Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam semanis madu, semoga hari ini segalanya lebih baik dari semalam.
Rumah adalah tempat dimana kita tinggal untuk berlindung dari keadaan cuaca dan ancaman. Pastinya setiap orang mahu memiliki sebuah rumah sendiri. Rumah yang besar, selesa dan lengkap serta indah bak mahligai sudah tentu menjadi satu idaman.
Rumah adalah tempat dimana kita tinggal untuk berlindung dari keadaan cuaca dan ancaman. Pastinya setiap orang mahu memiliki sebuah rumah sendiri. Rumah yang besar, selesa dan lengkap serta indah bak mahligai sudah tentu menjadi satu idaman.
Pada zaman ini, amat sukar untuk memiliki rumah idaman apatah lagi mahligai yang harganya pasti mencecah jutaan ringgit melainkan hanya segelintir sahaja yang mampu, kebanyakannya pula hanyalah sekadar mendapat tempat berlindung dan berehat.
Namun anda tidak perlulah risau kerana anda juga berpeluang untuk memiliki rumah bak mahligai idaman ini. Malah ianya lebih besar, lebih selesa dan lebih indah serta berkekalan selamanya. Ya... mempunyai mahligai di Syurga ! Subhanallah. Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah :)
Untuk mendapatkannya, anda tidak perlu mengumpul wang jutaan ringgit semasa hidup untuk membelinya. Tiada kekayaan di dunia yang mampu anda bawa setelah anda mati. Hanya amalan dan jariah yang mampu menjanjikan sebuah mahligai indah di Syurga.
Kaifiat agar mendapat Mahligai fi Jannah
Berikut adalah beberapa amalan dan jariah yang telah dijanjikan Allah SWT bagi mendapatkan mahligai di Syurga. Marilah sama-sama kita membinanya. Jika didunia ini kita tidak mampu. Jangan sampai diakhirat juga kita tidak memilikinya.
- Sesiapa yang membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT akan terbina juga sebuah mahligai di Syurga buatnya sebagai balasan pengorbanannya terhadap Allah SWT.
- Sesiapa yang memberi sumbangan untuk membina rumah Allah SWT, maka Allah SWT akan membina sebuah mahligai buatnya didalam Syurga.
- Sesiapa yang menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardu, maka Allah SWT akan membina sebuah mahligai didalam Syurga.
- Sesiapa yang memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan (merapatkan saf), maka Allah SWT membina sebuah mahligai untuknya didalam Syurga.
- Sesiapa yang mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar (menghentikan perbalahan), maka Allah SWT membina untuknya sebuah mahligai didalam Syurga.
- Sesiapa bergurau dengan cara benar (tidak berdusta) maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai ditempat yang paling tinggi didalam Syurga.
- Sesiapa yang sentiasa mengingati Allah SWT dengan bezikir maka terbinalah mahligainya di Syurga. Apabila seseorang hamba berhenti dari berzikir maka malaikat berhenti membina mahligai itu. Dan apabila ditanya "Mengapa kamu berhenti membina mahligai sifulan itu?" Mereka menjawab "Perbelanjaan belum tiba lagi"
Tidak mahukah kita memiliki mahligai idaman di Syurga? Maka marilah bersama kita meningkatkan amalan dan melakukan amal jariah... Semoga kita semua beroleh mahligai idaman di Syurga.