Hari-hari yang berlalu sentiasa sama, tiada perubahan...
Kenapa anda harus menghadapinya?
Masa terus berlalu... terasa seperti sia-sia.
Masa tidak akan menunggu. Tidakkah anda mahukan perubahan?
Ya! Berubah! Berubah dari keadaan mu sekarang! Berubah dari kebiasaan!
Mengorak langkah untuk mencari sesuatu yang akan merubah anda agar
hari-hari yang mendatang tidak lagi menjadi seperti biasa!
Katakan..."Aku Mahu Berubah!" Jom bersama-sama kita mulakan!
1. Mulakan dengan Niat
Hanya dengan niat yang ikhlas mampu memberi anda keyakinan.
Niatkan matlamat dan hala tuju anda!
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" Ar-Ra'd : 11
2. Lakukan sekarang juga!
Ya...Jangan bertangguh, kerana masa tidak menunggu kita. Mulakan disaat ini juga!
Mari kita mengorak langkah.
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal maka apabila telah datang ajalnya,
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat
(pun) mempercepatkannya." Al-A'raf : 39
3. Bergaullah bersama insan yang Soleh
Hanya dengan memilih sahabat yang soleh dan baik dapat memberi anda
semangat dan aura positif yang menambahkan keyakinan dan sebagai
pendorong.
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama
penjual minyak wangi, jika kita tidak membeli darinya tetap kita akan
menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula umpama
tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai
bahang panas dan bau busuk darinya."
4. Lakukan Istiqamah
Lakukan secara berterusan dan ikuti segala peraturan.
Jangan sesekali menyimpang dan jauhi segala laranganNya.
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai sekelian umatku, lakukanlah amalan
mengikut keupayaanmu, sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu
jemu. Amalan yang paling Allah sukai adalah amalan yang berterusan
walaupun sedikit."
5. Bersifat Tawaduk
Jangan riak, takbur mahupun mengeluh apatah lagi mengharap balasan.
Lakukan dengan ikhlas dan amanah hanya kerana Allah.
Fudhayil ibn 'Iyadh berkata, "Jika kamu boleh membuat dirimu tidak
dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa
salahnya jika kamu di keji oleh manusia tapi dipuji si sisi Allah SWT?"
6. Berdoa dan Tawakal.
Setelah segala usaha di lakukan, berdoalah sesungguhnya Allah Maha
Mandengar dan Maha Mengasihani. Mohonlah kepadaNya...Hanya dia, Allah
SWT yang satu dan bertawakallah... Sesungguhnya setiap apa yang terjadi
pun atas kehendaknya dan pasti ada hikmah disebaliknya.
Berdoalah, "Ya Allah...terangkanlah hatiku seperti terangnya
hati-hati orang yang arif dan fahamkanlah aku perihal agama. Berikanlah
aku hidayah, ketakwaan, kesucian dan kekayaan agar hidupku bahagia di
dunia dan akhirat."
Keluarlah dari kepompong kebiasaan anda yang melemaskan. Berubahlah demi
kehidupan yang lebih baik dan demi masa depan yang lebih cerah,
bahagia serta ketenangan di dunia dan akhirat.
Semoga hari-hari anda akan berubah. Kehidupan lebih sempurna dan kenikmatan lebih dirasai.
Berubahlah... Tiada siapa yang mampu mengubahnya melainkan diri anda sendiri!