Blog adalah salah satu medium media sosial yang berpengaruh.
Ianya menjadi tatapan terbuka kepada semua orang diseluruh dunia.
Fungsinya yang pelbagai mengikut sebab dan matlamat ianya diwujudkan.
Salah satu fungsi blog adalah sebagai salah satu wadah perkongsian untuk berdakwah.
Bagi umat Islam, tujuan berdakwah ialah untuk menyeru dan menjadikan umat muslimin dan muslimat agar mampu mengerjakan segala ajaran Islam dalam kehidupan mereka dengan lebih baik.
Selain dari mengamalkan, mereka juga dapat menyebarkan pula kepada orang lain dengan harapan mereka dapat mengamalkan segala perkara dan tuntutan yang disuruh oleh Allah swt.
Selain dari mengamalkan, mereka juga dapat menyebarkan pula kepada orang lain dengan harapan mereka dapat mengamalkan segala perkara dan tuntutan yang disuruh oleh Allah swt.
Tujuan Berdakwah
Setiap para pendakwah wajib mengetahui tujuan berdakwah supaya
setiap dakwah yang dilakukan dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Selain dari itu juga dakwah dapat memberikan kesejahteraan
dan kebahagiaan kepada seseorang agar kita semua selamat di dunia dan
juga di akhirat.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik. Beliau telah memberi tunjuk ajar dengan memperkenalkan berbagai cara melakukan dakwah seperti menggunakan perkataan, tulisan dan juga perbuatan.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik. Beliau telah memberi tunjuk ajar dengan memperkenalkan berbagai cara melakukan dakwah seperti menggunakan perkataan, tulisan dan juga perbuatan.
Firman Allah SWT yang berbunyi : “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl : 125)
Berdasarkan firman Allah swt di atas ini, dapatlah disimpulkan bahawa
tujuan dakwah ini tidak akan dapat dicapai apabila ketiga-tiga kaedah
dakwah ini tidak diaplikasikan dengan baik dan sempurna, di antara
kaedah ini adalah hikmah kebijaksanaan (ilmu), memberikan nasihat yang baik dan berbahaslah untuk memberikan kefahaman kepada mereka yang tidak faham tentang agama.
Cara Berdakwah Berubah Mengikut Peredaran Zaman
Ada sesetengah pendakwah berjaya dan ada diantara mereka gagal
menyampaikan dakwah dengan berkesan kepada masyarakat. Ini semua berlaku
adalah disebabkan para pendakwah tidak dapat menguasai metodologi dakwah dengan baik.
Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi pernah berkata bahawa setiap pendakwah itu perlu menggunakan pendekatan dakwah masa kini, dimana ianya perlu disesuaikan dengan realiti dan keadaan semasa bagi merealisasikan matlamat dakwah yang telah dirancang.
Oleh kerana itu seseorang pendakwah wajib memahami tujuan berdakwah dengan baik agar segala kegiatan dakwah benar-benar mengarah kepada tujuannya. Selain berilmu, seorang pendakwah hendaklah yakin akan kemampuannya
kerana jika tiada keyakinan akan kemampuan dirinya, nescaya boleh
menyebabkan terjadinya penyelewengan dan salah faham didalam
menyampaikan dakwah.
Blogger Sebagai Pendakwah
Masih ramai umat Islam yang tidak mahu melibatkan diri dalam usaha
dakwah adalah disebabkan beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang
sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Sampai bilalah agaknya...
Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.
Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.
Sebagai blogger Muslim, berdakwahlah mengikut kemampuan, kemahiran dan kepakaran masing-masing.
Blogging dengan mengamalkan dan berpandukan ajaran Islam yang
sebenarnya sehingga menjadi contoh yang baik kepada orang lain adalah
dakwah.
Mengajarkan orang lain ilmu yang bermanfaat adalah dakwah. Membantu orang lain adalah dakwah. Dakwah itu luas dan mudah sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang tepat serta dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.
Kita sebagai blogger muslim tidak sepatutnya menyempitkan pemahaman dan skop berdakwah
melalui blog dengan menganggap hanya tulisan yang berbentuk keagamaan
sahaja yang dianggap dakwah. Sesungguhnya kefahaman sebegitu adalah
kurang tepat dan boleh melemahkan umat Islam.
Bagaimana pula pendapat anda?
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat, ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya) dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka”