Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

MyWORDS: Tips cemerlang dalam pelajaran

Tajuk: Cara belajar untuk menghadapi peperiksaan

Tarikh menulis: 7 November 2018

Tarikh ‘update’: 9 November 2018


Assalamualaikum, sebelum mula... mungkin akan ada mulut yang cakap, “Why so serious?” “Kenapa skema sangat ni, relaks laa.” Maaf dear heheh sebab saya memang nak dapatkan tittle usaha supaya saya boleh tawakkal kat Allah semasa doa nanti🙈


Bagi saya, kalau setiap kali peperiksaan, saya akan ambil serius dan buat bersungguh-sungguh sebab melalui kejayaan, saya boleh hadiahkan rasa bahagia dan bangga dalam hati ibu ayah inshaa Allah.


•Sebelum mula belajar:

-Niatkan belajar kerana Allah supaya bila kita gagal atau tidak dapat keputusan yang kita inginkan, kita tidak terlalu kecewa. Paling kurang, kita dapat sesuatu iaitu pahala belajar dan cari ilmu kerana Allah heheh🙈

-Baca doa belajar (اللهم افتح علينا...) dengan niat Allah lembutkan hati dan fokuskan minda kita untuk apa yang kita belajar.


•Semasa:

-Guna cara belajar kita. Maksudnya?

Yang kak Izzati perasan dan tahu lah...ada beberapa cara belajar; auditory learner, visual learnerkinesthetic, and reading/writing. Dan hanya individu itu sendiri sahaja yang tahu, dia belajar cara macam mana. 


Ada orang, cara dia belajar adalah dengan bercakap (dia bagitahu orang apa yang dia faham)...


Ada orang, dia kena mendengar; belajar dari orang. Macam kawan kak Izzati, waktu nak dekat exam, beliau cari kawan yang beliau rasa kawan tu boleh ajar dan terangkan kat beliau sampai faham.


Kalau macam kak Izzati, kak Izzati adalah visual learner; orang yang belajar menggunakan visual, gambar, atau warna. Jadi, Kak Izzati akan buat nota dalam peta minda dulu untuk faham ilmu itu. Kemudian, baca semula untuk ingat dan fahamkan. Dan masa periksa atau exam, kak Izzati akan bayangkan apa yang kak Izzati tulis dalam nota tu. 


-Macam mana kita belajar?

a. Memahami (tanya cikgu atau kawan untuk terangkan atau baca dalam hati sampai faham)

b. Mengingat semula apa yang dipelajari melalui pembacaan (ulang 2-3kali baca) atau tulisan (tulis nota)

c. Menguji pemahaman melalui latihan

Maksudnya... lebih baik menggunakan kesemua cara ini untuk lekatkan ilmu di kepala hehe😆


•Selepas: 

Tawakkal! Bagi kak Izzati, tawakkal bukan lepas kita dah penat belajar tapi tawakal lepas kita keluar jawab soalan peperiksaan.


Maksudnya, selagi tak jawab periksa... selagi itu kita kena usaha yang mana boleh walaupun 1 minit sebelum jawab periksa heheh, tanya kawan apa yang dia dah belajar ke, tengok sekali imbas; selak atau belek apa yang dah belajar, google untuk faham isi penting ilmu itu ke...


Assalamualaikum, semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk awak dan saya. Doakan semoga saya, ahli keluarga, para guru pensyarah, dan semua kawan saya diberikan Allah kecemerlangan dunia akhirat aamiin inshaa Allah! 

No comments:

Post a Comment

Bismillah, jadilah seorang pengkritik yang berhemah, jujur dan tidak mendengki agar orang yang dikomen mendapat manfaat daripada komen kita #HNquotez