Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Buah Tembikai membawa DOSA ?

Semoga perkara ini dapat memberi ingatan yang amat berguna kepada kita sebagai pedoman agar tidak mudah melatah di atas sesuatu ketentuan yang tidak dijangkakan.

Sebiji Tembikai Membawa Dosa

Kerana Marahkan Tembikai


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji buah tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah buah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?."

Sebiji Tembikai Membawa Dosa
Sebiji Tembikai Membawa DosaTerdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.

Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.

Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya." 

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu segeralah beliau bertaubat dan redhalah dia dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Peringatan Bersama

Mungkin anda pernah dengar kisah ini, tak apa...anggaplah ia sebagai "refresh minda" untuk ingatan bersama. Sama-samalah kita beringat, jika terbeli buah atau sayuran tak elok janganlah marah-marah kerana secara tak langsung kita sebenarnya memarahkan Allah SWT Yang Maha Pencipta... Nauzubillah...Tanpa di sedari kita telah berdosa!
Sebiji Tembikai Membawa DosaSebiji Tembikai Membawa Dosa