Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Ketenangan JIWA mampu menurunkan kadar tekanan STRESS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ketenangan Jiwa adalah satu nikmat kehidupan yang tidak ternilai harganya. Mendapat ketenangan jiwa bermakna anda beroleh kebahagian. Oleh kerana itu ianya didamba dan dicari oleh setiap insan dimuka bumi ini. Dimanakah anda mencari ketenangan jiwa? Satu persoalan yang pelbagai jawapan yang boleh diberikan. Namun begitu... hanya ada satu jawapan yang paling tepat... Dimanakah ia?

Hayati lirik lagu Sudirman Haji Arsyad ini...

Mencari Ketenangan Jiwa

KETENANGAN JIWA

Jauh aku merantau
Ke pelusuk dunia
Jauh aku mencari
Cari ketenangan jiwa

Kukira lebuhraya
Dari kota ke kota
Berpanas dan berhujan
Cari ketenangan jiwa

Kedamaian jiwaku
Nyatakan di mana
Barat, timur, tengah
Selatan dan utara

Puas sudah kubaca
Kupasangkan telinga
Tapi masih mencari
Cari ketenangan jiwa

Pintu penuh rahsia
Kubukakan kuncinya
Mengharapkan jawapan
Cari ketenangan jiwa

Lalu ku pun bertanya
Kepada semua
Akhirnya ku sendiri
Mencari semula

( korus )
Gunung dan lembah
Laut dan udara
Padang dan rimba
Aku rintangi
Untuk mencari
Oh... ketenangan jiwa
Di mana ke mana

Bila penat berlari
Bersama pedih peri
Kini kumenyendiri
Cari ketenangan jiwa

Kulihat suatu wajah
Penuh suka dan duka
Kepenatan mencari
Cari ketenangan jiwa

Di wajah kehausan
Kini kusedari
Kedamaian ada
Dalam diri sendiri

Gunung dan lembah
Laut dan udara
Padang dan rimba
Aku rintangi
Untuk mencari
Oh... ketenangan jiwa

Di mana, ke mana
Baru kini kujumpai
Dalam diri sendiri
Mencari Ketenangan Jiwa

Ketenangan jiwa itu datangnya dari dalam diri kita sendiri. Carilah dimana-mana sahaja, anda tidak akan beroleh ketenangan jiwa jika masih gagal menemuinya dari dalam diri anda sendiri. Ketenangan jiwa hanya boleh dinikmati dari hati dan amalan diri kita sendiri.
Cara Mendapatkan Ketenangan Jiwa :
  • Membaca dan mendengarkan al-Quran
  • Menyayangi orang miskin
  • Melihat orang yang di bawah (bersyukur)
  • Menjaga silaturrahim sesama keluarga, jiran dan teman
  • Banyak mengucapkan "lahawla wala quwwata illa billah.........."
  • Mengatakan yang haq (benar) sekali pun pahit
  • Lakukan setiap perkara yang benar hanya kerana Allah
  • Tidak meminta kepada orang lain
  • Menjauhi hutang
  • Selalu berfikir positif
  • Memaafkan
Mencari Ketenangan JiwaMencari Ketenangan JiwaMencari Ketenangan Jiwa

Terima kasih bersama PINKCESS zone dan selamat berhujung minggu.

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”