Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Teka teki Imam Ghazali

Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya soalan teka-teki :


Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 1

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Orang tua."
Murid 2 : "Guru."
Murid 3 : "Teman."
Murid 4 : "Kaum kerabat."
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 2

Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 : "Negeri China."
Murid 2 : "Bulan."
Murid 3 : "Matahari."
Murid 4 : "Bintang-bintang."
Iman Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 3

Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung."
Murid 2 : "Matahari."
Murid 3 : "Bumi."
Murid 4 : "Lautan"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke Neraka."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 4

Imam Ghazali : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Kapal."
Murid 2 : "Besi."
Murid 3 : "Gajah."
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. (Surah Al-Azab: 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi, manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke Neraka kerana gagal memegang amanah."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 5

Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas."
Murid 2 : "Angin."
Murid 3 : "Debu."
Murid 4 : "Daun-daun."
Imam Ghazali : "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."
Teka-Teki Imam Ghazali

Teka-Teki 6

Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab : "Pedang."
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri." 
Teka-Teki Imam Ghazali

Walau perkara yang sama yang di ulang berulang kali, sudah menjadi lumrah manusia...mudah lupa dan terleka. Semoga kita saling mengingati dan berpesan dalam kesabaran kerana kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi.