Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Love is subjective

ANDAI ditanya kepada 10 orang lelaki dan 10 orang wanita akan makna cinta buat diri mereka, pasti jawapannya yang diperolehi adalah 20 jawapan yang berbeza dan antara jawapan yang popular adalah :

“Cinta itu subjektif.”


Benarkan begitu? Benarkah cinta itu subjektif dan bukan bersifat objektif? Ya, kita akui makna kepada cinta sudah dikaburi dan dikelabui dengan pelbagai anasir dan mehnah semasa yang terus membawa kemuliaan dan keindahan cinta daripada makna sebenarnya.



Dalam al-Quran ada menyebut mengenai limitasi cinta  yang membebat minda dan nubari umat manusia keseluruhannya. Allah nyatakan manusia sengaja diciptakan oleh-Nya dengan sifat itu.
Firman Allah yang bermaksud;

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kecintaan (al-hubb) kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), di sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” (Surah al-Imran 14)
Secara literal dapat kita fahami bahawa Allah memang sengaja mencipta fitrah kecintaan yang disukai oleh nafsu iaitu :
  1.      Perempuan
  2.      Anak-pinak
  3.      Harta benda yang banyak daripada emas dan perak
  4.      Kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak
  5.      Kebun-kebun tanaman.