Assalamualaikum, amat pelbagai kan aksi comel kucing ciptaan Yang Maha Kholiq. Seronok dan terhibur
melihat gelagat mereka...Kebanyakan daripada kucing-kucing ini sudah
tiada lagi, hanya gambar sebagai kenangan. Kini ada seekor sahaja yang
tinggal di rumahku. Di kampung pula adalah lagi 4 ekor...peneman ibu
bapa di kampung.
Ramai kan menjadi cat lover but jangan lupa bahawa pasti ada yang menjadi cat hater. Adalah tu antara faktornya yang menjadikan hal itu kerana suatu peristiwa silam masa lalu. Contohnya yang paling terakrab adalah kawan kawan saya yang fobia kucing sbb pernah digigit kucing or memang anti cat.
Kendatipun begitu, usahalah untuk mencintai kucing. Hal ini kerana kucing is antara binatang yang disukai Rasulullah SAW dan Abu Hurairah sehinggakan beliau digelar Abu Hurairah yang bermakna Bapa Kucing :)
Anda saksikanlah gelagat kucing-kucing ini...
Pada zaman dahulu kala, ada seorang hamba Allah yang sangat kuat
beribadat kepada Allah SWT. Siang dan malamnya hanya di isi dengan
pelbagai bentuk ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semua
orang kagum dengan ibadah yang dilakukannya. Semua orang berkata dalam
hati bahawa dialah salah seorang ahli syurga di akhirat kelak dan
terlepas dari segala siksa kubur.
Namun apabila hamba Allah ini telah meninggal dunia, maka bermimpilah
salah seorang dari jirannya. Didalam mimpi tersebut, jiran hamba Allah
ini melihat dia sedang disiksa dengan azabnya oleh Allah SWT di dalam
api neraka! Jiran tersebut amat hairan lalu bertanya, "kenapakah dia menerima azab sedemikian rupa?", lalu di jawablah hamba Allah ini, "Sesungguhnya
aku diazab kerana seekor kucing yang dikurung oleh ku tanpa di beri
makan hinggalah kucing itu mati kelaparan akhirnya."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan
bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia
sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan
isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan
solat, ia lupa adanya bubur.
Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika
Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan
bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW
bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah
pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Tiada siapa menafikan, kucing binatang yang bersih dan kesayangan
Rasululah SAW, tapi kepada yang bela kucing tu...jagalah kebersihan
kucing anda. Ajarilah kucing anda agar membuang najis ditempat yang
sediakan atau jauh dari kediaman agar tidak mengganggu keamanan
jiran-jiran anda.
Ada yang kata membela kucing ni...murah rezeki! Ye ke? Wallahu'alam. By the way, as information, in my home mestilah ada kucing. Bukan setakat kucing, kucing kucing lagi :P But, I am a cat lover. Cuma takut jee. Entahlaa knp.