Nikmati ketenangan air yang tenang
menjadi cermin kepada kepada keindahan alam. Alam yang indah ciptaan
Ilahi sebagai tanda kebesaran dan kekuasaannya di terbalikkan hanya
dengan sebuah cermin alam yang besar iaitu air yang tenang. Betapa Agungnya ciptaan Allah SWT.
Betapa besarnya kuasa ketenangan dan kedamaian yang mampu menukar bentuk
dan rupa alam ini.. tanpa berubah bentuk tetapi menjadi cermin reflek yang mampu menukar kedudukan, rupa dan suasana imej alam. Tanpa ketenangan masakan dapat kita saksikan keindahan alam dari pandangan sudut yang berbeza.
Air yang tenang memberi cerminan bagaikan alam ini terhenti seketika. Memotretkan satu suasana yang amat mengagumkan. Membuat diri terpaku...menikmati ketenangan yang mempersonakan.
Begitulah kuasa dari ketenangan dan kedamaian alam, Darinya juga mengajar kita betapa perlunya hati dan jiwa yang tenang... Dengan ketenangan minda
kita mampu memberi sesuatu idea dan pemikiran yang berbeza lalu
menyuntik sesuatu yang luarbisa dan mengagumkan. Ia juga dapat menjana
minda lebih kreatif dan berkualiti.
Dengan ketenangan hati...
kita mampu menjadi seorang insan yang positif dan bahagia bagaikan
tiada apa yang mampu menghalang untuk kita mara kehadapan. Menjadikan
jiwa cekal dan penuh keyakinan.
Carilah ketenangan... Ketenangan minda untuk memberi daya pemikiran yang berdaya. Ketenangan hati untuk jiwa yang tenteram dan mendamaikan.
Minda dan hati yang tenang mampu menjadi cerminan diri anda melihat segala kekurangan dan kelemahan diri untuk diperbaiki. Cerminan diri yang dapat mencungkil segala potensi dan kekuatan untuk kejayaan dan kebahagian.
Minda dan hati yang tenang memberi kehidupan kita penuh nikmat dan
kebahagiaan. Jangan lupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang di
beri kerana ianya adalah kurniaan dariNya...kita hanya hambaNya yang
lemah lagi tidak berdaya di sisiNya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu
melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah
dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba
kekurangan”. (Bukhari)
Cermin diri
anda... Jika anda berasa susah, sedih, gundah dan derita...maka
lihatlah kepada mereka yang lebih sengsara keadaannya dari anda...pasti
anda akan bersyukur dengan apa yang anda miliki, lalui dan hadapi.
Lihatlah cermin alam untuk cerminan diri...