Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Tenang Sakinah Peace :)

Hari-hari anda di bebani dengan pelbagai bebanan kerja dan masalah peribadi...tekanan yang amat berat bagaikan tiada berkesudahan... Kadangkala anda berasa hampir putus asa dengan kehidupan ini. Tahap kesabaran anda kian menipis. Akal dan fikiran semakin terganggu.

cara bebas tekanan
 
Korang in need ?... Maaf! Tiada bantuan yang datang bergolek untuk anda! Apa yang perlu anda lakukan hanyalah... Anda hanya perlu tenang. Bagaimana untuk mendapat ketenangan?
 Amalkan petua ini agar  hati, jiwa dan minda anda sentiasa aman dan tenang...
 
 
Tiada yang lebih membahagiakan hidup di dunia ini melainkan hidup dengan hati yang tenang....tatkala anda susah dan senang... Ketenangan amat perlu agar anda dapat berfikiran waras dan positif. 
Apabila anda dalam keadaan tenang dan positif...Bermuhasabah diri seketika... Renungkan kembali diri anda dan Maha Pencipta. Apakah tujuan anda hidup di muka bumi ini? Tidakkah bebanan dan tekanan yang anda lalui itu sebenarnya ujian dan ingatan untuk kita sentiasa mengingatiNya. Dia tidak pernah lupa akan kita...namun kita sering lalai dan lupa mensyukuri Nikmat dariNya. Ingatlah! Kehidupan di dunia ini bukan keutamaan, ianya hanya sementara...sebagai tempat mencari bekalan untuk ke alam yang abadi.
Setelah anda kembali tenang dan fahami fitrah kehidupan ini... Teruskan pula dengan berdoa kepadaNya...Mengadulah segala apa masalah yang terbeban kepadaNya. InsyaAllah, dengan doa yang benar-benar ikhlas dan tawaduk serta kekuatan iman... pasti akan ada petunjuk dan jalan keluar dari segala bebanan dan tekanan yang anda alami itu dari Allah SWT. Ketahuilah bahawa Allah SWT amat menyayangi dan mengasihi akan makhluknya yang sentiasa berdoa dan memohon hanya dariNya...
 
Bersabar dan teruskan usaha... dan jangan sesekali berputus asa, positifkan diri anda. Masalah tidak akan ada kesudahannya namun kefahaman anda tentang matlamat dan kepercayaan kepadaNya akan menjadikan ia hanyalah satu rencah dalam anda menikmati kehidupan didunia ini... dan bukannya satu tekanan!
 Setiap hari anda bersusah payah bekerja untuk mencari rezeki namun masih jua tidak mencukupi. Sentiasa tidak cukup...entah bila ianya akan cukup! Anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun masih tiada hasil yang lumayan. Apa lagi yang harus anda lakukan?  
 
 
Rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Tiada jalan yang mudah atau pintas untuk mendapatkannya melainkan dengan usaha. Setelah anda berusaha sedayanya...bertawakallah. Berdoalah...mohon kepadaNya agar di murahkan rezeki anda...Insyaallah. Semoga rezeki anda bertambah murah dan berganda-ganda...Aamiin.
 
Andai anda beroleh rezeki...jangan lupa! Sebahagian dari rezeki anda sebenarnya untuk orang lain. Wajib bagi anda untuk berzakat dan bersedekah...Ianya akan memberikan keberkatan dan menyuburkan lagi rezeki anda.
Andai selesai segala Masalah dan Tekanan... Rezeki anda pun kian murah... Hati dan jiwa pun tenang. Jangan lupa pula Bersyukur kepadaNya. Ikuti segala PerintahNya dan Jauhi segala LaranganNya.
Dunia ini hanyalah sementara. Nikmatilah kehidupan ini dengan penuh kegembiraan di samping mengumpul bekalan untuk kehidupan kekal abadi di akhirat kelak.