak sempat study laa...Yes, it works dear! 


Dalam kata lain, solat di awal waktu ini adalah jaminan keberkatan masa oleh Allah untuk hambanya yang solat awal waktu😉


  1. Mental: 

•Kurangkan fikir benda yang tidak patut fikir contohnya: terfikir boyfriend girlfriend laaa. Sedih sebab takde orang beri semangat untuk belajar. Hmm, bagi kak Izzati tidak perlu rasanya untuk mengharap wish dan semangat daripada orang lain. 


Kenapa? Sebab korang kena sedar yang parent korang pastu dan memang mengharapkan korang. Cuma cakap atau tidak je.


Maksudnya, point dia bila mental tengah down... Tips dia adalah kita fikir ibu ayah. Niatkan dalam hati yang kita nak beri hadiah kejayaan untuk mereka.


  1. Fizikal dan tenaga:

Of course kena jaga kesihatan fizikal. Maksudnya: kurangkan lah aktiviti luar dan lasak yang kita selalu buat. Macam window shopping ke. Dalam kata lain, simpan tenaga untuk belajar dan jawab ‘exam’. Heheh!


Contoh: ada orang, dia suka pusing pasar malam atau jalan-jalan cuci mata tengok baju, tudung di mall. Jadi bukankah penat kaki dan badan? Pastu, nak study... cepat mengantuk dan penat. 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada awak dan saya❤️ Doakan yang terbaik untuk saya, keluarga, para guru, dan rakan-rakan Izzati☺️ Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez