Anda suka minum kopi? Ya... Kopi merupakan satu daripada minuman paling popular
dan digemari di seluruh dunia dan didapati dalam pelbagai perisa
seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso. Walaupun airnya
berwarna hitam namun aromanya sungguh memikat sesiapa sahaja.
Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun. Ini menjadikan kopi minuman yang paling popular
di dunia. Contohnya di US, 107 juta orang (52% daripada jumlah
penduduk) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta yang lain
meminum kopi beberapa kali setiap minggu.
Kopi sebagai minuman, pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi
Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke
serata tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan
dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman
gelap Eropah.
Malahan sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan
peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (renaissance) kerana sebelum
itu orang Eropah rata-rata hanya meminum minuman keras dan sentiasa
dalam keadaan yang mabuk atau separa mabuk.
Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu
siang dan arak waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan
jelas dan membangunkan tamadun.
Di antara kebaikan-kebaikan kopi adalah :
1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US
mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari,
hidup lebih lama berbanding orang yang tidak.
Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.
Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.
2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik
mendapati meminum kopi 1-3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada
kesihatan anda secara dramatik.
Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!
Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!
3. Bersenam
Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya
dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan
mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi
anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga
dapat meningkatkan tenaga.
4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik
Meminum kopi pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan
kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan
ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii
dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus
menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin
boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.
5. Mencegah stroke
Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea
mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi
peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari.
Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.
6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan
secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara.
Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.
Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksin yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.
7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun
megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap
meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk
terkena sakit gout.
Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
Melihat pada keistimewaan dan khasiat meminum kopi terhadap kesihatan untuk jangka pendek atau panjang, ianya jelas membuktikan kopi salah satu minuman yang berkhasiat. Namun jika diambil berlebihan atau bersama campuran gula yang banyak...khasiat akan membawa mudarat!
Hasil dari kajian, tiada siapa yang mampu menafikan bahawa kopi memberi
banyak kebaikan...tapi ianya adalah penemuan dizaman moden ini.
Ketahuilah juga bahawa tiada sunnah yang mengatakan kebaikan kopi
mahupun ianya adalah minuman kegemaran Nabi melainkan herba yang
terbukti dalilnya seperti Hindiba’, Habbatus Sauda’. Hulbah dan
Zanjabil. Kopi menjadi minuman istimewa yang baik untuk kesihatan selepas Ibnu Sina mempopularkan kopi bersama campuran-campuran herba tersebut.
Jom kita pekena secawan kopi ! untuk kesegaran sebelum bertahajjud mahupun qiamullail di tengah malam :)