Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyEXPI: Layanan orang Turki terhadap orang luar

Headline: Mevlana Exchange Program IIUM-Karabük Üniversitesi Türkiye 2018

Tajuk: Cara layanan atau budi bahasa orang Turki terhadap orang luar

Tarikh menulis: 9-10 November 2018


Soalan daripada hamba Allah: “Bgaimana lynn org turkey trhdp foreigners?”


Umumnya, kalau daripada segi peringkat umur dan masyarakat; terbahagi kepada kanak-kanak, remaja, dan dewasa (orang tua).


•Layanan kanak-kanak kepada Izzati sendiri: 

  1. Ada suatu hari tu, Izzati pergi Safranbolu (nama tempat di kawasan Karabük). Disebabkan Izzati sangat suka dan geram dengan budak-budak...Jadi, ada tegur dua orang budak kecil. “Merhaba... senin adın ne?” (Hello hi, what’s your name?) dan bla bla bla... mereka jawab dengan baik. Hmm, I miss the kids!
  2. Masa menunggu masuk waktu solat Asar di Masjid Biru (Sultanahmet Camii), ada seorang bayi kecil comel sangat; ada lesung pipit kat bawah bibir dekat dengan dagu. MaasyaAllah! Dia sentuh pin/kerongsang kat bahu Izzati😍 Meltinggg! Izzati suruh buat peace and she be like... pegang tangan aku sambil cuba ikut dan buat ‘peace’ sama macam aku❤️

•Layanan teenagers or young adults kepada Izzati sendiri: 

  1. Masa mula-mula datang Ayvazlaryurt (dormitory), ada seorang kawan ni nama Sumeyye. Dia sangat periang dan peramah. Walaupun Izzati tidak faham turki, dia takfaham bahasa Inggeris (berborak melalui google translate hmm just imagine how funny is it). Ada satu hari tu, pihak dormitory minta medical certificate. Jadi, Sumeyye teman kami ke klinik untuk dapatkan sijil pemeriksaan kesihatan. [Point dia nak cakap yang mereka helpful dan baik]
  2. Dalam awal bulan 9, kami sambut hari lahir Ilham. Jadi, aku cuba berpakat dengan kawan-kawan Mevlana (Pallavi dan Aygerim) dan kawan-kawan Turki (Leyla, Sumeyye, dan Seher) untuk menyambut hari lahir ulang tahun Ilham yang ke-21. Allah je tahu macam mana gigihnya nak berpakat dengan diorang. At last, aku guna bahasa isyarat dan cakap Melayu je😂 Kenapa? Sebab bahasa (Turki-Inggeris). Dua orang kawan Mevlana tolong belikan kek di City Centre, aku tukang berlakon buat macam tiada apa berlaku, dan kawan-kawan Turki tolong nyanyi ‘Happy Birthday to you’ (in Turkish language) sambil memeriahkan lagi suasana.
  3. Masa demam... ada jiran bilik datang bilik tengokkan suhu badan aku.. pastu dia pegang pipi Izzati dengan kedua-dua tangan dan letak pipi dia kat dahi aku😂 (Just imagine that❤️ how sweet they are... sihat terus aku heheh; rasa kasih sayang🙈) padahal hanya nak rasa suhu dah normal atau belum.

•Layanan adults kepada Izzati sendiri: 


Basically, orang tua Turki layan aku macam budak-budak sekolah menengah💁🏽‍♀️😂 Overall, mereka sangat baik, peramah (cuma mereka takkan cakap bahasa Inggeris, mereka cakap Turki... and I be like, “Türkçe anlamıyorum, arapça...ingilizce...anlıyorum.” while showing my blur and blank face), dan bila tanya mereka sebab sesat jalan, mereka akan bantu walaupun tak cakap bahasa Inggeris😂

  1. Lecturer: mereka sangat baik dan menyambut pelajar luar (mereka anggap, foreigners adalah tetamu). Ada seorang pensyarah; hoca Mustafa... setiap kali kami ziarah ke bilik beliau, dia akan sediakan kopi dan teh panas. Alhamdulillah!
  2. Abla (elder sister in Turkish) yang kerja di Han’s cafe: satu hari, kitorang Izzati dan Ilham pergi ke kafe dia untuk beli sesuatu sebab makanan kat Ayvazlar tak kena dengan lidah melayu iols...jadi Izzati ordered Latte dan tiba-tiba, dia cuit pipi saya heheh tahulah comel😜💁🏽‍♀️ 

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk awak dan saya. Doakan yang terbaik untuk Izzati Nadia, semua ahli keluarganya, guru-gurunya, dan rakan-rakan. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez