Headline: Mevlana Exchange Program IIU Malaysia-Karabük Üniversitesi 2018
Tajuk: Kelemahan atau ujian tinggal di Turki
Tarikh menulis: Oktober-11 November 2018
Assalamualaikum,
Orang selalu cakap, “Seronoknya dapat belajar di Turki.” “Untunglah dapat pergi Turki.” Haa, sekarang Izzati nak sedarkan awak dan saya yang bukan semua benda seronok dan untung ya? Hehe!
Sebenarnya, kita kena percaya yang setiap apa yang berlaku pasti ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri.
Risiko belajar di turki seperti berikut:
- Sesat:
Semestinya, sebab kita pergi ke tempat baru yang belum kita biasa. Tapi risiko ini inshaa Allah akan dapat diatasi selepas beberapa minggu atau bulan kerana telah terbiasa dengan kawasan dan tempat.
- Hampir nak kena langgar:
Yang ni mesti pelik kan? Kenapa hampir kena langgar. Hahah sebab kalau di Malaysia, pemandu kereta/bas di Malaysia sangat berhemah walaupun memang wujud golongan yang bawa kenderaan dengan hadlaju yang melebihi 100km/j.
Info: Para pemandu di Turki kebanyakan memang bawa kereta laju. Mereka memang tak kesah pejalan kaki dah😂 Pemandu di Turki ibarat pemandu Malaysia membawa isteri nak terberanak ke hospital.
Pengalaman: Kali pertama naik teksi, fuuhhh aku boleh nak tercabut jantung walaupun ayah aku selalu pandu kereta laju juga hahah!
- Orang gaduh antara pemandu dan penumpang bas:
Semasa dalam perjalanan balik ke rumah sewa, pemandu bas dan penumpang bas bertelingkah/ bertengkar. Paling gerun bila dia berteriak dan macam gaduh teruk.
Info: Orang turki kalau gaduh, memang gaduh betul. Tapi yang bagusnya mereka, esok dah baik; tak macam orang Malaysia yang bila gaduh berdendam dan sampai esok dengki.
- Tidak boleh transfer credit:
Kalau pergi Turki sebab program pertukaran macam Izzati, satu perkara yang kena bersedia adalah risiko tidak boleh transfer kredit subjek yang diambil di Turki semasa tempoh program pertukaran. Antara sebabnya adalah silibus subjek tidak sama, jumlah jam kredit per subjek tidak sama, subjek yang available telah dipelajari semasa di universiti sebelum tempoh program, dan lain-lain.
- Lecture 95% in Turkish:
Bila masuk kelas...memang duduk (belakang sekali), pandang lecturer, dan tanpa faham haha sebab memang lecturer cakap bahasa Turki.
Tapi, jangan risau. Kami masih datang kelas okay walaupun takfaham sepatah ustat cakap haha! So, buat apa datang kelas kalau takfaham? Noo, jangan salah konsep dear! Kita datang ke kelas untuk dapatkan berkat majlis ilmu. Inshaa Allah!
Lepas kelas, kami akan jumpa ustat untuk fahamkan apa yang ustat ajar dalam kelas dan dapatkan tugasan tertentu khas untuk kami (dalam bahasa Arab dan Inggeris).
- Kawan-kawan Turki memang ramai takfaham English:
Haa, yang ni Izzati boleh cakap, ‘Ibarat manusia bercakap dengan kucing’. Kan dah terkeluar pepatah sendiri hahah!
Izzati cakap dua tiga patah (dalam English or Arabic) mereka tidak faham. Mereka pulak dengan cakap Turkinya. Memang blur lah!
At last, kami guna bahasa Isyarat😂, kalau tak faham juga, cari wi-fi... guna google translate.
- Sistem berubah dan rumit untuk difahami dan diaplikasi:
Harini mereka cakap A, esok mereka boleh ubah jadi B.
Contoh lain: sistem pengangkutan awam. Tahun ini, macam ini. Tahun depan, macam itu. Berubah-rubah, tidak tetap.
Kalau di universiti juga berubah; sem ni sistem macam ni. Datang sem lepas, dah berubah.
Kesimpulannya, berdoalah supaya direzekikan semua yang terbaik untuk kita. Sebab kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita kan? Jadi, mintalah dan berharaplah kepada Allah dengan doa. Cewahh, hehe!
Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk awak dan saya. Doakan yang terbaik untuk saya, keluarga, guru-guru, dan kawan-kawan saya. Assalamualaikum wbt😇
No comments:
Post a Comment
Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez