Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Man Jadda Wa Jada !



Usaha Tangga KejayaanUsaha itu tangga kejayaan - Ungkapan yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi. Selangkah demi selangkah kaki diangkat, perlukan kudrat dan tenaga.
Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi sahaja yang mampu sampai ke anak tangga terakhir. Andai terjatuh... terus berusaha melangkah semula tanpa mengenal erti putus asa dan kembali berdiri mengatur langkah bersama strategi baru disamping lebih berhati-hati agar tidak tergelincir lagi.

Usaha Tangga KejayaanSebagai seorang muslim, agama Islam sudah pasti menjadi pegangan. Al Quran dan  hadis menjadi panduan. Kita dapati banyak sekali ayat  Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. 

Usaha dan amalanlah yang menjadi perkara yang  dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud, dan katakanlah wahai Muhammad “Hendaklah kamu semua berusaha (beramal) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan.” Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : "Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Mendaki Tangga Kejayaan

Dalam menentukan usaha yang dilakukan agar tangga kejayaan dapat didaki hingga ke puncaknya, beberapa perkara perlu diambil perhatian dan dilaksanakan, diantaranya adalah :

1. Doa
Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam, doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita, pasti ada doa-doa yang tertentu.
Sabda Rasulullah yang bermaksud “Doa itu merupakan ibu segala ibadat”, “Doa itu senjata orang yang beriman”, “Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa” Berdoa juga merupakan simbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada Allah SWT yang Maha Kuasa.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

2. Tidak Mudah Berputus Asa
Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya tekadkan usaha untuk mendaki semula tangga kejayaan yang diingini.
Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka, namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya beroleh kejayaan. Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

3. Istiqamah
Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatu usaha ialah istiqamah. Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting dalam mendaki tangga kejayaan.
Sebab itu Allah telah memerintahkan  RasulNya agar  beristiqamah dalam  menyampaikan dakwah sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “Maka serulah (mereka kepada agama Allah) dan tetaplah (Istiqamah) sebagaimana yang  diperintahkan kepadamu”

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

4. Tawakal
Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar untuk mendaki tangga kejayaan. Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa.
Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadikan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran disamping menjadikannya lebih tabah dan kental. Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “Hendaklah  kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman”, Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya".

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

5. Ihsan
Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya, sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan  Allah.
Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen” satu sikap yang membawa maksud yang hampir sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

6. Sabar
Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendaki tangga kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.
Dalam Al Quran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar, antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka”. Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.

Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengan orang berusaha dengan sabar akan dapat mendaki tangga kejayaan.

Usaha Tangga KejayaanUsaha Tangga Kejayaan

7. Tidak bertangguh/ Menjaga masa
Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas. Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang dengan baik.
Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “

Usaha Tangga Kejayaan    Usaha Tangga Kejayaan

8. Menjaga kesihatan
Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikal dan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat." Ibadat dalam Islam seperti solat, puasa dan menunaikan haji dan umrah merupakan satu bentuk riadah untuk kesihatan jasmani dan rohani.
Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidak akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk mendaki tangga kejayaan yang diinginkan.

Berhenti Mengharap, Usaha Sendiri 

Setiap kejayaan pasti disertai dengan pengorbanan sama ada tenaga, masa, usia, harta serta kasih sayang. Tangga tidak akan terlangkah jika tiada usaha dan kejayaan pasti tidak akan dapat dicapai. Jadilah kita golongan yang rugi dan hina yang mengharap belas ihsan. 

Usaha Tangga Kejayaan

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim. Peribahasa Melayu ada mengatakan “Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”, begitu juga dengan kejayaan, tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan. Bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Kuatkan semangat! Ayuh bersama kita berusaha mendaki tangga agar dapat mencapai cita-cita dan impian sehingga beroleh kejayaan!