بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Istighfar |
Assalamualaikum wbt. Kita sentiasa mengharapkan ketenangan dan kedamaian dalam hidup ini akan sentiasa berkekalan.
Namun dalam leka menikmati kenikmatan, kita dikejutkan dengan pula musibah dan bencana. Dikala itu barulah kita tersentak dan menghargai apa yang kita telah kecapi.
Namun dalam leka menikmati kenikmatan, kita dikejutkan dengan pula musibah dan bencana. Dikala itu barulah kita tersentak dan menghargai apa yang kita telah kecapi.
Ya...inilah yang perlu kita renungkan dan muhasabah. Inilah harga
yang kita perlu bayar akibat dari kemajuan tanpa perancangan, demi
kenikmatan dan keuntungan yang sementara. Kemajuan yang meminggirkan hukum dan meruntuhkan akhlak.
Musibah Angkara Diri Sendiri
Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-40, ALLAH SWT menjelaskan bahawa bala bencana yang ditimpakan ke atas manusia adalah disebabkan oleh dosa-dosa yang manusia lakukan sendiri.
Allah tidak sesekali menzalimi mereka, tetapi manusialah yang menzalimi
diri mereka sendiri disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.
Maka apa jua bala bencana yang berlaku, sama ada kemarau, runtuhan,
taufan, tsunami, penyakit dan sebagainya, manusia pertama sekali wajib beriman kepada perkara-perkara ghaib yang Allah swt tetapkan ini dan bermuhasabah bahawa ia terhasil dari dosa-dosa manusia.
Di antara cara untuk mengangkat musibah yang ditimpakan ke atas manusia sama ada secara khusus atau umum adalah dengan beristighar dan bertaubat, yakni memohon keampunan daripada Allah swt serta kembali kepadaNya.
Mohon Keampunan Dan Bertaubat
Walaupun dosa-dosa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam semuanya telah
dijamin diampuni oleh ALLAH SWT, Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam adalah orang yang paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH SWT pada setiap masa dan keadaan. Baginda bersabda, “Wahai
sekalian manusia. Bertaubatlah (beristighfar) kepada Allah kerana aku
selalu bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak 100 kali.” (Riwayat Muslim)
Dari Ibnu Omar radhiyallahu ‘anhu, dia mengatakan bahawa jika kami
menghitung zikir Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallamdalam
satu majlis, Baginda mengucapkan “Rabbighfirli wa tub ‘alayya innaka Anta Al-Tawwabu Al-Rahim”
(Ertinya: Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya
Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang) sebanyak 100 kali.
(Sahih, Riwayat Abu Daud, Silsilah Al-Sahihah)
Jika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang telah tentu terampun
dosanya pun melakukan sedemikian rupa, maka kita yang sudah pasti
berdosa ini, takkan nak melafazkan istighfar pun tidak mampu
melakukannya...
Adapun dalil dari Sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan keutamaan istighfar dalam mengeluarkan seseorang daripada kesusahan adalah sebuah hadis di mana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, “Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
Adapun dalil dari Sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang menunjukkan keutamaan istighfar dalam mengeluarkan seseorang daripada kesusahan adalah sebuah hadis di mana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, “Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
Cara Melakukan Istighfar
Istighfar adalah doa dan doa adalah ibadah. Maka cara dan lafaz
dalam beristighfar hendaklah sesuai dengan petunjuk sunnah Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam, iaitu yang ada contohnya dari Al-Quran dan
hadis-hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Antara lafaz
istighfar yang datang dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah
:
- Astaghfirullaah (Riwayat Muslim)
- Astaghfirullaha Al-‘Azhim alladzi Laa ilaaha illa huwa Al-Hayyu Al-Qayyuum wa atuubu ilaih. (Sahih, Riwayat Al-Tirmizi)
Secara umumnya tidak ada hadis yang menghadkan atau menetapkan jumlah
tertentu dalam mengucapkan istighfar, misalnya beberapa ribu atau puluh
ribu. Yang ada, perbanyakkanlah istighfar pada bila-bila masa dan
di mana kita berada tanpa dibatasi jumlah tertentu, kecuali jika memang
ada hadis sahih dari Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang
menetapkan sebegitu.
Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa, dan untuk memastikan ia dimakbulkan, sudah semestinya dengan mengikuti adab dan etikanya. Hendaklah ketika berdoa dan memohon keampunan kita menghayati maknanya
sambil berusaha memenuhi akibat dari istighfar tersebut iaitu menyesali
dosa serta menghindarkan diri dari kemungkaran, maksiat, dan perbuatan
dosa yang lainnya. Wallahu a’lam.