Impian Menjadi Kaya
Ya. Semua orang impikannya walaupun dalam hati hipokrit menyatakan biarlah hidup sederhana tapi hati senang.Kekayaan dinilai dari wang ringgit? |
Jika anda mempunyai wang sebanyak RM100 Bilion dan terus menjana
pendapatan RM20,000 setiap minit! Apakah agaknya yang anda lakukan?
Adakah anda akan membina sebuah istana terbesar dan termewah di dunia? Adakah anda akan melancong sepanjang masa? Adakah anda akan memenuhi segala kemahuan dan keinginan nafsu duniawi yang tersimpan didalam diri anda? Atau anda akan terus menambah kekayaan dengan meningkatkan pendapatan kepada RM20,000 sesaat pula!!?
Adakah anda akan membina sebuah istana terbesar dan termewah di dunia? Adakah anda akan melancong sepanjang masa? Adakah anda akan memenuhi segala kemahuan dan keinginan nafsu duniawi yang tersimpan didalam diri anda? Atau anda akan terus menambah kekayaan dengan meningkatkan pendapatan kepada RM20,000 sesaat pula!!?
Kekayaan Sultan Brunei
Jumlah
kekayaan yang disebut diatas adalah kekayaan milik Sultan Brunei,
Sultan Hassanal Bolkiah. Beliau memiliki hampir segalanya yang beliau
impikan didunia ini. Kekayaan yang beliau miliki mampu membeli apa
sahaja yang beliau mahukan.
Antara kekayaan dan kemewahan Sultan Brunei :
- Memiliki istana terbesar dan termewah didunia.
- Memiliki beribu kereta mewah.
- Memiliki kapal terbang dan helikopter persendirian.
- Memiliki kapal persiaran mewah.
- Memiliki kediaman mewah di kota-kota besar seluruh dunia.
- Dan banyak lagi yang mewah-mewah. (anda google lah sendiri)
Kenapa Sultan Brunei Kaya?
Kenapa beliau, Sultan Brunei yang menjadi insan terpilih untuk memiliki kesenangan, kekayaan dan kemewahan hidup didunia ini dan bukannya kita?Sultan Brunei - Sultan Hassanal Bolkiah |
Adakah kita akan jadi seperti beliau atau sebaliknya atau lebih bagus darinya?
Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Perancangan Allah SWT
itu adalah yang terbaik untuk setiap insan. Ujian Allah SWT
berbeza-beza buat kita yang hidup sementara di dunia ini. Ingat akan
matlamat. kesenangan di akhirat dan kekayaan di syurga impian kita
kerana disana jua kehidupan yang kekal abadi. Kekayaan dan kemewahan
didunia tidak akan sesekali dapat membelinya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui :0