TAJUK
|
PENGERTIAN
|
MUKA SURAT
|
IMAN FITRAH MANUSIA
|
IMAN: Pengakuan atau ikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati dan membuktikan dengan amalan zahir.
FITRAH: Sesuatu yang semula jadi wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sensidi.
MANUSIA: Makhluk ciptaan Allah S.W.T yang dibekalkan dengan fitrah.
|
1
|
BERIMAN: Mengaku dan berikrar dengan lisan, membenarkan dalam hati akan kewujudan dan kekuasaan Allah, dan dibuktikan dengan amalan yang zahir
|
3
| |
ISLAM SEBAGAI AD-DIN YANG MEMBAWA RAHMAT
|
RAHMAT HIDAYAH: Petunjuk atau pimpinan
HIDAYAH: Pemberian Allah dan tidak ada sesiapa yang boleh member hidayah kepada seseorang melainkan Allah.
|
16
17
|
PENGENALAN ILMU USUL FIQH
|
USUL: Asas, sumber, kaedah atau dalil
FIQH : Bahasa: Memahami Sesuatu perkara.
Syarak: Pengetahuan tentang hokum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.
USUL FIQH: Ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.
|
39
|
HUKUM SYARAK
|
HUKUM SYARAK: Khitobullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang merangkumi ibadat, munakahat, jinayat, muamalat.
IKTIDHO’: Tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak.
TUNTUTAN PASTI: Wajib dan haram.
TUNTUTAN TIDAK PASTI: Sunat dan makruh.
|
46
|
TAKHYIR: Khitobullah yang memberi pilihan kepadamukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
WAD’IE: Khitobullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang kepada sesuatu hokum.
|
49
| |
HUKUM TAKLIFI: Khitobullah yang mengandungi tuntutan keatas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
IJAB: Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun).
NAZBUN: Tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti (ghoiro jazmun)
TAHRIMUN: Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti.
KARAHATUN: Tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan tidak pasti.
IBAHAH: Tuntutan syarak yang mengandungi pilihan kepada mukallaf sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.
HUKUM WAD’IE: Khitobullah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang (mani’) keapada sesuatu hukum.
SABABUN: Sesuatu yang menjadi asas wujudnya sesuatu hukum.
SYARTUN: Sesuatu yang kerana adanya ada hukum tetapi tidak semestinya apabila adanya ada hukum.
MANI’ (PENGHALANG): Sesuatu yang kerana sesuatu hukum tidak dapat dilaksanakan sedangkan tanpanya hukum tersebut dapat dilaksanakan.
SOHIH: Perbuatan yang sempurna syarat dan rukunnya serta terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
BATIL: Perbuatan yang tidak sempurna syarat dan rukunnya serata tidak terhasil kesan yang dikehendaki darinya sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
|
51
51
51
51
52
52
52
53
53
54
54
54
| |
DALIL-DALIL HUKUM SYARAK
|
DALIL SYARAK: Tempat pengambilan dan sumber istinbat hukum syarak.
AL-QURAN: Kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad dalam bahasa arab, mempunyai mukjizat, membacanya dikira ibadat, dan disampaikan keda generasi kemudian secara mutawattir.
|
56
|
AS-SUNNAH: Sumber kedua perundangan ISLAM.
Bahasa:- Jalan, sama ada baik atau tidak.
Istilah:- Percakapan dan perbuatan Rasulullah serta pengakuan terhadap kenyataan atau tindakan orang lain.
| ||
RUKHSOH TAYAMMUM
|
TAYAMMUM:-
Bahasa: Memilih sesuatu atau berkehendakan sesuatu.
Istilah:- Menyapu debu tanah yang bersih kemuka dan kedua tapak tangan sebagai ganti kepada wudhuk keseluruhannya atau kepada basuhan mana-mana anggota wudhuk atau kepada mandi wajib.
|
81
|
QIYAMUL-LAIL
|
QIYAMUL-LAIL: Bangun pada waktu malam selepas tidur dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
|
90
|
PUASA RAMADHAN
|
PUASA:-
Bahasa: Menahan diri daripada sesuatu.
Istilah: Menahan diri melakukan perkara-perkara yang membatalkan pusa, melalui dari terbit matahari sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.
|
101
|
MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
|
MEMBUAT TATU: Membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal seperti muka,lengan dan belakang.
MENYAMBUNG RAMBUT: Perbuatan menanam rambut kepala, memakai rambut palsu dan termasuk cara-cara lain yang dilakukan oleh sesetengah orang pada zaman sekarang.
MEWARNA RAMBUT: Mengubah warna rambut dengan menggunakan bahan-bahan yang tertentu.
|
137
138
138
|
SYAK DALAM SOLAT
|
KHUSYUK DALAM SOLAT: Melakukan solat dengan penuh perhatian kepada Allah yang dilakukan dengan anggota badan dan hati serta menjaga syarat, rukun dan adab-adab solat dengan sempurna.
SYAK: Keadaan terlalai atau terlupa ketika melakukan solat seperti lupa bilangan rakaat, membaca al-fatihah dan sebagainya.
SUJUD SAHWI: Sujud 2 kali yang dilakukan selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum member salam.
|
145
145
146
|
WASIAT
|
WASIAT:-
Bahasa: Berpesan.
Syarak: Pesanan yang dibuat oleh seseorang kepada seseorang yang lain supaya melakukan kebaikan terhadap harta yang dimiliki selepas dia meninggal dunia.
PUSAKA:-
Bahasa: Peninggalan si mati.
Istilah: Sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang berhak diterima oleh warisnya dengan sebeb kematian.
WAKAF:-
Bahasa: Menahan.
Syarak: Menahan harta benda yang berfaedah yang masih kekal ainnya dari diurus oleh tuan harta tersebut atau orang lain untuk tujuan yang harus kerana mendekatkan diri kepada Allah.
|
152
155
157
|
MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM
|
SALAM: Selamat dan sejahtera. Memberi salam pula bermakna member ucapan selamat dan sejahtera kepada seseorang dengan menggunakan ucapan yang khususiaitu “ASSALAMUALAIKUM” atau “SALAMULLAH HI ‘ALAIKUM”
UCAPAN TAHINIAH: Ucapan kepada seseorang yang mendapat nikmat seperti cemerlang dalam peperiksaan, mendapat cahaya mata dan sebagainya.
UCAPAN TAKZIAH: Ucapan yang dilafazkan kepada seseorang yang mendapat musibah, kesedihan atau kesusahan seperti kematian atau kemalangan.
|
163
169
169
|
SEJARAH IBADAH HAJI
|
HAJI:-
Bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia.
Syarak: Mengunjungi baitullahil haram di Mekkah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu yang tertentu, berdasarkan syarat yang tertentu.
|
175
|
MANASIK HAJI
|
NIAT IHRAM: Berniat menunaikan haji atau umrah secara berasingan atau kedua-duanya sekali.
WUQUF: Berada di Arafah walaupun seketika.
THOWAF: Mengelilingi baitullahil haram sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu dan dengan tujuan beribadah kepada Allah.
THOWAF IFADOH: Thowaf rukun bagi ibadah haji dan umrah.
THOWAF QUDUM: Thowaf selamat datang yang dilakukan oleh setiap orang yang baru sampai di Mekkah.
THOWAF SUNNAT: Thowzaf biasa yang dilakukanpada bila-bila masa yang disukai,
THOWAF WIDA’: Thowaf selamat tinggal. Ia wajib dilakukan apabila seseorang hendak meninggalkan Mekkah sebagai menghormati dan memuliakan baitullahil haram.
SA’IE: Berjalan berulang aling sari SOFA KE MARWAH sebanyak 7 kali.
TAHALLUL: Bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.
TAHALLUL AWAL: Apabila selesai melakukan dua darioada 3 perkara seperti melontar di Jamrah, thowaf rukun dan sa’ie jika belum di buat atau bercukur atau bergunting,
TAHALLUL THANI: Apabila selesai melakukan ketika-tiga perkara tersebut, jemaah haji harus melakukan segala pantang larang ihram.
MIQAT: Tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat haji atau umrah.
MIQAT ZAMANI: Ketentuan masa untuk seseorang berniat ihram.
MIQAT MAKANI: Ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram.
