Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Malu itu keperluan Setiap Muslim tahu?



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Orang kata "kalau malu sesat jalan" tapi kalau tak malu pula "muka tembok!" Sifat malu itu ada positif dan negatifnya bergantung kepada sebab dan keadaan. Malu tanpa sebab pula hanya akan merugikan diri sendiri.

Malu atau 'haya' dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah SWT.

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Malu-malu meow
Sebagai umat Islam kita memang dituntut perlu ada sifat malu tetapi kenapa perlu ada sifat malu dalam diri seseorang? Malu yang bagaimanakah yang dituntut? Kepada siapa kita mesti malu? Jawapannya ada dibawah ini :
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "Engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". HR Bukhari
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Artinya : “Hendaklah kalian malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu. Barang-siapa yang malu kepada Allah k dengan sebenar-benar malu, maka hendaklah ia menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu ingat kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah Azza wa Jalla dengan sebenar-benar malu.”  HR. At-Tirmidzi (no. 2458), Ahmad (I/ 387)

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasullullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah." HR Tirmidhi
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Allah tidak akan menerima sebarang amalan atau ketaatan seseorang yang tiada sifat malu dan angkuh". Kami Bertanya: "Siapakah orangnya yang angkuh dan tidak mempunyai malu ini ya Rasulullah?" "Seorang lelaki yang membiarkan isterinya melayani lelaki bukan muhrimnya". HR Malik bin Uhamir

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap agama memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah malu.” HR.Ibnu Mâjah (no. 4181)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."  HR Baihaqi
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.”  HR.al-Bukhâri (no. 6117) dan Muslim (no. 37)

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Malu dan iman senantiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.”  HR.al-Hâkim (I/22), ath-Thabrâni dalam al-Mu’jâmush Shaghîr (I/223)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka".  HR Bukhari
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".  HR Bukhari

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Iman memiliki lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan ‘Lâ ilâha illallâh,’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang Iman.”  HR.al-Bukhâri dalam al-Adâbul Mufrad (no. 598), Muslim (no. 35)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla Maha Pemalu, Maha Menutupi, Dia mencintai rasa malu dan ketertutupan. Apabila salah seorang dari kalian mandi, maka hendaklah dia menutup diri.” HR.Abû Dawud (no. 4012), an-Nasâ-i (I/200)

Kenapa Perlu Ada Sifat Malu?

Oleh itu, kita memang perlu ada sifat malu tetapi malu biarlah bertempat dan bersebab.