Attention! You have stepped onto ♥ Izzati Nadia's online journal ♥ Welcome and thanks dear! With pleasure, you are invited to visit this page again and again in future│FollowDashboard
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar Astaghfirullah

Tired of study?

PENAT BELAJAR? Absolutely, aku penat belajar. Bila semua ini akan berakhir. Aku merungut seorang diri.

belajar

Okay, STOP! STOP! STOP! Berhenti merungut wahai sahabat. Tenangkan hati, tenangkan fikiran dan senyum. Ingatlah wahai sahabatku sekalian.

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar 
mereka beribadah kepada Ku” (Az-zariyat:56)
 
Belajar itu merupakan suatu ibadah menuntut ilmu. Bersyukur kerana kita masih melakukan ibadah kepada Allah. Lumrah sebagai seorang pelajar sememangnya sebegini, penat untuk belajar. Tapi, lagi penat jika kita belajar dan tidak amalkan ilmu itu. Sia-sia saja apa yang kita belajar. Biar kita penat belajar, asalkan ilmu itu berguna. Bersyukur dengan rasa penat yang Allah hadirkan ketika belajar, setidak-tidaknya kita sedar bertapa mulianya hidup ini jika berilmu. Paling penting ketika kita belajar, niat di hati:

“Aku menuntut ilmu ini ikhlas kerana Allah Taala. Semoga aku memperolehi ilmu yang bermanfaat”
Jangan katakan belajar ini adalah bebanan untuk kita. Susah macam manapun kita belajar, ikhlaskan diri niat kerana Allah Taala. Disebalik kepayahan, Allah janjikan kesenangan selepas itu.

“Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan. 
Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan” (Al-Insyirah : 5-6)
 
Makanya, tersenyumlah sekarang. Belajar untuk mendapatkan ilmu. Nilai ilmu itu sangat berharga. Biar penat belajar, asalkan senang di masa hadapan. InsyaAllah. Muhasabah diri semua !

Allah knows what is best for us, so why should we complain. 
We always want the sunshine but He knows there must be rain”