BERMALAM DI MULTAZAM: Berada di Muzalifah walaupun sekejap selepas separuh malah ke-10 Zulhijjah (malam hari raya haji) iaitu selepas waktu wuquf di Arafah dan sebelum terbit fajar.
|
180
181
182
183
183
183
183
184
186
186
186
188
188
188
190
|
PELAKSANAAN HAJI
|
HAJI IFRAD: Mengerjakan ibadah haji dan umrah secara berasingan iaitu umrah dikerjakan bukan dalam bulan-bulan haji.
HAJI TAMATTU’: Mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji.
HAJI QIRAN: Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak.
DAM: Denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika dia melakukan salah satu daripada perkara seperti meninggalkan salah satu atau lebih daripada wajib haji atau umrah, melakukan salah satu atau lebih perkara-perkara yang dilarang semasa berihram, menunaikan haji secara tamattu’ atau qiran.
DAM TAKDIR & TAKDIR: Ia wajib dilakukan mengikut urutan. Takdir pula bermaksud gantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih kurang.
DAM TARTIB & TA’DIL: Ta’dil bermaksud syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gentian berdasarkan nilaian tersebut.
DAM TAKHYIR & TA’DIL: Takhyir bermaksud boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan.
HAJI MABRUR: Haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah.
|
196
196
196 197 197
198
199
201
|
NIYABAH HAJI
|
NIYABAH DALAM HAJI: Seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sensiri, tetapi dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
|
204
|
SEMBELIHAN
|
SEMBELIHAN: Menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam.
|
214
|
QURBAN
|
QURBAN: Penyembelihan binatang al-an’am yang dilakukan pada hari raya ke-10 Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik. Ia dilakukan dengan tujuan beribadat kepada Allah.
|
221
|
AQIQAH
|
AQIQAH: Penyembelihan binatang al-an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.
|
226
|
MUAMALAH DALAM ISLAM
|
MUAMALAH: Tatacara atau peraturan dalam perhubungan antara sesame manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing.
|
232
|
PENGENALAN MUAMALAH DALAM ISLAM (1)
|
JUAL BELI: Memindah milik dengan ganti atas dasar kerelaan.
KHIYAR: Pilihan. Ertinya pihak pembeli dan penjual diberi hak membuat pilihan sama ada untuk meneruskan jual beli tersebut atau tidak meneruskannya dengan sebab-sebab yang tertentu.
KHIYAR MAJLIS: Pemilihan yang dilakukan semasa masih berada dalam majlis akad jual beli penjual dan pembeli berhak memilih sama ada hendak meneruskan jual beli yang telah diakadkan di majlis itu atau membatalkannya.
KHIYAR SYARTI: Persetujuan antara pihak-pihak yang berjual beli mensyaratkan semasa melakukan akad jual beli bahawa kedua-dua mereka atau satu daripadanya berhak memilih sama ada jual beli itu diteruskan atau dibatalkan.
KHIYAR ‘AIB: Pemilihan pembeli sama ada untuk meneruskan jual beli atau membatalkannya pada ketika didapati bahawa terdapat kecacatan pada barang yang dibeli itu.
BAI’US SALIM: Jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa akad dan penyerahan barang ditangguh sehingga ke satu masa yang ditetapkan.
BAI’U BITHAMANIN AJIL: Jualan dengan harga tangguh ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
|
238
240
240 241 241 242 244 |
PENGENALAN MUAMALAH DALAM ISLAM (2)
|
SYAKIRAH: Suatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi modal dan untung.
AL-MUDHOROBAH: Akad antara dua pihak yang mengandungi penyerahan modal oleh satu pihak kepada satu pihak lagi untuk berniaga dengan berkongsi untung.
RAHNU: Gadaian ialah menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai sandaran bagi hutang yang boleh dibayar dengannya apabila hutang itu tidak dapat dibayar.
WADI’AH: Menyerahkan harta benda yang dimiliki oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk menjaganya.
TAKAFUL: Satu kontrak dimana seseorang itu bertanggungjawab membantuseseorang lain apabila berlaku sesuatu kejadian yang ditentukan dalam kontrak.
SAHAM: Suatu kepentingan dalam syarikah.
|
246
250 252 253
255
|